BAB 5

1.4K 81 1
                                    

BARU beberapa hari yang lalu, Seroja meminta maaf kepadanya. Pagi ini, dia buat kesalahan lain pula. Boleh pula Seroja tertumpahkan air di mejanya selepas tamat perhimpunan tadi. Tak pasal-pasal baju sekolah berlengan panjang yang dipakai Arif basah. Nasib air kosong, bukan air manis. Apa pasal lah adik kau ni cemerkap sangat, Syabil!

Arif yang sudah menukar baju, dipandang Seroja tanpa berkata apa-apa. Nasib dia pakai baju jersi di dalam. Baju sekolahnya pula disangkut di belakang kerusi untuk dikeringkan. Cermin mata yang berada di atas meja diambil sebelum dipakai.

Suara-suara pelajar perempuan yang sedang berbisik di belakang hanya diabaikannya.

Ada yang sedang memujinya. "Ish, kau tengok tu. Dia pakai baju jersi pun hensem. Cair aku weyh!" Ya, Arif tahu. Dia seorang yang paling menarik, sado, tinggi dan paling hensem di sekolah ini.

Ada juga yang mengutuknya. Siapa lagi kalau bukan geng pengawas. "Datang sekolah, pakai lah baju sekolah. Tak ada siapa nak tengok tangan sado dia tu," bisik Aira kepada kawan di sebelahnya.

Eh minah belakang ni, dia ingat aku tak ada telinga ke? Kalau nak berbisik, bisik lah pelan-pelan. Nak lagi seronok, face to face lah.

Bukannya aku sengaja tak pakai baju sekolah. Tak nampak ke baju aku basah. Lagipun selepas ini kelas Pendidikan Jasmani. Rilekslah! Bukannya dia langsung tidak memakai baju. Pelik-pelik saja peraturan sekolah ini. Waktu subjek Pendidikan Jasmani sahaja boleh memakai baju sukan, dan selepas itu mereka harus menukar kepada pakaian sekolah kembali. Kalau tak menyalin baju sekolah kembali, guru sekolah akan mengeluarkan kompaun.

Padahal, subjek tersebut hanya seminggu sekali, bukannya lima kali seminggu.

Seroja yang hanya diam dari tadi, dilihat Arif. "Kau kenapa? Tengok aku lama-lama, lepastu diam. Dah jatuh hati ke?"

"Eh, bukan. Maaf lagi sekali Arif. Aku tak sengaja." Seroja menggaru keningnya sambil tersengih.

Again! Dah cemus Arif dengar perkataan maaf dari mulut dia. Kalau boleh, setiap hari Seroja mahu meminta maaf.

Cikgu Hana yang sudah masuk ke kelas mematikan perbualan Seroja dan Arif. Seisi kelas terus berdiri dan menjawab salam sebelum membaca doa. Kelas pagi ini dimulakan dengan subjek Bahasa Melayu. Masing-masing hanya menumpukan perhatian terhadap guru mereka.

Kelas Bahasa Melayu yang sudah berakhir itu, diakhiri dengan pesanan.

"Cikgu Hawa minta semua pelajar 5 Aman berkumpul di padang sekolah dan jangan lambat. Semua wajib turun. Ketua kelas, pastikan semua rakan-rakan kamu tidak berada di kelas semasa subjek Pendidikan Jasmani nanti."

Padang bola sekolah menjadi tempat mereka berkumpul untuk kelas pagi ini. Terdapat pelajar dari kelas 5 Perdana yang sedang melakukan sesi panaskan badan dengan guru mereka di tengah padang. Cikgu Hawa yang sedang menunggu di sisi padang melambai ke arah pelajar 5 Aman untuk berbaris di hadapannya.

"Assalamualaikum semua. Harini kita akan bermain ragbi sentuh dengan pelajar 5 Perdana. Sebelum itu, saya nak kamu semua panaskan badan dulu. Aiman, cikgu nak kamu lead untuk sesi warm up." Cikgu Hawa memberi arahan kepada ketua kelas 5 Aman.

"Baik cikgu!" jawab Aiman yang sedang berdiri di sebelah Arif.

Selesai sahaja sesi memanaskan badan, Cikgu Hawa dan Cikgu Arfa dari kelas 5 Perdana mengarahkan 14 orang pelajar tampil ke hadapan secara sukarela untuk bermain. 7 pelajar dari kelas 5 Aman dan 7 pelajar dari kelas 5 Perdana.

Wakil daripada kelas 5 Aman terdiri daripada Aiman, Arif, Farhan, Badri, Yusri, Ahmad dan Adam. Manakala, wakil daripada kelas 5 Perdana ialah Darel, Fikri, Naufal, Arman, Irfan, Ameer dan Umar.

SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE]Where stories live. Discover now