CHAPTER 7 : DRAMA AIR MATA

3K 147 8
                                    

"Aunty Nad jangan lupakan Mia tau." Maryam Nadira tergelak mendengar kata-kata Mia itu. Dia punya sedih tu macam Cameron Highlands dan Kuala Lumpur ni jauh berbatu-batu pula. Geli hati tengok si Mia ni. Geram!

"Aunty Nad tak lupakan Mia, jangan risau, okay?." Maryam Nadira memeluk erat Elianna Damia.

"Aunty Nad datang KL nanti tau."

"Okay nanti Aunty Nad pergi dengan Nenda, okay sayang?."

"Pinky promise?."

Maryam Nadira tergelak. Uthman Harris hanya memandang drama itu. Sesekali dia geleng kepala melihat tingkah anaknya itu.

"Pinky promise!."

"Nenda jangan lupa ajak Aunty Nad tau."

"Iya sayang. Nenda janji." Aunty Maria juga berkenan jika Uthman Harris bersama dengan Maryam Nadira, secocok berdua. Dia tersenyum.

Mereka melambaikan tangan. Kereta itu bergerak dan menghilang akhirnya.

"Aunty Maria suka tengok Nad dengan Mia." Maryam Nadira tersenyum mendengarkan kata-kata Aunty Maria itu.

"She's sweet, Aunty. Macam mana Nad tak jatuh sayang."

"Lebih sweet kalau Nad jadi mummy baru Mia, kan." Pahit senyumannya ketika itu.

"Nad belum fikir lagi tentang kahwin, Aunty."

"It's okay, it will healed." Pujuk Aunty Maria tersenyum.

Entahlah, sekarang ni dia tiada plan untuk mencari cinta atau suami. Dia telah set the standards yang tinggi untuk hidup dia akan datang. Cukuplah 3 tahun yang lalu sangat memberikan trauma didalam hidupnya. Dia boleh bahagia walaupun seorang diri.

......

2 minggu yang sangat membahagiakan dirinya, thanks to Elianna Damia. Manis sungguh anak gadis berumur 6 tahun itu. Pandai ambil hati. Maryam Nadira tersenyum. Semoga gadis kecil itu akan mendapat kebahagiaan yang tidak terhingga sampai bila-bila.

Esok pagi dia perlu ke Homestay Zulkifly & Saadiah untuk bersihkan dan kemaskan apa yang patut. Menukar apa yang perlu. Dia seronok membaca review di website. Alhamdulillah. Semoga berkekalan review yang positif ini. Dia tersenyum bahagia. Tiada lagi suara anak kecil yang memanggil 'Aunty Nad'. Dia tersenyum bila teringatkan si manis Elianna Damia.

......

Beberapa kali bekas suaminya, Ikmal Arif menelefonnya. Namun dia tidak melayan, malas. Nanti dia yang akan difitnah gila talak oleh keluarga bekas mertuanya, bukan dia tidak tahu perangainya macam mana. Bila sudah memegang status janda, terlalu banyak benda yang perlu dijaga, kerana masyarakat sangat prejudis dengan gelaran janda itu. Ibaratnya jika seorang janda gatal, maka semua janda yang lain turut terkena tempiasnya, akan dituduh semuanya sama. Tak adil, kan. Lelaki tidak perlu kisah pun dengan status duda, it's nothing. Tapi bila melibatkan janda, mudah fitnah itu berjalan.

Seorang janda yang buat hal, habis semua janda-janda yang tak bersalah terkena tempiasnya. Sedih. Jadi, dia akan jaga status dia sebagai janda yang slay dengan sebaiknya. Dia tergelak sendiri.

Dan tiba-tiba, handphone berbunyi. Dia tersenyum melihat nama di skrin.

"Assalamualaikum Aunty Nad!."

"Waalaikumussalam Mia sayang!."

"Mia rindu Aunty Nad. Aunty Nad rindu Mia tak?." Tanya Elianna Damia. Dia tergelak. Baru pagi tadi mereka berjumpa, tak sampai 24 jam lagi pun. Persis orang bercinta lagaknya.

"Rindu. Rindu sangat."

"Kalau rindu Aunty Nad datanglah sini."

"Nanti Aunty Nad pergi rumah Mia, okay?."

"Okay!.. Aunty Nad buat apa tu?."

"Aunty Nad tengah kira bintang kat langit ni."

"Dah berapa ribu Aunty Nad kira?."

"Baru nak masuk seribu tiba-tiba Mia call, terus hilang." Usik Maryam Nadira. Kedengaran suara ketawa gadis kecil itu.

"Eh kejab daddy nak cakap dengan Aunty Nad!."  Bulat mata Maryam Nadira mendengarkan kata-kata Mia. Uthman Harris nak bercakap? Confirm ini mesti Mia yang paksa!

"Erm.. hello Nad?."

"Err.. ya saya, Harris." Sungguh rasa awkward. Si Mia ni nak kena ni nanti.

Kedengaran bunyi Keluhan Uthman Harris. Dia tersenyum. Mia, Mia, sampai hati awak paksa daddy awak demi kepentingan awak. Geli hati dengan tingkah Elianna Damia.

"You tengah buat apa? Kira bintang?."

Maryam Nadira ketawa.

"Iya, kira bintang. Sebab dah takda yang panggil I ajak jalan-jalan."

"Nantilah kami balik sana lagi, kita lepak minum kopi."

"Yeayyyy!." Bunyi sorakan gembira daripada Elianna Damia. Maryam Nadira tepuk dahi.

"Selagi I tak bagi dia call you, selagi itulah dia merengek dekat I. Rasanya I memang kena pindah duduk berjiran dengan you, kot."

Maryam Nadira ketawa. Walaupun Uthman Harris ni nampak serius, tapi tetap ada sense of humour. Not bad. For sure, ramai wanita yang suka, kan. Ada rupa, dan kelakar. Bonus.

"Boleh. I ada assistant untuk bantu I di kebun bunga dan homestay, kan." Suasana sepi.

"Dah tak bising."

"She's sleep."

"La.. Takpalah, you pun pergilah tidur."

"Erm.. you too. Good night."

"Good night."

Everything start healing when you stop feeling.

I LOVE YOU MR. DUDA (COMPLETE)Where stories live. Discover now