EC:NN62

2.9K 63 6
                                    

                       ZAQUAN dan Aishlyn turun daripada kereta. Mereka berdiri dihadapan sebuah gudang usang yang tunggu masa sahaja ingin reput.

"Fuh... We're here," ujar Aishlyn sambil cuba untuk menenangkan dirinya sendiri.

"Semua ni untuk Ayyash. I mean like, selain daripada mati... There's nothing to worry about kan?" ujar Zaquan pula. Masing-masing cuba menyedapkan hati. Padahal mereka tahu, peluang untuk mereka keluar hidup-hidup adalah sangat tipis.

"I don't say this often, but I want you to know that I'll always love you," ujar Zaquan lagi. Jantungnya berdegup kencang!

"The feelings are mutual. Love you too," balas Aishlyn sambil menggenggam hujung bajunya erat.

"Jom." Zaquan memimpin jalan manakala Aishlyn mengikut belakangnya dengan berhati-hati. Banyak serpihan kayu yang tajam, risau sekiranya terpijak.

"SAKITTT!!!"

Kedengaran suara Ayyash sedang meraung kuat di dalam gudang itu. Tangisan anak kecil itu jelas kedengaran.

"Ayyash?! Ayyashhh?!!" jerit Zaquan seraya bergerak dengan pantas mencari sumber suara anaknya. Aishlyn pula ketinggalan dibelakang.

"Ayyash anak pa-" Zaquan henti bicara. Dia tercengang melihat keadaan anaknya ketika itu.

Anaknya digantung secara terbalik, kepala dibawah kaki diatas. Darah mengalir turun daripada luka-luka yang ada di kulit kanak-kanak lelaki itu. Ayyash menangis sambil memandang Zaquan.

"Awhhh you're here? Awalnyaaa! I tak habis have fun lagi dengan budak ni," ujar Hana dengan nada gediknya. Dia menepuk-nepuk pipi Ayyash yang sedang menangis itu sambil memandang Zaquan dengan pandangan mengejek.

"Hana, lepaskan anak aku. He's still young... You're gonna kill him!" jerkah Zaquan apabila menyedari wajah Ayyash sudah bertukar merah.

"Awhh where's the fun in that?" sampuk suara garau dari belakang Zaquan. Lelaki itu kalih kebelakang.

"Lucas?! How could you?!" Zaquan ternganga. Dia tahu Hana berdendam dengannya, tetapi dia tidak menyangka bahawa Lucas turut serta ingin menghapuskan dia!

Lucas berdiri di sebelah Hana. Ditangannya terdapat sebuah baldi berisi air.

"I tak dendam dengan you, Zaquan. I dendam dengan your beautiful wife. Speaking of her, where is she?" soal Lucas dengan senyuman senget.

Zaquan juga baru perasan bahawa Aishlyn tiada dibelakangnya.

"I'm all by myself. She's not here," ujar Zaquan sambil mengetap bibirnya. Lucas dan Hana berpandangan sebelum mereka berdua ketawa.

"Bukan kitorang ada cakap ke korang kena datang berdua? Kenapa tak ikut cakap kitorang ni? Kan dah kata kalau tak ikut cakap korang, Ayyash mampus," soal Hana sinis.

Dia memberikan isyarat mata kepada Lucas. Lelaki itu mengambil baldi berisi air tersebut sebelum dia mencelup kepala Ayyash kedalam baldi tersebut.

Meronta-ronta Ayyash dibuatnya.

"Okey, okey, okey! She's freaking here okey?! Please stop that," rayu Zaquan sambil mengalirkan air mata. Sebak apabila anaknya diperlakukan sebegitu rupa!

3|| EC: Lynquan's First Love ©️Where stories live. Discover now