CHAPTER 9 : SI CLINGY

3K 145 5
                                    

"Aunty Nad! Aunty Nad!.. I'm back!". Jerit Elianna Damia dari tingkap kereta yang sedang bergerak perlahan memasuki parking rumah Aunty Maria.

Maryam Nadira yang baru sahaja selesai menunaikan solat zohor dan berdoa, terdengar namanya dipanggil. Dan dia sangat mengenali suara itu. Dia melangkah keluar ke pintu rumahnya dengan memakai telekung.

"Aunty!." Panggil gadis cilik itu sambil tersenyum manis.

"My little clingy baby!." Maryam Nadira mendepakan kedua tangannya untuk memeluk gadis cilik itu. Elianna Damia berlari kearahnya lalu memeluk kemas. Maryam Nadira mencium kedua belah pipi si kecil yang berumur 6 tahun itu.

Uthman Harris geleng kepala melihat tingkah anaknya itu. Namun dia gembira bila melihat Elianna Damia gembira sebegitu. Walaupun nampak Mia sepertinya seorang kanak-kanak yang mudah mesra namun itu adalah disebaliknya. Tetapi berlainan dengan Maryam Nadira, anaknya mudah mesra. Lama Uthman Harris memandang mereka berdua.

"Aunty Nad rindu sangat kat Mia. Mia rindu Aunty Nad tak?."

"Mestilah Mia rindu Aunty Nad."

"Come, Aunty Nad ada buat chocolate cake!.. You want some?." Elianna Damia melompat kegirangan.

"Daddy, Mia masuk rumah Aunty Nad dulu, tau." Uthman Harris hanya angguk kepala.

"Aunty Nad simpan telekung dulu, ya." Mia angguk kepala.

Maryam Nadira memotong satu slice kek dan dia hulurkan kepada gadis cilik itu. Elianna Damia memanjat kerusi di table top dan mencapai garfu didalam piring berisi kek coklat itu. Dia menyuakan kek itu ke dalam mulutnya. Matanya membulat.

"Sedaplah Aunty Nad!.. I want more!." Maryam Nadira tergelak. Gadis cilik ini benar-benar pandai mengambil hatinya. Sayang sungguh dia kepada Elianna Damia.

"Boleh sayang. You can having the whole of cake, okay?" Elianna Damia tepuk tangan. Gembiranya terasa apabila bersama dengan Aunty Nad. Dia terasa seperti dia benar-benar punya sosok seorang ibu. Maryam Nadira meletakkan beberapa biji fresh strawberries di atas potongan kek itu kerana Mia sangat sukakan buah strawberry. Sesekali Maryam Nadira mengelap tepi bibir Mia yang comot dengan coklat itu.

......

Setelah Elianna Damia pulang, Ayla Khadeeja menghubunginya.

"Kenapa Ikmal ganggu kau lagi?." Tanya Ayla.

"Dia nak rujuk."

"Then kau?."

"No and never, Ayla."

"Fuh lega. Aku pun tak setuju kau rujuk dengan dia. Rujuk dengan dia, bermakna kau akan rujuk dengan keluarga dia sekali. You know what I mean, right."

"Jangan risau, Ayla. Aku takkan buat kerja bodoh macam tu."

Kedengaran suara ketawa Ayla Khadeeja.

"Diri aku pun dah cukup membahagiakan".

"Good!.. apa yang kau rasa terbaik untuk kau, aku akan sentiasa sokong kau. Ingat, okay."

"Thanks Ayla!."

"Most welcome!".

Itulah sahabat. Sama-sama saling menyokong. Sepertimana dia menyokong kuat Ayla Khadeeja semasa gadis itu kehilangan tunangnya akibat kemalangan jalan raya. Kejadian yang dia sendiri pun tidak mahu ingat, nak buang jauh-jauh dari kotak ingatan.

Dia sangat sayangkan sahabatnya itu, walaupun mereka jarang bertemu.

......

Malam itu, mereka makan malam bersama-sama. Aunty Maria masak asam pedas ikan pari dan tomyam. Makan semasa cuaca sejuk-sejuk begini, pergh memang layan.

"Mia, naik atas and gosok gigi."

"Okay dad!."

"It's okay, Nad. Let me clear this table. You go sit and rest."

"Are you sure?."

Uthman Harris angguk kepala. Nampak wajah Maryam Nadira yang sedikit pelik bercampur wow. Tidak pelik kerana dia sudah terbiasa mengemas dapur. Tak jadi pondan pun jika tolong kemaskan dapur.

Aunty Maria tersenyum melihat.

"Uthman Harris tu memang begitu. Rajin. Pandai masak. Kalau dia datang sini, dia yang masakkan dan clean everything. I just sit here and scroll tiktok. He won't let me help him, or go to the kitchen until he finished. Aunty nak air, tinggal jerit je nanti dia yang ambilkan." Beritahu Aunty Maria lalu ketawa kecil.

"Bertuah siapa yang dapat dia, Aunty."

"Nad takmau isi borang ke?." Usik Aunty Maria.

Tawa Maryam Nadira pecah. Belum terfikir untuk berkahwin untuk kali kedua. Dia boleh bahagia hidup sendiri. Maryam Nadira geleng kepala sambil tersenyum.

Tiba-tiba Uthman Harris duduk di sofa disebelahnya. Melepaskan lelah. Dan datang pula si Elianna Damia duduk ditengah-tengah diantara Maryam Nadira dan Uthman Harris.

"We are family!.". Jerit Elianna Damia dengan senyuman yang gembira.

Family isn't defined only by last name or by blood. It's defined by commitment and by love.

I LOVE YOU MR. DUDA (COMPLETE)Where stories live. Discover now