EC:NN63

2.6K 59 3
                                    

                  AISHLYN dan Zaquan melindungi Ayyash dengan meletakkan kanak-kanak itu di antara mereka. Zaquan menghadap memandang Hana manakala Aishlyn menghadap Lucas.

Mereka dikepung oleh Hana dan Lucas yang sedang memegang kapak.

"Tak seronok laa bunuh semua sekali macam ni," rengek Hana sambil menghentak-hentakkan kakinya. Wajah dicemberutkan.

Namun, Zaquan dan Aishlyn tidak memberikan sebarang reaksi. Mereka berdua memegang erat Ayyash yang sedang menangis itu.

"Jomlahh abang, kita battle berduaa," ajak Hana dengan nada yang meleret. Zaquan menarik nafasnya dalam, mata merenung tepat anak mata milik Hana yang sedang mencabarnya itu.

"Aishlyn? Selalunya ganas, harini kenapa jadi macam kucing ni?" perli Lucas pula dengan senyuman sengetnya. Fuh, panas hati Aishlyn dibuatnya!

"Don't let them get into your head. Kita diam, biar diorang yang datang dekat kita," bisik Zaquan keras. Aishlyn yang mendengar hanya diam.

"You're not gonna move? What a coward," ejek Lucas lagi. Aishlyn menarik nafas dalam.

"Don't let your guards down, Aishlyn. Biar diorang mendekat," ujar Zaquan lagi. Dia sedar bahawa Aishlyn sedang cuba sedaya upaya menahan dirinya daripada meluru kearah Lucas.

Hana dan Lucas mengambil satu langkah mendekati mereka. Terus Zaquan dan Aishlyn yang tadinya berdiri tegak, kini berada di dalam posisi yang bersedia untuk menyerang.

Hal itu membuatkan Hana dan Lucas agak terkejut.

"Wahh! Dah bersedia nampaknya? Aren't you gonna start the first move?" soal Hana lagi seraya menghayunkan kapaknya kedepan dan kebelakang.

Tetapi, Aishlyn dan Zaquan masih senyap. Mereka hanya memerhati lawan mereka dengan tajam. Akan ada nyawa yang terkorban... Persoalannya, nyawa siapa?

"Fine, we'll go first." Hana dan Lucas berlari sambil menghayunkan kapak mereka kearah Aishlyn dan Zaquan.

"Aduh!" jerit Ayyash apabila ibu bapanya menolak dia ketepi dengan kuat sebelum mereka berdua menunduk mengelak serangan daripada Hana dan Lucas.

Ayyash melihat adengan yang berlaku dihadapannya ini dengan badan yang menggeletar. Air matanya langsung tidak kering daripada tadi!

Zaquan berjaya menendang perut Hana yang sedang cuba melakukan serangan keatas dirinya! Lelaki itu turut menendang kapak tersebut daripada tangan si gadis sebelum dia merampas kapak yang tajam itu.

"Zaquan!!"

Suara Aishlyn kedengaran di halwa telinganya. Suara sang isteri sedang meminta bantuannya! Terus dia menendang Hana jatuh sebelum dia menghayunkan kapak tersebut kearah kaki gadis itu.

"ARHHHHH!!!" raung Hana sambil mengalirkan air matanya apabila kakinya putus dengan sekelip mata. Matanya terkebil-kebil memandang sebelah kakinya yang hanya tinggal separas lutut!

Zaquan memandang Hana kosong sebelum berlari membantu Aishlyn.

Aishlyn pula menahan tangan Lucas apabila lelaki itu bertindak menghayunkan kapak tersebut kearah kepalanya. Dia sedaya upaya menahan Lucas yang sedang cuba menekan kapak tersebut.

3|| EC: Lynquan's First Love ©️Where stories live. Discover now