BAB 28 ✓

4.3K 114 1
                                    

Harini adalah hari perkahwinan Tengku Nik Uzair dan Nur Adalia Aqilah. Hari dimana yang dinanti nantikan dan ditunggu tunggukan oleh Tengku. Sekarang Dalia bersiap siap di biliknya. Memakai baju nikahnya yang berwarna putih berkain satin dan tudung shawl putih cream serta bermekup nipis menambahkan lagi auranya.

Majlis nikah ini akan berlangsung di masjid berdekatan rumah umi dan ayah Dalia manakala majlis bersanding pula akan dilangsungkan di hotel ternama bagi belah keluarga Tengku. Hanya sekali sahaja mereka akan bersanding kerana atas permintaan Dalia yang tidak mahu mebuat majlis yang besar besaran dan tidak mahu membazir duit.

"Lia, Lia dah siap?" tanya umi. Aku melihat mak andam untuk meminta jawapan. Mak andam mengangguk kecil.

"Dah umi" balas aku. Kenapa aku tengok mak andam? Sebab mak andam la yang mekup kan aku jadi aku tengok mak andam sebab aku nak tau yang aku dah siap ke tak. Heheheh.

"Kalau macamtu mari kita bergerak. Pihak pengantin lelaki dah sampai dekat masjid tu" Aku mengangguk lalu keluar memakai kasut nikah ku dan masuk ke dalam kereta untuk pergi ke masjid.

Setelah sampai, aku masuk ke dalam masjid. Sedang aku berjalan untuk duduk di tempat ku, aku terpandang ke Tengku. Segak bergaya memakai baju melayu putih berkain satin sama seperti ku. 'Hensem nyeee' desis hati aku.

"Dalia, jangan tengok lama sangat macam nak terkam orang tu. Rileks okay. Nanti malam kau terkam la dia tu" peril Sofea kepada aku.

Aku tersentak. Aku menunduk ke bawah menahan malu apabila Tengku ketawa kecil dengan apa yang Sofea katakan. Aku menyubit sedikit tangan Sofea. Aku menjegil kepadanya. Sofea mengadu sakit dan tersengih sengih kepada aku.

"Semua dah ada. Jadi mari kita mulakan" kata tok kadi. Tengku memegang tangan tok kadi seperti bersalaman.

"Tengku Nik Uzair Bin Tengku Nik Umar"

"Ye saya"

"Aku nikahkan engkau dan aku kahwinkan engkau dengan Nur Adalia Aqilah Binti Ahmad Mustafa dengan mas kahwinnya RM 5000 tunai"

"Aku terima nikahnya Nur Adalia Aqilah Binti Ahmad Mustafa dengan mas kahwinnya RM 5000 tunai"

"Sah??"

"Sah"

"Alhamdulillah"

Dalia berasa sangat bersyukur kerana semuanya berjalan lancar. Semuanya mula menadah tangan untuk mengaminkan doa.

Selepas sahaja bacaan doa, Tengku mula mendekati Dalia.

"Assalamualaikum dear wife" Dalia tersenyum.

"Waalaikumsalam dear husband"

"Your hand dear" minta Tengku. Dengan perlahan lahan Dalia memberi tangannya dan Tengku menyarungkan cincin di jari manis Dalia. Saat tangan mereka bersentuhan, Dalia terkejut sedikit. Begini perasaannya ya.. Tengku yang perasan hal itu membisik sedikit.

"Rileks dear wife" sambil mengusap tangan Dalia. Dalia tenang mendengar itu. Dalia mengucup lembut tangan Tengku. Kemudian, Tengku memegang kepala Dalia sambil membaca ayat suci Al-Quran. Dahi Dalia juga turut dikucup lembut.

KECEKAK KECEKAK

Saat aksi itu dilakukan, photographer yang tidak berbayar pon mula beraksi. Siapa lagi kalau bukan si Zack kawan baik Tengku itu.

"Dalia, boleh you cium tangan husband you tu lama sikit tak? I tak sempat nak ambil tadi" arah Zack. Dalia terpinga pinga. Dia malu untuk melakukan sekalii lagi. Tapi bila disuruh kena la buatkan baru dapat gambar yang terbaekk.

Dalia pon mengucup semula dengan perlahan lahan. Tengku juga mengucup dahi Dalia. Malu wehhh. Ahaks

Lama mereka dalam keadaan itu.

"Okay dahh. Sekarang buat macam ni pulak" arah Zack lagi. Pelbagai gaya mereka buat dari duduk sampai la berdiri di pelamin. Tengku juga mula berpanas hati dengan Zack apabila melihat Dalia yang sedikit kepenatan untuk membuat pelbagai gaya yang disuruh oleh Zack.

"Berapa banyak lagii gambar yang kau nak ni haa?" dingin Tengku. Zack yang perasan akan perubahan suara Tengku itu mula tersengih. Dia garu kepalanyya.

"Heheheh okok dah cukup. Thankyou sebab membantu. Bye " balas Zack dan terus berlari ke luar. Dia tidak mahu Tengku mengamuk jadi dia melarikan diri dengan cepat.

"Jom dear kita makan dulu" ajak Tengku. Suaranya juga lembut tidak seperti tadi. Dalia memandang Tengku dan mengangguk.

Tengku mencapai tangan Dalia dan genggam tangan comel itu untuk pergi ke meja makan. Dalia yang perasan hal itu terus menunduk malu. Habis merah pipinya!





#hai readerss terima kasih for reading this story.. Jumpa di next chapter okay

Tengku dan Dalia dah kahwinn guysssss HAHAHAAHAH

Jangan segan segan untuk komen ye :)

HIS LITTLE MARSHMALLOW Where stories live. Discover now