👗32- First Date Ke? 👔

904 65 42
                                    

#Kadang-kadang kan ada masa dan ketikanya Ifti suka update tengah malam😅. You guys ok ke? Sebab ada yang dm bagitahu they have always overlooked the update notification whenever I've uploaded a new chapter in the midnight. Patutlah jumlah vote makin lama makin menurun 😅😂. Atau Ifti patut update awal sikit, bukan tengah malam?  Atau Ifti boleh je terus update bila-bila tak kira waktu?☺️ Atau... Sebenarnya punca vote menurun tu sebab cerita ni makin hambar ke?😅

***

SKIRT labuh tanpa corak berwarna kuning medallion bermaterial cotton di kaki, dipadankan dengan jaket cotton denim juga tanpa corak berwarna kuning blonde yang menutup bahagian atas tubuh aku dimana didalamnya tersarungnya t-shirt warna putih, adalah jenis penampilan yang aku gayakan pada pertama kali aku keluar dengan crush pada hari ini.

Perasan awning shawl yang aku pakai sekarang agak kembung sedikit, aku betulkan dengan hujung jari.

"There, there... Ladies and gentleman, who is this gorgeous plus beautiful lady, uh? Oh, Is that you Ifti Natalia? Oh my god! Look at you, girl! You look so stunning, don't you know that?"

Dengan perasaan bangga yang menebal di dada, dengan ini aku ingin menyatakan bahawa ini adalah antara sepuluh penampilan tercantik yang pernah aku peragakan selama tiga puluh tahun aku hidup di muka bumi Allah ini. Yang lagi sembilan tu jangan tanya bila dan kenapa. Sebab aku main sebut aje.

Hahaha! Hahaha!

Okey, tak kelakar.

Ish, jaranglah aku tak cantik. Sentiasa kot. Tapi harini aku punya tahap cantik tu sangat luar biasa. Biarlah kalau dimata orang aku cuma nampak biasa-biasa aje. Tapi di mata aku, di dalam cermin yang ada dekat depan aku sekarang ni, aku Ifti Natalia Binti Izzuddin adalah seorang wanita ciptaan Allah yang sangat cantik.

Ni kalau orang dengar mesti diorang akan cakap aku perasan, syok sendiri kan? Ah, lantaklah! Siapa lagi nak puji kita kalau bukan diri kita sendiri? Lagipun selain dapat menambahkan keyakinan yang tinggi pada diri, perbuatan memuji ciptaan Allah itu mendatangkan ganjaran pahala tahu? Jadi, rajin-rajinlah kita memuji diri sendiri.

Cukup, Ifti... cukup! Tak lenguh muka ke dok senyum depan cermin dari tadi? Now, let's go for one final check.

Shawl?

Check!

Make up?

Check!

Baju?

Check!

Skirt?

Check!

Bag?

Aku capai backpack campuran dua warna putih dan krim di atas katil. Biasa aku akan pakai sling bag atau handbag aje. Tapi disebabkan aku nak sumbat kain telekung dan beberapa alat make-up jadi aku bawa beg jenis backpack. Backpack kesayangan aku ini adalah hadiah pemberian Khai dan Yaya sempena harijadi aku tahun lepas. Disebabkan harga beg berjenama Kate Spade ini tak berapa rahmah dimana walaupun sudah ada diskaun 54% pun harganya tetap melepasi 1K atau sebetulnya RM1342.80 jadi sebab itulah ada dua nama penyumbang duit kepada pembelian beg ini.

Padahal aku tak pernah mintak pun diorang belikan aku hadiah semahal ini. Cukuplah sekadar Khai buatkan aku blueberry cheesecake yang ada topping buah banyak-banyak dengan cream cheese tebal dan Yaya baik hati mahu masakkan aku masak lemak daging salai pekat-pedas dengan beef lasagna premium.

Mr. Dimple Yang ManisWhere stories live. Discover now