"Daddy makan kat mana semalam?."
"Starbucks."
"Starbucks je ke daddy? Kalau Starbucks tu Mia pun boleh belanja Aunty Nad. Daddy ni."
"Starbucks pun mahal, Mia."
"Ish daddy ni, jual jelah Audi tu. Penat Mia tolong cakap daddy ni kaya, tau." Rajuk Mia.
"Kenapa anak daddy ni nak emo?." Pujuk Uthman Harris.
"Daddy, Mia suka Aunty Nad tu!."
"Daddy tahu."
"Then, daddy mengoratlah Aunty Nad tu cepat-cepat."
Uthman Harris tepuk dahinya. Ingat senang ke nak mengorat. Lagi pun dia pun sudah lupa step macam mana nak mengorat. Alahai menduda pun dah lama, kan, haruslah lupa.
.....
"Jangan lupa datang lagi, tau." Pesan Maryam Nadira kepada Ayla Khadeeja.
Ayla Khadeeja angguk kepala dengan senyuman.
"Mestilah datang lagi!.. tunggu aku apply cuti lagi."
"Apply cuti, jangan nak lari lagi dari Luthfi. Kang nanti tercegat depan gate rumah aku pula."
"Then kau nak halau aku?."
"Tak halau tapi nanti dua-dua aku sekeh kepala."
Ayla Khadeeja menjelirkan lidahnya.
"Aunty!...". Mia berlari-lari anak.
Maryam dan Ayla menoleh ke arah Mia. Mereka tersenyum.
"Aunty nak balik Shah Alam dah ke?."
"Ha'ah, Mia. Nanti Aunty datang lagi, tau."
"Jangan lupa janji kita tau, yang shopping sama-sama tu". Bisik Mia.
"Janji apa tu?." Tanya Maryam Nadira dengan wajah pelik.
"Eh mana ada apa, kan Aunty Ayla.". Ayla Khadeeja geleng kepala dengan senyuman.
"Baru tinggal 1 malam je kamu berdua ni, dah ada konspirasi ya." Perli Maryam Nadira. Manakala Ayla Khadeeja dan Elianna Damia tergelak sambil tutup mulut. Misi ini harus dijalankan dengan penuh rahsia dan berhati-hati.
"Mengada laa kamu berdua ni!." Rajuk Maryam Nadira sambil muncungkan bibirnya. Sengaja dia ingin menyakat Ayla Khadeeja dan Elianna Damia. Mereka berdua memeluk Maryam Nadira dan akhirnya ketawa bertiga.
......
Garu kepala Maryam Nadira apabila membaca screenshot status di Facebook yang di whatsapp oleh Ana, kawannya yang juga friend dengan mak Ikmal di Facebook. Daripada bekas mak mertuanya. Mak Ikmal itu menyelar dirinya yang terhengeh-hegeh kepada anaknya lagi walaupun sudah bercerai. Banyak komen-komen yang back up bekas mak mertuanya itu."Erm.. Nad, kau kena buat sesuatu. Ini dah kira fitnah dah ni."
"Takpa Ana. I'm not guilty. Aku tak pernah terhengeh-hegeh dekat anak dia lagi, anak dia yang nak rujuk dengan aku, adalah. Aku ada saksi."
"Aku kenal kau Nad. Sebab itu aku minta kau clear semua ini sebagai back up yang kau tak bersalah. Aku geram baca komen-komen tu semua."
"Takpa Nad. Aku kumpul dulu semua ni, maybe satu hari nanti, aku boleh guna sebagai bukti untuk saman mereka."
"Bagus! Aku setuju!." Kedengaran bunyi ketawa Ana.
"Thank you tau Ana."
"Sama-sama Nad. Jaga diri, okay? Apa-apa kau roger je aku."
"In shaa Allah."
Maryam Nadira perlu menjadi bijak. Dia akan kumpulkan segala screenshot status yang berbaur fitnah itu, kemungkinan dia boleh menggunakannya di masa akan datang untuk mengajar dan memberikan pengajaran buat mereka. Jika mereka masih berlarutan membuat status yang berbaur fitnah itu, jika tidak dia tidak akan berbuat apa-apa dan biarlah mereka mendapat balasan dariNya sahaja. Itu yang terbaik.
Maryam Nadira kembali menggubah jambangan bunga untuk delivery esok. Maryam Nadira tergelak kerana merasa lucu, kenapa pula dia yang dituduh terhengeh-hegeh sedang mereka sendiri tahu perkara yang sebenarnya. Tidakkah ada perasaan malu?
Wanita apabila berkahwin, dialah yang paling penat untuk menjaga rumahtangganya. Kerja rumah di katanya hanyalah kerja wanita sahaja, paling pantang kalau nampak anak-anak lelaki membantu pekerjaan rumah isterinya sedangkan perkahwinan itu adalah kerjasama diantara suami dan isteri. Tetapi apabila seorang suami tidak bekerja dan bertanggungjawab didalam nafkah yang sepatutnya menjadi milik isteri, tiada sesiapa yang nak berdebat tentang hal itu. Maka, ramailah sang isteri yang terkesan mentalnya kerana layanan double standard oleh masyarakat. Dunia terkadang tidak adil.
Macam mana dia tidak merasakan trauma untuk perkahwinan kali kedua? Memikirkan berkahwin sahaja dia merasakan ketakutan dan kegelisahan, bagaikan terkena panic attack. Pengalaman lalu banyak memberikan pengajaran buat dirinya.
Dia juga mempunyai kehidupan yang lebih baik sekarang ini. Ada pekerjaan, ada tempat tinggal dan juga yang penting, ada anak angkat! Dia tersenyum apabila memikirkan tentang Elianna Damia. Gadis kecil yang polos tapi petah berkata-kata, yang sangat manja dan manis. Dia yakin, sesiapa sahaja yang kenal dengan Mia, pasti akan jatuh sayang. Seperti dirinya yang jatuh sayang saat kali pertama mereka bertemu. Luka dihatinya sedikit demi sedikit disembuhkan dengan kehadiran gadis kecil itu.
"Mia... Mia....".
Semoga kamu akan sebahagia ini, untuk selamanya, Elianna Damia.
.....
"Uthman, we need to talk." Uthman Harris hanya memandang sahaja pesanan itu. Pesanan daripada bekas isterinya, Erina Zulaikha. Dia menghela nafas. Tidak disangka-sangka bekas isterinya akan menghubunginya semula. Dia tidak gembira, atau pun merasakan apa-apa perasaan apabila mendapat pesanan itu. There's nothing to talk.
Uthman Harris melepaskan keluhan yang kedengarannya berat.
"Daddy semput ke?." Tanya Mia tiba-tiba.
"Eh tak. Daddy penat."
"Oh, kalau semput kena pergi klinik. Mia boleh minta tolong dekat Aunty Nad tolong bawakan daddy!."
Uthman Harris menjeling anaknya. Sengajalah tu padahal dia yang nak berjumpa dengan Aunty Nad.
Uthman Harris geleng kepala. Entah apa lagi rancangan anaknya supaya dia dan Maryam Nadira bertemu. Ada sahaja akal anaknya ini.
YOU ARE READING
I LOVE YOU MR. DUDA (COMPLETE)
Storie d'amoreKisah diantara Uthman Harris dan Maryam Nadira. Apabila si duda bertemu dengan si janda. Si janda yang sudah hilang kepercayaan terhadap ikatan perkahwinan akibat kekecewaan perhubungan di masa lalu ALL RIGHTS RESERVED. Semua watak didalam short lo...