Hari esok dinanti penuh debar. Esok dia bakal bergelar seorang isteri. Dia gembira , tapi jauh didalam sudut hatinya terselit perasaan takut. Adakah lelaki itu akan mencintai nya ? Atau mungkin dia juga dipaksa ? Arissa mula bingung. Tiba tiba pintu biliknya diketuk."Ris ? Boleh umi masuk ?" Tutur Puan Aulia, lembut. Arissa menyambut mesra kedatangan ibunya. "Masuklah umi." Perlahan-lahan pintu biliknya ditutup. Puan Aulia laju menuju kearah Arissa.
Setelah melabuhkan punggung disebelah Arissa , tubuh kecil itu dipeluk , kemas. "Ris okay ? Kenapa sedih aje ni , sayang ? Tak suka ke nak jadi isteri esok ?" Bertalu-talu soalan dari Puan Aulia. Arissa mengoyak senyuman tawar.
"Bukan tak suka , umi... Cumanya , Ris takut". Jelas Arissa. Wajahnya ditundukkan. Puan Aulia tersenyum nipis. "Kenapa Ris takut ?" Soal Puan Aulia lagi. Arissa menggeleng perlahan.
"Ris cuma takut dia terpaksa cintakan Ris. Ris tahu , semuanya dalam keadaan terpaksa. Macam mana kalau dia seksa Ris ? Ris takut la umi..." Terang Arissa. Entah apa yang mengganggunya sehingga dia beranggapan begitu. Puan Aulia menggeleng perlahan.
"Ish... Apa cakap macamtu ? Umi tahu , Luthfan tu baik budaknya. Umi pernah jaga dia dulu tahu ? Sebelum Ris lahir lagi... Tak pernah umi nampak dia pukul budak perempuan masa dia kecil dulu. Budak tu tinggi adabnya...". Melambung lambung pujiannya pada lelaki bernama Luthfan itu. Arissa tayang muka menyampah.
"Bukan main umi puji dia ?" Arissa tarik muka masam. Puan Aulia ketawa kecil. Lucu bila dilihat. Perlahan-lahan gadis itu ditarik dalam pelukan. Rambutnya diusap lembut.
"Dah , tak perlu risau pasal bakal suami Ris tu... Umi percaya yang dia boleh lindungi Ris. Kalau nak harapkan umi , umi tak boleh nak jaga Ris lama-lama , kesudahannya nanti Ris yang jaga umi." Suara Puan Aulia berubah sayu. Arissa mula mengeratkan pelukan.
"Iya , umi..." Arissa ketepikan rasa takut itu. Dia perlu bersedia. Dia bakal bergelar isteri.
Luthfan mengeluh panjang. Dua orang sahabatnya memandang wajahnya pelik. Mengeluh panjang semacam tu dah kenapa ?
"Kau kenapa ni , Luth ?" Soal sahabatnya itu. Wajah Sahabatnya ditenung kosong. Lantas dia mengeluarkan kad jemputan yang elok coraknya dan diletakkan diatas meja. Hampir terkeluar biji mata lelaki itu bila melihat nama yang tertera di atas kat itu.
"Oh... Jadi kau nak kahwin ? Tahniah Luth... Diam diam ubi berisi." Kata sahabatnya yang lagi seorang dengan tenang. Memang sedikit terkejut , tetapi perasaan bangganya melebihi. Manakala sahabatnya tadi melopong panjang.
"Ya , Khai..." Balas Luthfan pula. Sahabatnya yang digelar Khai itu tersenyum manis.
Dialah yang bernama Ishaq Al-Khair. Bersifat lebih tenang dan tidak gopoh. Nak dibandingkan dengan Danish Hazriq memang haru. Sifat dirinya pula tidaklah setenang Ishaq. Sifatnya yang beku dan mudah melenting tidak sama langsung dengan sifat Ishaq.
Hazriq mengedipkan matanya berkali kali. Bagai tidak percaya. Cepat cepat ditarik lengan sasa Ishaq.
"KHAI ! KAU TENGOK TARIKH NI BILA ?!". Sempat dia menjeling sahabatnya yang menjerit bagai tak ingat dunia. Biji matanya juga hampir terkeluar bila melihat tarikh perkahwinan itu hanya lebih kurang dalam seminggu.
Hazriq dan Ishaq memandang kad kahwin dan muka Luthfan bergilir-gilir. Selepas itu mereka memandang sesama sendiri. Ishaq berdehem sekali.
"Aku takde niat nak menyibuk... Cuma--". Pernyataannya tergantung apabila Hazriq laju-laju memotong.
"Kau ter mengandungkan anak dara orang ke ?" Pertanyaan Hazriq membuatkan Luthfan mendengus kasar.
"Fitnah dajjal mana yang kau bagi ni ?" Soal Luthfan kasar. Hazriq tayang senyum senget. Ishaq hanya menggeleng perlahan.
YOU ARE READING
THE EGOISTS HUSBAND [ OG ]
Romance"Kisah kita adalah kisah yang sempurna" short story.