CIK Nah memimpin tangan Dhea erat, mereka berdua berjalan beriringan menaiki anak tangga menuju tingkat atas rumah agam besar milik Dato' Arzlan. Entah apa yang ditakutkan sangat Dhea pun, Cik Nah tidak tahu.
Sejak kali pertama Dhea berada di situ tidak pernah dia menjejak kaki di bahagian atas rumah itu sendirian. Masih sedar diri dia orang asing di rumah ini. Atas dasar hormat, dia hanya membuntuti langkah Cik Nah berada tanpa merungut walau sekali.
Pandangan Alana diliarkan pada sekitar lantai atas itu yang masih mengenakan warna putih gading pada seluruh dindingnya. Bingkai emas yang menghiasi dinding itu melengkapkan lagi gaya rumah moden serba mewah.
Beberapa buah pintu kayu besar di setiap penjuru dinding itu dipandang Dhea lama. Kira-kira ada enam bilik juga di atas ini. Manakala, ada empat buah bilik lagi di bawah. Tidak termasuk pula bilik storan makanan dan barangan.
Ada sepuluh buah bilik di dalam rumah besar ini tetapi mengapa walau sekali dia tak pernah lihat sesiapa yang menghuninya selain dari Cik Nah dan dirinya sendiri? Aneh.
Entah kenapa rasa meremang pula Dhea jadinya. Bulu roma yang terasa merinding tiba-tiba itu disedari Cik Nah. Naik hairan orang tua itu melihat wajah pucat Dhea yang pucat lesi seakan baru terlihat hantu.
“Kamu kenapa? Dato' tak makan orang.” Cik Nah memberitahu. Cepat-cepat, Dhea tarik senyuman terpaksa. Bukan itu yang dia risaukan sebenarnya.
“Tak ada apa-apa, Cik Nah. Dhea cuma pelik.” Dhea memberitahu isi hatinya. Kalau ikutkan selama ini juga dia tak pernah lihat mana-mana pembantu lain selain Cik Nah. Dhea mula rasa syak wasangka.
“Pelik sebab tak ada orang? Dato' tak suka bergaul dengan orang. Dia rimas.” Beritahu Cik Nah lagi, membuatkan Dhea memberhentikan langkahnya serta-merta. Mengapa misteri sangat pesona Dato' Arzlan ini. Kus semangat tahu tak?
“Cik Nah, Dhea takutlah. Dato' itu betul ke orang?”
Cik Nah pantas gelak semahunya. Dhea lahirkan riak wajah pasrah. Dia tak buat lawak sekarang ini. Langsung tak kelakar lelucon yang dirasakan Cik Nah sekarang ini. Apa dia nampak macam dia mahu gelak?
“Cik Nah!” Dhea menegur. Cik Nah mengangkat tangan dari memegang perutnya dari tadi yang pedih bergetar kerana tawanya yang terlepas.
“Cik Nah gurau aje. Kamu takut sangat kenapa? Dato' itu cuma susah nak percayakan orang. Sebab itu tak ramai yang diambil bekerja dengan dia. Yang terpilih sahaja. Semua pekerja Dato' ada shiftnya yang tersendiri. Shift pagi, shift petang, shift malam.” Cerita Cik Nah panjang lebar.
Dhea telan air yang terasa pahit. Aduh, bagaimana dia mahu menyakinkan Dato' Arzlan agar dia dibenarkan tinggal di sini buat sementara waktu kalau keadaannya sudah begini.
Masaklah kau, Dhea!
Pintu kayu besar berwarna coklat gelap mahogany besarnya itu diketuk Cik Nah beberapa kali. Ketuk dua kali kemudian sekali. Dhea sekadar memerhati. Biar sahajalah dia jadi patung di sini.
“Cik Nah?” Kedengaran satu suara maskulin daripada belakang pintu. Dhea menelan air liur. Tak lama kemudian, daun pintu terkuak dari dalam membentangkan isinya sebelum tertutup kembali.
“Dato' ada tak Alan?” Dhea pandang figura bernama Alan itu. Segak. Berpakaian lengkap dengan baju kemeja dan seluar slack. Ekor matanya sempat menjeling Dhea. Apa pandang-pandang?
“Dato' ada. Tapi Dato' sibuk sikit.” Alan berdehem perlahan. Menegur Dhea yang menjelingnya atas bawah dari tadi.
“Oh ye ke? Cik Nah baru nak jumpa Dato'. Nak kenalkan Dhea.” Cerita Cik Nah tanpa segan. Tersenyum mesra pada jejaka yang bernama Alan di hadapannya ini. Dhea sekadar pandang lantai bawah. Cantik pula pantulan diri sendiri.
YOU ARE READING
OG | HER PLAYBOY
Romance𝗛𝗲𝗿 𝗛𝘂𝘀𝗯𝗮𝗻𝗱 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «3𝒓𝒅 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔» | ᵒⁿ ᵍᵒⁱⁿᵍ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐐𝐀𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐱 𝐃𝐇𝐄𝐀 𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀˚ ༘♡ ·˚ "𝑳𝒐𝒗𝒆 𝒕𝒉𝒆 𝒍𝒐𝒗𝒆𝒓𝒔, 𝒑𝒍𝒂𝒚 𝒕𝒉𝒆 𝒑𝒍𝒂𝒚𝒆𝒓𝒔." ✰ playboy x tomboy ✰ song playlist; stereo love ✰...