Tijah adalah seorang surirumah sepenuh masa. Berusia 40an, ibu lima anak itu masih bergetah orangnya. Suaminya, Mail adalah seorang nelayan sahaja. Sebagai seorang nelayan pendapatannya tidak tetap. Bila cuaca elok dapatlah dia turun ke laut. Bila musim tengkujuh, Mail tak dapat pergi ke laut.
Walaupun Mail seorang nelayan, sebagai ahli parti, beliau mempunyai ramai kawan politik yang terdiri daripada ahli perniagaan.Mail adalah seorang yang peramah. Jadi sering dia bawa kawan-kawan politiknya ke rumah.
Oleh itu Tijah sudah kenal kawan-kawan politik suaminya yang terdiri daripada ahli perniagaan yang berjaya. Kawan Mail pernah mengajak Mail memohon lesen PKK kelas F dahulu tetapi Mail yang bersekolah menengah sahaja tidak minat jadi kontraktor. Dia lebih rela menjadi nelayan mewarisi pekerjaan aruah ayahnya.
Kadangkala bila cuaca kurang elok, Mail terpaksa meminjam duit daripada kawan-kawannya demi menyara kelima-lima anaknya yang masih bersekolah.
Walaupun Mail seorang nelayan, beliau mampu membeli sebuah kereta kancil yang mana ansuran bulanannya sekitar rm350 sebulan. Bila Mail ke laut, maka Tijah yang ada lesen memandu menggunakan kereta itu ke pasar untuk membeli lauk-pauk.
Pada suatu hari Tijah terserempak dengan Razak,kawan suaminya seorang kontraktor yang berjaya. Berumur 50an tetapi Razak tidak nampak tua kerana maklum sahajalah orang banyak duit.
“Nak ke mana Tijah,” tegur Razak.
“Nak pergi beli lauk,” jawab Tijah.
“Mana Mail?” soal Razak.
“Mail pagi tadi turun ke laut. Petang ini baliklah,” jawab Tijah.Razak mengikut Tijah ke dalam pasar. Semua lauk pauk yang dibeli Tijah dibayarnya.
“Buat susah Encik Razak aja,” kata Tijah.
“Bukannya banyak. Sekali sekala,” kata Razak yang turut membeli lauk pauk.
“Kalau ada apa-apa hubungi saya,” kata Razak sambil memberi kad bisnes kepada Tijah.
Tijah biasanya dua hari sekali ke pasar. Setiap kali ke pasar dia terserempak dengan Razak. Kadangkala Razak ditemani isterinya. Tetapi yang lebih banyak Razak lebih suka pergi ke pasar sendirian kerana sebelum beli lauk biasanya dia suka lepak dengan orang politik di stesen teksi sebelah pasar di pekan itu.
Minggu berikutnya Razak terserempak dengan Tijah lagi di parking kereta.
“Cantik baju Tijah hari ini,” tegur Razak.
“Tak adalah Encik Razak. Baju murah aja,” kata Tijah.
“Baju tak perlu mahal. Yang penting ia sesuai dipakai oleh orangnya,”kata Razak lagi.
“Hahaha,”tertawa Tijah bila dipuji oleh Razak.
“Kalau kulit hitam pakai baju merah memang tak sesuai tapi kulit Tijah yang cerah ini memang ngam dengan warna merah,”kata Razak.