Kini tibalah masanya Dhia melahirkan cahaya matanya.
Eldian dari tadi tidak senang duduk memikirkan Dhia yang sedang bertarung nyawa didalam.
"Suami Puan Dhia." Suara doktor perempuan itu membuatkan wajah Eldian segar.
"Saya doc." Jawab Eldian. Doktor itu mengangguk.
"Encik boleh masuk teman kan isteri Encik." Kata doktor itu. Eldian mengangguk lalu melangkah masuk.
"BERI LALUAN." Yusof, Adrian dan Fawwaz turut hadir memberi sokongan kepada Dhia.
"Ehh maaf Encik bertiga tak boleh masuk. Hanya suami sahaja." Kata doktor itu. Adrian memandang tajam wajah doktor itu.
"Kau nak kena buang kerja ke?" Tanya Adrian. Doktor itu menelan air liur. Dia tahu siapa Adrian dan Fawwaz.
"Maaf sila lahh." Kata doktor itu.
Mereka bertiga masuk ke dalam dengan senang hati.
"Hikss abangg sakit." Rintihan Dhia membuatkan Eldian tidak sanggup mendengarnya.
"Shhh sunshine sabar okey? Please demu baby kita." Pujuk Eldian. Dhia mengangguk.
"KAKAK DHIA!" Yusof, Adrian dan Fawwaz menegur serentak.
"Kami supporters kakak Dhia." Ujar Yusof sambil memegang bendera setiap negeri bersama Fawwaz. Mana kala Adrian memegang bendera Malaysia.
"Bukaan dah sepuluh cm doktor." Kata jururawat itu.
"Ready." Kata doktor itu lalu mengambil tempat.
"Puan tarik nafas and push okeyy." Kata doktor itu. Dhia mengangguk menggenggam tangan Eldian.
"Okey tarik nafas puan." Kata doktor itu.
"Push."
Dhia teran sekuat hati bersama erangan. Tangan Eldian dicengkam. Pedih yang dirasakan tidak setanding dengan rasa sakit yang dialami oleh Dhia.
"PUSH KAKAK PUSH!" Ujar the bala sambil mengibarkan bendera negeri dan bendera Malaysia.
"Alhamdulilah, lelaki Puan." Ujar doktor itu.
"WOOHOOOOO ANOTHER BALA!" Jerit Yusof.
Dhia tercungap-cungap selepas mencari nafas.
"You did it sunshine." Ujar Eldian lalu melabuhkan ciuman didahi, pipi dan bibir Dhia. Dhia tersenyum.
Dhia dipindahkan ke dalam wad dan ditemani oleh Eldian.
"Strong wife." Kata Eldian tiba-tiba. Dhia tersenyum.
"EL! TENGOK ANAK KAUU!" Yusof masuk bersama bayi lelaki iaitu anak Dhia.
"Ehh macam mana kau-
"Allah encik." Masuk seorang jururawat yang tercungap-cungap mengejar Yusof.
"Ishh kau ni nak apa aku dah katakan aku kenal budak ni." Kata Yusof lalu fokus semula kepada bayi ditangannya.
"Muehehehehe uncle akan latih kau jadi bala." Ujar Yusof. Eldian dan Dhia menggeleng kepala.
"Tak apa nurse. Maaf bala ni ganggu awak." Kata Eldian. Jururawat itu mengangguk lalu keluar dari situ.
"Haih kau ni cuba jaga perangai tu." Kata Eldian. Yusof menjeling.
"Yusof, saya nak anak saya boleh?" Tanya Dhia dengan lembut.
"Dua ringgit." Kata Yusof. Dhia mencebik.
"Murahnya kau letak harga anak aku." Kata Eldian sambil mencekak pinggang.
"Promo merdeka." Kata Yusof lalu bayi itu bertukar tangan dengan Dhia.
YOU ARE READING
HIS PAST:ELDIAN AMIR(COMPLETE)
Random[C O M P L E T E] "you're my first love and you always win in my heart." Eldian Amir, seorang jejaka dingin, tidak melayani wanita. Bekerja keras dalam syarikatnya sendiri. Nur Dhia Zafira, gadis yang dulunya playgirl dan mampu mematahkan hati Eldi...