𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐚𝐬𝐢
HARI yang dinanti-nantikan oleh Dhafir Ghufran dan Datin Mona Qamaria. Di mana hari perkahwinan Dhafir dan Hara bakal disatukan. Senyuman tidak lekang dibibir merahnya dengan menyambut tetamu yang hadir.
Suasana rumah agam Dato' Hadari dan Datin Mona sangat meriah menerima tetamu. Saudara mara yang hadir dan rakan-rakan yang lain. Semua membuat hal masing-masing kerana masih ada berbaki satu jam sahaja majlis akad nikah berlangsung.
"Kalau nak solat maghrib dulu, bolehlah ke ruang solat di tingkat atas. Semuanya kami dah sediakan." Beritahu Dato' Hadari lembut. Tetamu yang hadir hanya mengiyakan.
Hara di dalam bilik ditingkat atas hanya memandang tanpa perasaan. Busana pengantin berwarna kelabu yang dipilih olehnya dan Jibrael tersarung pada tubuh langsingnya. Memang sengaja Hara memakai busana itu kerana dia sendiri tidak mahu membeli busana putih untuk akad nikah ini. Biarlah dia seorang sahaja lain daripada yang lain.
Lagipun jimat kos. Dia tak mahu buat majlis besar-besaran seperti dirancang Jibrael walaupun sudah ditaja oleh rakan sepejabat Dato' Hadari.
"Baiklah, Cik Hara. Saya keluar dulu. Kalau ada benda nak touch up lagi, panggil saja saya. Saya ada di bawah," kata seorang MUA wanita sambil menyusun alat soleknya.
"Keluarlah. Lepas tu cakap dekat semua orang yang saya taknak sesiapa masuk bilik saya." Pesan Hara keras dan mendatar.
MUA itu hanya angguk. Akur dengan pesanan Hara. Saat MUA itu keluar terus Hara berlari ke pintu bilik lalu tombol pintu itu dikunci. Pandang jam, sudah pukul lapan sepuluh minit. Tinggal lima puluh minit sahaja yang tinggal. Selepas itu dia bergelar isteri kepada Dhafir.
Nafas dihela berat. Beratnya hati. Bersusah payah Hara menahan air mata dair mengalir. Dia rindukan Jibrael walaupun semalam kali terakhir mereka berjumpa. Bila dia menelefon Jibrael, langsung lelaki itu tidak mengangkat. Mahu telefon ibu dan abi segan pula.
“Keputusan yang Jibrael pilih bukanlah keputusan yang buruk. Hara tunggu dan bersabar ya, sayang?”
Terngiang-ngiang suara itu di kotak fikirannya. Perbualan beberapa hari lalu bermain diminda. Hara rasa geram. Kalau ada keputusan kenapa mesti dia ikut cakap Jibrael? Berkahwin dengan Dhafir?
Lelaki itu yang memberi cadangan, lelaki itu sendiri yang terluka. Kenapa? Dia tertanya-tanya. Apa yang Jibrael maksudkan selama ini?
“Buka dan baca lepas Hara akad nikah sabtu malam nanti. Jangan menangis selalu, Hara. Jibrael bukan lagi jadi tempat hapuskan air mata Hara.”
Sabtu malam. Lepas akad nikah. Hara terus mengambil surat yang Jibrael beri padanya di dalam laci meja soleknya. Ditenung lama surat bersampul itu. Nalurinya berkata yang ada sesuatu di surat itu. Apa sebab Jibrael beri surat itu padanya?
YOU ARE READING
Surat Untuk Qarissa
Romance• Book 1 • "Kau tahu maksud menerima? Kalau tak tahu, mari aku terangkan. Tak semua benda kita boleh terima dengan hati yang terbuka. Macam aku, aku tak boleh terima kau dalam hidup aku."