EC:NN64

3K 60 4
                                    

Disclaimer: untuk lebih menghayati bab ini, sila dengarkan lagu "Bila Tiba" by Ungu. Saya ada letakkan video dekat bawah, kalau ada... Adalah. Kalau tak ada, boleh bukak youtube hehe.

ZZAP !

Aishlyn membuka matanya. Perlahan-lahan dia kalih kebelakang apabila merasakan ada yang memeluk dirinya erat.

"Z-Zaquan... " panggil Aishlyn dengan air mata yang lebat turun membasahi pipi. Zaquan yang sedang memeluknya itu perlahan-lahan melorot jatuh ketanah dengan sebilah kapak berada betul-betul diatas kepalanya.

Darah membasahi muka lelaki itu.

"ZAQUAN!!!" raung Aishlyn sambil memeluk suaminya yang sudah menghembuskan nafas terakhir itu. Zaquan kaku dipelukan Aishlyn, tidak lagi bernafas.

"AISHLYN?!" Kedengaran suara para sahabat masuk kedalam gudang.

"Aish-" Arya jatuh terduduk melihat adengan dihadapannya. Air matanya perlahan-lahan turun, dia lambat... Sekali lagi dia terlambat!

"Zaquan..." Aishlyn menghamburkan tangisannya. Dia merapatkan dahinya dan dahi Zaquan. Tidak lagi kisah dengan hal yang terjadi disekelilingnya.

"Za...quan... Kawan aku la bodoh!!" raung Naufal seraya meluru kearah Lucas yang turut terkejut. Lelaki itu melepaskan geramnya dengan menumbuk-numbuk muka lelaki itu sekuat hati.

"Papa? Mama, papa masih hidup kan?" soal Ayyash sambil menarik-narik lengan baju Aishlyn yang masih merenung muka Zaquan yang dipenuhi cecair merah.

"Kitorang dah tak ada sesiapa kau tahu tak?! Kenapa kau kena bunuh dia?! Kawan aku laa... Zaquan... " rintih Naufal lagi. Jatuh terduduk dia dibuatnya sambil memandang mayat rakannya.

"Kau kena tarik Aishlyn, Arya," ujar Hariz kepada gadis itu. Arya dengan Firdaus bangun dengan langkah yang terhuyung-hayang, namun mereka kuatkan semangat.

"Aishlyn sayang... Jom," pujuk Firdaus seraya menarik adiknya untuk bangun.

"Taknak... Adik nak Zaquan, kenapa dia tinggalkan adik?" rintih Aishlyn sambil mengusap wajah pujaan hatinya dengan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi ditarik oleh Firdaus.

"Jom sayang... " pujuk Firdaus lagi. Aishlyn akhirnya merelakan mayat Zaquan ditangan Hariz dan Naufal. Dia bangun sambil dipapah oleh abangnya.

Mereka harus keluar memandangkan kawasan ini tidak selamat. Walaupun Lucas sudah tidak sedarkan diri dan Hana seperti tidak memberikan apa-apa ancaman, mereka tetap harus berjaga-jaga.

"Ayyash, jom... Kita kena keluar," pujuk Arya kepada kanak-kanak lelaki itu pula.

"Auntie? Papa Ayyash dah ikut ibu ke? Dia dah takde dekat dunia ni ke, auntie?" soal kanak-kanak polos itu kepada Arya. Arya terdiam, tidak tahu mahu jawab apa!

"P-Papa Ayyash pergi tempat lain... Papa pergi jumpa Allah," terang Arya dengan nada yang bergetar. Mata Ayyash mulai memerah, bibirnya diketap. Dia bukan bodoh untuk tidak mengerti maksud Arya!

3|| EC: Lynquan's First Love ©️Where stories live. Discover now