EC:NN60

2K 47 1
                                    

                             AISHLYN sedang memakai tudungnya. Maklumlah, dia sudah berjanji dengan Ayyash untuk meluangkan masa bersama. Dia juga sudah berhenti kerja, hidupnya seratus peratus bergantung kepada hasil pendapatan Zaquan.

Lelaki itu memanglah baran, tetapi tiap-tiap minggu ada sahaja duit yang masuk kedalam akaunnya. Kaya wey laki aku! Hampa ada ka?

"Mama, your phone keep on buzzing! Kacaulah Ayyash nak main PUBG. Nak chicken dah tu," marah Ayyash seraya menghulurkan telefon Aishlyn kepada tuan badan.

Untuk kanak-kanak yang berusia empat tahun, Ayyash sangat bijak dalam melakukan pelbagai perkara. Ianya seperti Tuhan telah mengurniakannya satu kelebihan!

"Dah nak chicken?! Lepastu Ayyash kalah ke? Tidakk, rank mama! Takguna betul siapa yang asyik mesej ni," marah Aishlyn juga.

Terus dia membuka telefonnya. Aplikasi WhatsApp ditekan. Ada satu nombor asing yang kerap menghantarkan mesej kepadanya.

Aishlyn membuka pesanan tersebut.

Hye, beautiful.
Reply la.
Kenapa taknak reply?
Hellooo??
Perempuan cantik memang sombong eh?
Budak kecil dekat profile you tu siapa? Adik you kan?
Comel lah you ni, rasa macam nak cubit-cubit pipi tu!

Aishlyn merenung mesej itu jengkel. Kita dah kahwinlah! Tanpa dia sedari, Zaquan berada dibelakangnya. Lelaki itu turut membaca mesej-mesej yang dihantar itu.

"Anak siapa try kau ni? Dia tak tahu ke kau dah kahwin?" soal Zaquan jengkel. Terkejut Aishlyn dibuatnya! Nasiblah telefon itu tidak terlepas daripada tangannya.

"Entahlah- eh nak buat apa tu?" soal Aishlyn apabila Zaquan merampas telefon itu daripada genggamannya.

"Nak ajar sikit dia ni," ujar Zaquan dengan nada jahat. Jarinya laju menekan papan kekunci itu. Bertubi-tubi mesej yang dihantar kepada lelaki yang cuba mengorat Aishlyn.

Eh yang kau mesej ni bini orang tau!
Haa aku ni laki dia! Sebok je mesej bini aku!
Memanglah bini aku lawa, aku pun hensem!
Kau simpan jelah angan ii kau nak try dia!
Dia aku punya!
Muka kau mesti macam ikan keli kan?
Jangan kacau bini aku lagi lah!
Bluerkk!
Oh yang dekat profile tu anak kitorang btw.
TUIH!

Zaquan ketawa jahat selepas menghantar mesej-mesej tersebut. Aishlyn hanya menggelengkan kepalanya melihat tingkah laku si suami.

"Taknak ikut kitorang keluar ke, abe?" soal Aishlyn seraya memasukkan telefon pintarnya kedalam beg galas. Dia kan ibu yang agak muda, haruslah mengenakan beg yang sesuai dengan umurnya hehe!

"Pergi mana?"

"Ayyash nak main playground. Aku bawaklah dia, yang dekat hujung taman tu," balas Aishlyn lagi sambil menggayakan Ayyash dengan memakaikan kanak-kanak itu sebuah topi.

"Oh, malaslah hehe. Banyak kerja huhuhu, takpe kau pergi main dengan budak tu... Aku duduk rumah jadi housewife yang berjaya, aku akan masak," balas Zaquan dengan sengihan.

"Yelah." Terus wanita itu keluar dari rumah bersama dengan Ayyash. Taman permainan menjadi tujuan mereka, taman itu sangatlah meriah kerana ramai yang mengujungi taman tersebut untuk beriadah.

"Mama, Ayyash nak main tu," Ayyash menunjuk kearah sebuah gelongsor berwarna kuning.

"Ha jom," Aishlyn hanya mengikut langkah anak tirinya. Wanita itu hanya menunggu Ayyash dihujung gelongsor itu.

3|| EC: Lynquan's First Love ©️Where stories live. Discover now