Sunwoo's Pov
Kejadian malam tadi terasa bagaikan mimpi. Seharian rutin aku terganggu dek kemunculan Areum dalam bentuk hantu. Makin lama aku kenang, makin takut aku jadinya. Buat pertama kali dalam hidup aku bercakap dengan hantu dan duduk bersebelahan
Ah! Tak pasal pasal aku terkenang balik. Naik bulu roma di tengkuk. Perlahan aku mengusap tengkuk sendiri sambil pandang sekeliling
Dah kenapa koridor ni sunyi semacam? Mulalah aku rasa tak sedap hati. Langkah dipercepatkan untuk pulang ke kelas semula
"Kim Sunwoo!"
"Warhk!"
Kaki automatik terhenti dan secara tak sengaja jeritan jantan aku terkeluar. Tangan sudah bersedia dengan penumbuk. Mana tahu Areum muncul dekat depan mata tiba tiba, memang sedas penumbuk aku bagi dekat muka dia. Dah pesan jangan! Kalau dibuat agaknya luruh jantung aku!
Aku sangkakan Areum. Tapi Eric pula yang menghiasi ruang pandangan
Dia sudah pandang aku dengan wajah tak percaya. Berkerut dahi Eric. Anak mata pandang aku daripada atas sampai ke bawah
"Macam perempuan" Kutuk Eric
Keluhan lega dihembus berat. Mengurut dada meneutralkan semula detakan jantung yang dah tak ikut irama. Aduh dia ni. Sikit lagi nak tercabut jantung. Tak pasal pasal aku join Areum nanti
"Kau dah kenapa terkejut macam nampak hantu? Sini, ssaem mintak kita tolong dia dekat office sekarang" Melambai tangan Eric menyuruh aku menghampiri dia. Tak membantah, aku hanya ikut sahaja langkah Eric
Sejak aku dah mula berhijrah ni, aku berkawan dengan Eric saja. Mula mula dia ingat aku nak apa apakan dia. Tapi bila aku dah buat dia percaya dan buktikan aku takkan buat benda jahat dekat dia, barulah Eric terima aku sebagai kawan. Terus tak ada takut takut dah. Kitorang dah macam bestie skang
"Ssaem mintak tolong kita? Dia nak buat apa?" Soalan itu aku ajukan pada Eric. Tersungging sengihan pada bibir dia
Dah kenapa sengih sengih?
"Tak adalah... ssaem nak jumpa aku je. Tapi alang alang aku nampak kau tadi, aku ajaklah sekali" Aku berdecit sekilas. Mata mencerlung Eric tajam. Tak pasal pasal aku kena heret sekali pergi office
"Aloh sorry ahh"
"Hm elok jugak tak masuk kelas. Tak ada semak kepala aku asyik duduk je"
"Ha betul tu! Itu maknanya, niat aku ni baik. Baik betul aku ni" Eric angkat bakul sendiri. Malas aku nak layan si mulut becok ini
Semasa kami mendaki tangga untuk ke pejabat, sekumpulan pelajar perempuan melintasi kami. Kesemuanya mengukir senyuman lalu tunduk hormat pada aku dan Eric. Aku tak seberapa nak peduli. Kecuali Eric. Friendly sangat dengan mereka siap balas hi dekat diorang
"Annyeonghaseyo Sunwoo sunbaenim~"
Suara itu menarik minat aku. Lantas aku mencari punca suara. Dan ternyata, Eunha orang yang menegur aku itu sambil tersenyum manis. Senyuman Eunha itu bagaikan virus. Tak semena mena aku terjangkit sekali dan turut tersenyum padanya
Sedar kawan kawan Eunha sudah terdiam dengan mulut tercengang pandang Eunha dan aku tak percaya
"Y-yah Eunha..."
"S-sunbaenim, kami mintak maaf. Eunha, jom!" Pergelangan tangan Eunha dicengkam kemas oleh salah seorang daripada mereka. Terkebil kebil mata cantik Eunha bila tubuhnya diheret kawan kawan dia sendiri
Aku tahu kenapa. Sebab diorang takut dengan pembuli macam aku. Faham sangat
Bahu aku tiba tiba ditepuk Eric perlahan. Wajah terangkat memandang dia berkerut
"Once a monster, always a monster" Katanya masih menepuk bahu aku. Pening kepala aku. Dia ni nak bagi aku motivasi ke mengutuk?
"Kau--"
"Shuh! Aku tak habis lagi" Potong Eric. Jari telunjuknya terlekat pada bibir menyuruh aku diam
"Pandangan manusia mesti akan nampak yang buruk buruk. Yang buruk tulah diorang akan judge. Buat je baik weh. Mungkin kebaikan kau akan dipandang oleh orang yang tepat. Orang yang takkan gelar kau monster. Maybe... prince charming?" Makin tambah kerutan pada wajah aku. Sikit lagi, boleh jadi orang tua dah. Apa yang Eric ni merapu sampai ke prince charming pulak ni? Dia ingat kita tengah duduk dalam Disneyland ke apa?
"Kau dah kenapa? Cepatlah jalan. Tak yah block jalan aku!" Bahu Eric aku tampar. Mencebik bibir dia tak puas hati
"Aku tengah bagi kau semangat ni. Tak dengar ke?"
"Ye ye dengar! Thanks. Tapi cepatlah!"
▼▼▼
"Pembuli...?"
Berkali kali rakan sekelas Eunha mengangguk. Sejak tadi mereka meluangkan masa terluang tanpa guru di dalam kelas dengan membuka cerita mengenai Sunwoo pada Eunha
Wajah gadis itu jelas sekali tidak percaya dengan apa yang diberitahu oleh rakannya. Takkanlah pembuli. Layanan Sunwoo terhadapnya langsung tak berkasar walaupun sekali bertemu
Sekali. Baru sekali sahaja mereka bertemu dan bercakap. Itupun disebabkan kes di jalan raya semalam. Mungkin juga iya dia pembuli. Dalam hati Eunha sudah berharap bahawa perkara itu tidak benar. Sunwoo dalam pandangannya langsung tak nampak seperti seseorang yang boleh menyakitkan orang lain. Lelaki itu bagaikan seorang manusia yang boleh dijadikan tempat pelindungan. Celah mana bulinya?
"Ya ke?" Soal Eunha dengan suara tidak percaya
"Iya. Sunwoo sunbae tu pembuli. Dia suka target orang baru macam kaulah. Jadi, sebagai classmate kau yang baik hati dan pemurah, baik kau jangan dekat dengan dia. Bahaya. Lagi lagi kawan kawan dia yang jahat tu. Macam hyena! Nampak je mangsa, langsung tak fikir kiri kanan. Terus je terkam!" Aera bercerita dengan sungguh sungguh. Tak mahu pelajar baru seperti Eunha menjadi mangsa terbaru untuk pembuli itu. Walaupun sejak ke belakangan ini dia tak mendengar lagi kes buli melibatkan mereka. Apa apa pun, baik pesan awal awal
Eunha mengangguk kecil. Sekilas senyuman diukir
Makin dilarang, makinlah dia buat. Prinsip hidup Eunha. Suka dengan sesuatu yang berisiko. Betulkah Sunwoo pembuli? Kalau nak tahu, kenalah tanya tuan badan sendiri, kan?
Hmmm. Menarik!
"Tapi... Handsome jugak dia tu" Eunha berkata. Bermacam macam reaksi diberikan oleh rakan sekelasnya itu. Ada yang bersetuju, ada yang menolak. Ada pula yang mengeluh
Dalam Eunha tidak sedar, dalam ramai ramai itu ada yang sudah menepuk dahi sambil menggeleng kepala tak percaya. Tajam anak mata halus gadis itu mencerlung Eunha tajam
"Akulah dia ni! Kalau aku hidup lagi, aku jentik jentik otak kau! Gila ke?! Kim Sunwoo?! Tak sanggup woi dia jadi adik ipar aku!"
▲▲▲
YOU ARE READING
𝐕𝐞𝐧𝐠𝐞𝐚𝐧𝐜𝐞 ˢᵘⁿʷᵒᵒ
Fanfiction" A bully who easily scared VS a ghost who wants revenge "