Bab 6

256 20 0
                                    

+ Hi, ni Khalish. Awak okay? Akak saya cerita apa yang jadi dekat awak time sekolah tadi.

Mesej itu dipandang. Bagaimana lelaki ini dapatkan nombor telefonnya? Sesaat kemudian, baru dia teringat. Pasti lelaki ini dapat dari kakaknya. Nafas dihembus keluar. Langsung tiada tanda mahu membalas.

"Tak nak balas ke chat orang tu?" Puan Hamidah bersuara saat dia perasan ada pesanan masuk di telefon Haania namun gadis itu langsung tidak ada niat untuk membalasnya.

"Sekejap lagi la Nia balas..." Padahal niatnya memang langsung tidak mahu buka ruangan pesanan di antara mereka berdua itu. Biarlah Khalish sendiri tertanya-tanya. Lagipun, atas dasar apakah untuk mereka berhubung?

"Merah jugak pipi kamu ni Nia. Mahu ambil masa merah ni nak hilang..." Kulit Haania sudah lah cerah, memang nampak betul kesan merah itu. Ais yang dibalut dengan tuala kecil mula dituam ke atas pipi kanan gadis tersebut.

Bibirnya membentuk senyuman. Tuala tersebut cuba diambil dari tangan ibu. "Biar Nia je lah buat sendiri. Ibu pergi lah tidur. Esok ibu nak kena keluar awal pagi kan?" Katanya wanita ini perlu keluar seawal pukul 7 menuju ke satu tempat. Tidak tahu la atas dasar apa, tetapi katanya berkaitan dengan rumah anak yatim ini.

"Ish tak apa la. Biar ibu buat. Nia duduk diam-diam, jangan bergerak." Tangan Haania ditepis perlahan lantas dia kembali tuam ais tersebut di atas pipi Haania. Penuh berhati-hati dia buat seakan-akan gadis ini adalah kaca yang sangat rapuh. Tersalah buat, hancurlah kaca itu.

Begitu juga dengan hati Haania. Dia tahu, disebalik setiap senyuman yang ditayangkan, disebalik setiap ujaran 'okay' itu, jauh di sudut hati, ada sesuatu yang tersimpan kemas di dalamnya. Ibarat perkara itu perlu dilepaskan. Seperti ada kunci. Wajah Haania dipandang.

Haania yang perasan akan pandangan ibunya itu mula hairan. "Kenapa ibu pandang Nia macam tu? Nia okay je lah..." Risau betul ibu kepadanya sampai tengok dia macam tu.

"Nia...tak nak kahwin?"

"Hah?" Tak berkedip mata Haania sewaktu mendengar soalan tersebut. Pertama kali hal ini dibangkitkan, padahal sebelum-sebelum ini, mana pernah mereka sentuh hal yang satu itu.

"Kenapa tiba-tiba ibu tanya soalan macam tu?"

"Sebab ibu terasa nak tanya..." Kepala Haania yang berbalutkan tudung itu diusap lembut.

"Mesti ada sebab. Takkan lah ibu saja-saja nak tanya." Mustahil wanita ini bertanyakan soalan tanpa ketahui sebabnya.

Bibir tua itu ukir senyum. "Sebab ibu rasa Nia nampak sunyi."

Dahi Haania berkerut hebat. "Sunyi? Maksud ibu? Nia ada ibu, jadi kenapa Nia nak rasa sunyi?" Fakta dinyatakan.

"Ye betul, Nia ada ibu. Tapi ibu nampak macam jauh di sudut hati Nia, Nia rasa sunyi, seolah-olah seperti kesunyian tu perlu diisi." Entah mengapa dia rasa begitu. Setiap kali di tatap mata anak ini, pasti terbias dengan kesunyian meskipun Haania tidak tunjuk.

"Dan ibu fikir kalau Nia kahwin, rasa sunyi tu akan hilang. Macam tu ke?" Boleh tak kalau dia nak ketawa?

"Mungkin?"

Senyuman dicarik, tidaklah lurus mana tetapi sudah memadai untuk ditayangkan. "Nia dah cukup bahagia hidup macam ni. Soal kahwin apa semua tu, Nia langsung tak pernah fikir dan tak pernah terlintas dalam kepala Nia. Kenapa Nia perlu rasa sunyi sedangkan Allah sentiasa ada dengan Nia?"

Puan Hamidah nampak sedikit tersentak dengan balasan gadis tersebut. Balasan yang baginya kedengaran agak matang. Tangan Haania digenggam lembut. "Bila la anak ibu ni dah matang macam ni?"

Anugerah Terindah [HIATUS]Where stories live. Discover now