5 bulan kemudian...
Wajahnya yang berpeluh di lap menggunakan tisu yang berada di atas meja makan. Rambut yang terjuntai diraup ke belakang telinganya agar tidak mengganggu dia mahu buat kerja.
Suara gelak tawa yang kuat membuatkan dia berhenti daripada mengacau kuah gulai. Ternaik keningnya apabila makin kuat suara tersebut ketawa.
Kerana perasaan ingin tahunya kuat, api dapur ditutup setelah yakin kuahnya pekat dan sedap untuk dihidang sebelum dia melangkah menuju ke tingkat atas. Terukir senyuman di bibirnya melihat Khalid ketawa melihat Fariz yang tidak bergerak sambil memegang pampers.
"Abang, ke-.." Tak jadi dia nak teruskan kata-katanya apabilla melihat baju dan seluar Fariz basah.
"Sayang, tolong ambilkan kain lap boleh? Khalid terkencing." Kata Fariz sambil menggaru keningnya.
Ain tergelak.
"Kejap ya..."
"Hah haaaa..." Khalid memandang Ain minta untuk di dukung. Kakinya menendang-nendang ke atas dengan tangan dimasukkan ke dalam mulut.
"Aippp pakai pampers dulu..." Fariz gigih memegang kaki Khalid untuk memakaikannya pampers. Risau Khalid terkencing kali kedua. Siap saja pakaikan Khalid pampers, Fariz membuka bajunya. Hanya seluar saja dia biarkan. Takkan nak buka juga kan?
Tak lama selepas itu Ain datang dengan membawa kain bersih.
"Meh sini kain tu. Sayang tolong pakaikan baju kat Khalid boleh?" Pinta Fariz sambil menghulurkan tangannya pada Ain.
"Alololo anak ibu niii suka betul sakat walid yaaaaa..." Perut Khalid dikemam-kemam. Terkekek-kekek Khalid ketawa kerana geli.
Fariz mencebik.
"Hmmm dengan ibu baik je perangai. Tak nakal pun. Khalid tak sayang walid lah tu." Rajuknya. Setiap kali dia mandikan, pakaikan pakaian pada Khalid pasti si kecil mengelak daripadanya. Apa buruk sangat ke muka dia sampai Khalid tak nak dengan dia? Hmmm.. Sedih begini...
Kata-kata Fariz itu membuatkan Ain ketawa geli hati.
"Mana ada lah walid, Khalid saaaaayyang walid sangat-sangat." Tutur Ain lalu mendekatkan wajah Khalid pada Fariz. Tersengih-sengih Khalid memandang wajah cemberut walidnya itu.
"Iyelah tu sayang... Kalau sayang kenapa suka buli walid hah? Tahu tak awak tu aktif sangat? Susah tau walid nak handle awak. Awak ikut perangai siapa ni?" Kecil je mata Fariz merenung si kecil. Si kecil yang selalu buat dia rasa geram. Geram dengan kecomelannya.
Khalid memandang Fariz dengan mata bulat.
"Aiyyyayayayaa haaaa..." Sengih saja Khalid memandang Khalid sampai meleleh air liurnya saat dia mengeluarkan jari tangannya daripada mulut kecilnya.
"Ish ish ish anak siapa yang comel sangat ni? Rasa nak kunyah-kunyah je." Fariz kemam pipi tembam Khalid dengan geram.
Makin galak Khalid ketawa. Tangannya menggenggam rambut Fariz.
"Comel." Kata Ain tatkala melihat perangai dua beranak itu. Kejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik tup tup usia Khalid sudah lima bulan.
Melihat sang suami dan putera sulungnya bermain membuatkan dia tersenyum bahagia. Hilang segala rasa penatnya.
"Eh abang jom lah makan. Sejuk pula lauk dekat bawah." Asyik melihat mereka berdua hampir saja dia terlupa hidangan tengah hari mereka.
"Hah jom jom, abang daripada tadi lapar. Khalid punya pasallah ni tak pasal-pasal walid lupa yang walid tengah lapar." Wajah si kecil dicium bertalu-talu.
YOU ARE READING
INDAHNYA SABAR √√
Jugendliteratur[ Book 5 ] Matanya langsung tidak memancarkan sebarang sinar. Kelam dan suram saja. Tiada apa-apa yang dia nampak dalam mata gadis itu. Kosong. Mahu saja dia bertanya tetapi dia sedar dirinya bukanlah sesiapa dalam hidup gadis itu. Jadi dia memutusk...