Bukan tujuanku mahu membuktikan apa-apa. Cuma sekali sekala terfikir juga kenapa? Namun aku tidak menolak semuanya. Soalan hanya tinggal soalan sebab yang penting 'mau' itu. Sikap dan keinginan 'mau' itu menjadi sumber kepada berlakunya 'affairs' yang kualami ini. Aku kira orang lain begitu juga.. Hidup ini tidak betah tanpa wanita. Manakala wanita tidak akan betah tanpa lelaki. Itu fitrah manusia.
Kami-aku dan Rozie sengaja pergi jenguk-jenguk karnival 'sure heboh'. Punyalah ramai manusia kat dataran bandaraya tu. Parkingpun susah nak dapat at last kitorg parking dekat hospital. Kebetulan hospital tu betul-betul sebelah dataran bandaraya, so no choice parking kat situ tapi kenalah menapak sikit. Parking kat hospital tu pun penuh.. Tak pernah-pernah penuh macam tu. Kami naik 'wira aeroback' si Rozie, terpaksalah parking jauh sikit. Rozie pakai high heel.. Sakit kakilah dia menapak.
Ok, cerita pasal karnival tu pulak. Aku rasa tahun ni better dari tahun lepas. Lagi meriah dan banyak booth-booth yang menarik. Jenguk-jenguk nggak kalau-kalau jumpa personaliti tv3. Adalah jumpa 2-3 orang tapi tak berapa glamour sangat. So buat don't know sahaja. Lepas ronda-ronda kat karnival tu pergi lepak kat Danga Bay. Hari ni gatal nak try makanan arab konon, sekali aku try tak sedap langsung. Kembang tekak aku nak makan. Kalau korang pergi food court kat Danga Bay tu janganlah makan makanan arab kat situ.. Memang no taste langsung. Selalu kalau aku pergi situ aku makan nasi ayam or mee rebus dia.. Memang sedap. Tapi hari ni gatal nak try yang lain.. Sekali rasa hampeh sahaja.
"Tak melecet kaki you Zie?" tanyaku melihat muka Rozie berkerut ketika kami duduk di bangku menghadap ke laut selepas makan.
"Melecet, jauh juga kita berjalan" balas Rozie menarik nafasnya.Rozie O Rozie.. Seorang isteri kepada seorang malim yang sibuk. Sibuk dengan bisnes direct sellingnya. Satu cara dan jalan keluar baginya untuk menjadi wanita independent. Aku berkenalan dengan diapun secara tidak sengaja. Anak buah aku yang perkenalkan Rozie kepada aku sebab prospeknya ramai di pejabat aku. Jadi aku nih prospeknya juga. Nak membantu aku tolong jugalah membeli barangan/produknya untuk aku pakai sendiri. Esuk dia ada seminar direct sellingnya dan aku pula ada meeting. So, dia yang ajak aku tumpang keretanya. Aku okeykan sahaja sebab di sini nanti adalah kereta pejabat yang ambil aku dari hotel untuk ke tempat meeting esuk.
"Aiikk!! Sedih jer Zie!! Kenapa ni? Perniagaan merosot ke? Allaa.. Zaman gawat ni!! Sabar aja laa!! Esok lusa pulih lah tu!!" aku cuba menceriakan keadaan.
"Bukan sedih cuma memikirkan hidup nie," jawab Rozie (35tahun) sambil mengeleng kepalanya.Kami masih duduk di sebuah bangku di Danga Bay. Malam ramah dan angin laut menyapa ria. Rozie ni minat dalam bidang perniagaan. Orang putih kata biusness. Maklum.. Arwah bapanya dulu memang peniaga. Apa lagi.. Bapa borek anak rintik lah ni.. Mana lagi nak tumpah kuah kan? Ke nasi lahh!! Keturunanlah katakan!! Cita-citanya tinggi. Nak jadi ahli perniagaan atau usahawan yang berjaya. Nak buka syarikat sendiri. Dan kalau boleh nak lawan Bill Gates dengan syarikat Microsoftnya. Hebat!! Hebat!! Tapi mana tahu kan!! Rezeki adalah ketentuan Allah swt. Betul tak? Ehh Ehh!!
"I need you, because I can't stand this feeling of being alone, it scares me" kata Rozie yang membuat aku tersentak juga. Aku memandang wajah ayu Rozie iras pelakun Umie Aida.
"Aku rasa sebak hendak bercakap sekarang. Tapi aku tak nak nangis nangislah. Tak kuasa aku nak menangis kerana jantan. Abis-abispun aku rasa lama-lama aku akan ok jugak. Tapi kena usaha sebelum mengalah. Aku kena pujuk dia selagi boleh" kata Rozie lagi.
"Suami you tak balik ke, Rozie?" tanyaku.
"Dia cakap tak, Minggu depan baru balik. Ehh dah tak balik, empat bulan solid belayar bawa kapal gas. Ikiut kata dialah. Tapi citer sebenar lain I dengar.."
"Patutlah.. Sure you rindu kat dia. Balik nanti bolehlah lepas geram" jawabku ketawa dan Rozie senyum hambar.
Aku mengusik, "Carilah penawar."
"You ada penawar? Kalau gitu you ubatkanlah rindu I ni."