Zikry terpaku di hadapan pintu masuk kelas 4 Sains 2. ragu-ragu sama ada patut atau tidak dia masuk ke kelas orang itu. minda Zikry terbang sejenak setelah berjalan melepasi Ayana beberapa minit lalu tadi. dia sedar, sepanjang berjalan gadis itu sekadar menunduk kepala.
"masuk jelah. alang-alang kau bertugas kat sini," jemput Firzan, yang merupakan classmate Ayana.
Zikry dengan sedikit kekok melangkah masuk ke tingkatan 4Sc2 itu. sehelai kertas yang tertampal di papan kelas menarik perhatiannya, lalu lelaki itu menghampiri kertas itu.
"ha buat apa tu?"
"eh. result exam rupanya! sorry sorry! aku tak tahuu." Zikry mengundur beberapa tapak, menjauhi kertas itu; kerana apa yang dia tahu, markah seseorang adalah privasi secara umumnya. melainkan jika tuan punya markah membenarkan markahnya dilihat.
"member bawak berenang member! terkejut aku."
terus Zikry berhenti mengundur. apabila ditoleh, rupanya Firzan di tepinya.
"ahahahahahah... sorry. nak tanya ni subjek apa eh?" spontan Zikry menala ibu jari ke kertas yang tertampal di papan itu. lelaki itu cuba berikhtiar menutup kebenaran bahawa dia hampir saja melatah tadi. terkejut sia.
Firzan memindahkan bebola matanya ke arah kertas yang dimaksudkan kawannya itu.
"chemistry."
"baru tampal ke?"
soalan Zikry dibalas dengan anggukan kepala oleh Firzan.
"i see." laju mata Zikry mencuri pandang ke sebaris nama.
matanya sudah menjumpai. kemudian dia meleretkan pandangan semakin ke kanan, sedikit demi sedikit sehinggalah tiba di petak-petak yang berisi angka-angka. lelaki itu berkerut sejenak.
"banyaknya markah. mana satu betul ni?"
jari saja-saja menunjuk pada nama Firzan, tetapi mata sebenarnya sedang mencuri pandang ke nama Ayana.
"oh. yang first tu markah form 4 awal tahun. second tu tov. last sekali tu result tengah tahun, latest punya."
"ooo. uish terer ah kau. result latest ni beyond the tov sia." laju Zikry menepuk tangan serupa kanak-kanak riang di taman permainan.
"hehe. alhamdulillah, hadza min fadhli Rabbi." Firzan menarik senyum. Zikry mengerling Firzan sekilas sebelum mata kembali melekat pada nama Ayana. tetapi jari masih kekal steady pada nama Firzan. nampaknya bakat berlakonnya tidak disia-siakan ke arah yang salah.
Izza Adriana...
Izza...
markah form 4 awal tahun, 74 A-
tov, 75 A-
markah tengah tahun,
50 ;
C?
bukan dia tidak percaya gadis pintar seperti Ayana itu pun jatuh markahnya. tetapi dia tidak percaya jika mimpi buruk gadis itu menjadi kenyataan. entah mengapa, dirinya dapat membayangkan perasaan Ayana sewaktu mengetahui markahnya pada hari keputusan itu.
menangiskah dia? atau sekadar diamkah dia?
lelaki itu benar-benar bingung jika yang sebenarnya gadis itu betul-betul menitiskan air mata kerana kejatuhan nilai peperiksaan kimianya. entah mengapa, dirinya merasakan itulah yang dilalui gadis itu saat ini.
-
i cant imagine after this holidays 😶
YOU ARE READING
kamu ✓
Romance| 2023 | "tidak ada lelaki sebaik dia." kisah si gadis yang sekadar memerhati, lelaki yang disukainya menyukai gadis lain. Izza Adriana, si bunga menanti rama-rama pilihannya, Ikhwan Zikry, namun rama-rama itu sendiri sudah terbang pergi ke bunga la...