SEPASANG gaun satin lace berwarna champagne gold kini terletak elok pada sebatang tubuh tinggi lampai milik Alana. Gaya rambutnya pula diikat sanggul bersama penyepit rambut berhiaskan mutiara kecil.
Alana menyentuh bibir yang dioleskan lipstick yang dipinjam daripada Cik Nah. Wajahnya juga sudah siap diletakkan bedak hasil tangan Cik Nah terlebih dahulu. Terkedip-kedip mata Alana memandang pantulan wajah dan tubuhnya sendiri.
Bagaimana Alan dapat meneka saiz ukuran tubuhnya dengan sempurna membuatkan Alana lebih berwaspada dengan jejaka itu. Besar kemungkinan sekiranya Alana melawan, dia mungkin dihantar semula pada Derek oleh ayahanda Alan.
Alana kepalkan tangan di sisi tubuh. Membenci situasi yang dia sendiri tiada pilihan selain menuruti buat masa ini. Hidupnya masih dikawal seseorang. Membuatkan Alana sedar dia masih belum bebas selagi dia di rumah ini.
Jarang jarang dia berpeluang memakai pakaian sebegini. Jauh sekali dengan penampilannya yang sering memilih baju tshirt panjang bersama seluar sukan lama yang sudah lusuh sejak dari zaman sekolah.
Rambut hitamnya yang dulu pendek juga kini telah panjang melepasi paras bahu. Alana pandang lagi pantulan dirinya di dalam cermin bilik. Tenung dalam dalam pada figura yang dipantulkan di dari biasan cermin tersebut.
“Dhea?” Teguran Cik Nah serta-merta menamatkan lamunan Alana yang tidak sedar dengan keadaan sekelilingnya. Atau lebih tepat lagi masa yang sudah berlalu agak lama.
“Ya, Cik Nah.” Jawab Alana pantas mengukir senyuman palsu. Menyorokkan air mukanya yang dilanda seribu satu rasa sebentar tadi. Cik Nah senyum lebar.
“Cantiknya Dhea. Pandai Tuan Alan pilihkan baju ini untuk Dhea kan? Dhea dah siap? Tuan Alan dah tunggu Dhea dalam kereta.” Maklum Cik Nah sambil sibuk membetulkan rambut Dhea agar kelihatan cantik terletak bersama baju yang tersarung pada tubuh Dhea itu.
Dhea angguk sekali sebagai balasan. Hela nafas berat yang mahu dilepaskan ditahan. Hadapkan sajalah beberapa jam bersama Alan. Kali ini saja. Pujuk Dhea cuba menyakinkan diri. Pilihan ini yang tepat buat situasinya sekarang.
Harapnya sebegitulah. “Jom, Dhea.”
═════✮❁•°♛°•❁✮ ══════
PINTU peti ais dibuka menampakkan isinya. Sebaris tin minuman 100plus yang elok tersusun di dalam ruangan laci bawah rak minuman diambil Aryan. Sebiji epal yang berada dalam ruangan barangan segar itu pula diambil juga bersama.Pili air singki dibuka sebelum epal itu dilalukan di bawah air itu sekilas. Aryan ambil tempat pada counter island dapur milik Dayyan yang luas itu. Tubuh disandarkan dengan penuh santai.
Bebola mata Aryan asyik membaca notifikasi yang memenuhi skrin telefon pintarnya yang datang daripada Alan. Aryan sekadar merenung tanpa minat. Rambut perangnya yang basah itu menitik-nitik menuruni tubuhnya yang hanya bertuala paras pinggang.
Dalam fikirannya sedang memeta apa yang mahu dilakukan hari ini. Terasa seperti dia terlupa sesuatu yang penting tetapi masih tak dapat mengenal pasti apakah ia yang sebenarnya.
Skrin telefon terpadam. Serentak, memantulkan wajahnya kini. Aryan termenung sendiri. Melihat warna rambutnya yang makin memudar menampakkan akar rambutnya yang asli, Aryan membuat nota mental agar dia kembali ke mana-mana salon untuk mewarnakannya kembali.
“Assalamualaikum,” suara Arrez memenuhi ruangan. Lantas, pantas sahaja pandangan Aryan terarah pada figura Arrez yang kelihatan agak kepenatan. Sudah lah keluar lewat malam semalam, pagi subuh baru lelaki itu pulang kembali ke sini.
YOU ARE READING
OG | HER PLAYBOY
Romance𝗛𝗲𝗿 𝗛𝘂𝘀𝗯𝗮𝗻𝗱 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «3𝒓𝒅 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔» | ᵒⁿ ᵍᵒⁱⁿᵍ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐐𝐀𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐱 𝐃𝐇𝐄𝐀 𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀˚ ༘♡ ·˚ "𝑳𝒐𝒗𝒆 𝒕𝒉𝒆 𝒍𝒐𝒗𝒆𝒓𝒔, 𝒑𝒍𝒂𝒚 𝒕𝒉𝒆 𝒑𝒍𝒂𝒚𝒆𝒓𝒔." ✰ playboy x tomboy ✰ song playlist; stereo love ✰...