Happy Reading ...
The Dragon memasuki cafe, mereka datang dengan ahli yang lengkap kali ini. Mereka tidak hairan lagi apabila turut serta melihat geng The Queen ada di dalam cafe. Yang membuatkan para lelaki itu hairan adalah kehadiran geng motor yang sudah menjadi musuh turun temurun bagi geng mereka, dan sekarang geng itu ada di meja geng The Queen.
" what are you doing here with them? Daisyna Lexandra. " Suara xander sedikit dalam tak biasanya lexa mendengar suara xander seperti itu.
" nakal ye selama abang tak di malaysia ni ? Suka lumba-lumba motor ! " Haikal Devano , Abang kepada Aura Vyvy Lenn. Gadis itu sedikit terkejut disapa oleh suara abangnya yang lama ia tak dengar.
Selama 3 tahun Haikal di paris mengurus syarikat ayah mereka jadi kerana itu Haikal tidak balik. Kalau sudah dapat mengatur percutian ke Malaysia baru haikal dapat balik menemui adiknya perempuan satu satunya, Aura.
" Nasib baik abang baik, tahu tak? Kalau tak sat gi abang call mommy " Niel mencuit hidung mancung milik Rea.
glek . Susah payah aura menelan saliva nya . Ketiga-tiga gadis itu saling bertatapan.
" Lelaki sebelah Lexa ni nama dia Angkasa dan yang lain ahli geng motor diaorang " Lexa mengurungkan niatnya untuk ignore Xander. Dan mula mengenalkan Angkasa and the geng pada abangnya.
" Hekeleh , berlumba je pun. Itupun nak marah ke ? " Aura memutar bola matanya malas. " betul betul betul " Sambung Rea pula.
Namun apa yang mereka tak sedari waktu itu adalah tatapan Angkasa ke The Queen berubah.
The dragon menatap benci ke geng Angkasa . Lalu pergi begitu sahaja , mengundang kehairanan The Queen.
TBC ..
YOU ARE READING
𝚃 𝙷 𝙴 𝙱 𝙰 𝙳 𝙶 𝙸 𝚁 𝙻 𝚂
Adventure⚠️ Mengandungi kata kata kasar ⚠️ ⚠️ Adegan Bully ⚠️ ⚠️ Tempat , situasi dan nama character sendiri hanyalah sebatas Rekaan semata , dan apabila ada kesamaan character or dll di karya orang lain , sekaali lagi Author minta maaf kerana itu aadalah ha...