BAB 18 ✓

4.4K 102 0
                                    

Harini hari Jumaat. Aku sedang membuat kerja dengan aman. Mana tak aman? Boss takde kan hihihi. Sedang aku berfikir tentang kerja, tiba tiba telefon aku berdering.

RING RING RINGG

"Hello?"

"Assalamualaikum Dalia.. Ni aunty ni, maaf sebab aunty telefon Dalia time time macam ni.." aku melihat telefon aku dan menjawab.

"Waalaikumsalam.. ye aunty, ada apa ye telefon Dalia ni?"

"Dalia sibuk tak petang ni? Aunty nak ajak Dalia datang ke rumah untuk makan petang.. Lepastu aunty ada benda nak cakap sikit kat Dalia. Boleh Dalia datang?" aku berfikir sebentar.

"Boleh aunty. Nanti Dalia pergi ye. Ada apa apa lagi?

"Baguslah kalau macam tu. Itu je aunty nak cakap. Terima kasih ye Dalia"

"Sama sama aunty" Panggilan itu pon tamat. 'Kenapa eh aunty suruh aku dating? Nak bagitau pasal apa? Hmmm' desis hati Dalia.

Sekarang aku berada dalam perjalanan ke rumah aunty. Selepas sahaja kerja aku selesai, aku terus pecut ke rumah aunty. Akhirnya aku sampai. Guard yang berada di situ membuka pagar rumah itu untuk memberikan aku masuk. Aku hanya menunduk sedikit sebagai tanda terima kasih.

"Assalamualaikum aunty" aku berkata sambil mengetuk sedikit pintu rumah aunty. Pintu itupon terbuka dan menunjukkan Mairah yang membukanya.

"Ehh akak comey dah datang la.. Mama! Akak comey dah datangg" Mairah terjerit sikit suaranya.

"Marilah masuk akak" aku pon mengangguk dan masuk ke dalam rumah tersebut.

"Sampai dah Dalia..mari duduk sini" ajak aunty yang keluar dari bahagian dapur aku rasa dan menjemput aku untuk duduk di ruang tamu.

"Aunty, ada perkara apa ye yang aunty nak bagitau dekat Dalia?" aku memandang aunty. Aunty hanya diam tersenyum sembunyi dan Mairah pon buat benda sama.

'Kenapa diaorang senyum senyum macam tu? Ada benda tak kena ke' desis hati aku. Aku pon meliihat juga pakaian ku jika ada benda yang tak kena.

"Yang tu aunty cakap bagitau nanti ye, sekarang kita makan dulu. Aunty dah siapkan makan petang. Jomm" kata aunty sambil tersenyum. Kami bertiga pon berjalan ke ruang dapur dan duduk di meja makan.

"Makan la Dalia, aunty masak semua ni untuk Dalia. Jangan malu malu yee"

"Baik aunty. Aunty dan Mairah pon makan la sekali." kata aku. Segan jugak aku kalau makan sorang sorang kan, jadi kita ajak la semua sekali. Kami bertiga pon makan sambil bersembang sembang .

Selepas selesai makan, aku duduk di ruang tamu selepas selesai mengemas meja makan. Dah makan kena la kemas betul tak? Baru boleh jadi calon isteri. Ehh?? HAHAHAHA.

Dan sekarang di hadapan aku ada aunty dan Mairah. Aku hanya menunggu apa yang aunty mahu cakapkan.

"Dalia dah berpunya ke? Dah ada boyfriend?" tanya aunty. Aku yang sedang minum air tu tersedak sedikit. ' kenapa pulak tanya soalan macam tu?'

"Takde aunty. Dalia masih single. Kenapa ye aunty tanya?" balas aku selepas membetulkan suara. Aunty tersenyum suka apabila mendengar balasan aku.

"Aunty sebenarnya ada hajat nak bagitau dekat Dalia" aku hanya diam untuk tau apa yang aunty mahu cakap seterusnya.

"Aunty nak jodohkan Dalia dengan anak aunty. Aunty memang dah lama berkenan dengan Dalia untuk dijadikan menantu. Baik, sopan, hormat orang tua dan cantikk pula tu." kata aunty lagi. Mairah pon mengangguk tanda setuju dengan apa yang mamanya cakap. Aku terdiam, terkejut dan terkedu.

Jantung aku berdegup laju. ' WHATTT! Kenapa tiba tiba tanya ni?? Aduuu apa aku nak balas niii.. Tolong aku Sofeaaaa' Aku menjerit dalam hatii.

"Aunty.."




#hai readerss terima kasih for reading this story.. Jumpa di next chapter okay

Agak agak readers, Dalia terima ke tak eh? Hihihi

Jangan segan segan untuk komen ye :)

HIS LITTLE MARSHMALLOW Where stories live. Discover now