Senja Terakhir

223 7 0
                                    

"Hujan yang sentiasa kembali walau jatuh berkali-kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hujan yang sentiasa kembali walau jatuh berkali-kali. Ia sangat romantik."

"Bukan hujan yang romantik tapi bumi yang terlalu cinta kerana bumi selalu menerima hujan kembali, sekalipun hujan selalu datang dan pergi."

"Tapi hujan sentiasa tahu bahawa dia menyakiti bumi bila terus menerus turun tanpa henti. Adakalanya dia berhenti jatuh untuk sebuah pelangi."

"Awan tulus menemani hujan setiap saat walau dia tahu dia tak akan pernah memiliki hujan. Tak ada yang peka, bahawa awan lah yang paling tersakiti."

Kau percaya, setiap orang itu sakit dengan versinya?

26 Jun 2023.

PROLOG

Hidup memang tidak sentiasa indah. Hidup mempunyai semua perihal yang berbeza bagi setiap manusia. Kalau ditanya bagaimana hidupmu hari ini, pasti ada jawapan, "Hari yang menyedihkan."

Itu jawapan yang boleh diterima. Tapi jika ditanya bagaimana hidupmu selama ini dan mendapat jawapan yang sama, itu kelihatan berbohong sekali.

Kerana selama ini, hidup kita baik-baik saja. Mengapa?

Ada yang bahagia dalam suatu hal itu, dan ada juga yang sengsara. Ada orang kehilangan, dan ada juga yang masih mempunyai kesempurnaan. Kau percaya, setiap orang itu sakit dengan versinya?

Maka, teruslah tertawa walau dunia tak seindah syurga.

Jika ditanya apa itu hidup bagi seorang Elfira Amelia, dia pasti tersenyum lalu menjawab,

"Jika kita bersyukur dalam semua perkara, kita pasti bahagia."

"Jadi, kamu patut bersyukur sebab masih ada mama dan papa, mencari nafkah untuk kamu! Kalau kami tak ada, hidup kamu sekarang pasti sengsara! Minimal jadi anak berguna!!" Bentak Papa.

Terkadang, Elfira fikir ada baiknya dia tidak pulang ke rumah.

"Maaf, pa.."

"Perkataan maaf kamu tu boleh digunakan untuk apa-apa ke?"

"Kamu bahkan tak berniat untuk mendapat nilai tinggi! Kamu nak jadi apa nanti? Ha?!"

Sudah satu jam, saat dia melangkah ke dalam rumah mewahnya selepas baru pulang menamatkan sesi persekolahan, suara barang-barang pecah dan bentakan ayah memenuhi ruang rumah itu.

"Pa, adik tak salah. Dia dah berusaha..," Mama berusaha menghalang suaminya daripada meninggikan suara.

"Awak asyik bela je dia! Dia tak memerlukan pembelaan awak untuk menutup kesalahan dia! Menyesal saya ambil dia sebagai anak angkat!" Papa semakin bersuara.

Memang Elfira bukan anak kandung mereka. Dia berpisah daripada keluarga kandungnya sejak bayi lagi. Dia diambil sebagai anak angkat tepat hari ulang tahunnya yang ketujuh.

Senja Terakhir [COMPLETE]Where stories live. Discover now