BAB 1

2 0 0
                                    

MALAM itu hujan sangat. Kilat sabung-menyabung membuatkan Tuan Dania sekejap-sekejap terkejut. Terangkat bahunya dek terkejut. Dia bukanlah berani sangat apabila hujan turun yang disertai dengan guruh seperti itu. Dia dan rakan sekerjanya akan bekerja sehingga jam 10:30 malam.

"Eh, Nia!"

"Opocot mak kau! Hantuuu!" latah Tun Dania yang disertai dengan gaya memukul angin sambil matanya terpejam.

"Nia, ni aku lah. Ros. Kau ni banyak tengok cerita hantulah.", balas Rosrita, kawan Tun Dania yang sudah bekerja disitu sejak 3 tahun lepas.

"Ros! Janganlah terkejutkan aku. Dah lah hujan-hujan macam ni. Aku mana berani.", ujarnya yang hampir tertumpah air mata dek kerana takut.

"Tak ada apalah. Doktor nak jumpa kau sebelum balik ni. Dia kata nak bagi hadiah apa entah. Dia kan dah nak pindah ke klinik lain."

Reaksi Tun Dania mulai berubah. Doktor Anisah doktor yang baik dan lemah lembut. Selalu berborak dengannya sehinggakan rapat seperti adik beradik. Mendengar sahaja berita itu membuatkan dia tergamam. Kenapa Doktor Anisah tak pernah memberitahu dia tentang perkara ini.

Dengan segera dia meninggalkan kertas kerja yang berselerak di atas meja dan terus melangkah ke bilik Doktor Anisah. Pintu diketuk terlebih dulu menunjukkan rasa hormat. Perintah 'masuk' daripada Doktor Anisah membuatkan Tun Dania menerobos masuk kelam-kabut ke dalam bilik Doktor Anisah.

"Hah, Nia!"

"Akak dah nak pindah ke?"

Tersenyum Doktor Anisah memandang adik iparnya itu. Dia menolak sedikit kerusinya untuk mengambil beg kertas dibawah mejanya. Tun Dania terkebil-kebil melihat Doktor Anisah menyodorkan beg kertas yang agak besar.

"Apa ni kak?"

Punggung Tun Dania dilabuhkan dihadapan Doktor Anisah lalu mencapai beg kertas itu. Dilihatnya ada sebuah beg tangan berjenama. Hampir terjojol mata Tun Dania. Ini kalau nak harapkan gaji dia, lima tahun kumpul pun belum tentu dapat beli beg tangan itu.

"Wah, akak! Cantiknya beg ni! Nia suka. Tapi akak jangan ingat Nia tak marah akak sebab akak pindah tak bagitahu Nia."

Tergelak sahaja Doktor Anisah mendengar celoteh adik iparnya. Ingatkan beg tangan itu boleh menutup perasaan marah Tun Dania. Namun, sangkaannya meleset.

"Akak bukan tak nak bagitahu Nia. Cuma akak tak sampai hati. Lagipun, kan kita masih boleh jumpa. Rumah Nia dengan Abang Qad kan dekat."

Tun Dania mencebirkan bibirnya.

"Habis tu kenapa tak nak bagitahu Nia? Nia terkejut tau dengar daripada mulut orang lain."

"Nia, akak ni bukannya pindah negara. Pindah tempat keje aje. Kalau ada apa-apa Nia boleh je call akak dengan abang.", balas Doktor Anisah.

Perangai manja Tun Dania tu Doktor Anisah dah masak dah. Kadang kala dia pun geram dengan keras kepala dan perangai manja Tun Dania. Semua benda dia mesti kena nombor satu. Namun dia faham, kat mana lagi tempat mengadu dan bermanja Tun Dania kalau bukan pada dia dan suaminya?

Suaminya, Tun Qadri dan Tun Dania sudah lama kematian ibu bapanya. Setelah Tun Qadri berkahwin dengannya, merekalah ibubapa bagi Tun Dania. Sebab itu Tun Dania sangat rapat dengan Doktor Anisah.

"Yelah, Nia faham. Nanti kalau ada masa Nia datang rumah akak. Malam ni abang ambil akak kan? Biar abang pula Nia marah."

Doktor Anisah menepuk dahi sahaja melihat perangai Tun Dania. 'Nasib abanglah nanti'

"Esok-esok jelah, Nia. Malam ni pun hujan lebat. Nia pun jangan main hujan. Esok demam pulak. Dah tak dapat jumpa doktor lelaki yang ganti akak nanti.", sakat Doktor Anisah.

"Doktor lelaki? Oh, dah dapat pengganti lah ni? Akak pernah jumpa ke? Handsome tak?"

Pantang kalau dipancing dengan perkataan lelaki. Laju saja nak tahu.

"Kalau nak tahu, kenalah datang esok."

Wajah Tun Dania yang awalnya menunjukkan reaksi teruja terus bertukar menjadi cemberut. Beg tangan berjenama itu diambil oleh Tun Dania.

"Terima kasih akak bagi Nia ni. Nia suka. Semoga akak terus sukses kat tempat yang baru."

Tun Dania dan Doktor Anisah berpelukan buat kali terakhir. Rasa sedih menyelubungi jiwa namun itu hanyalah sekadar perasaan. Mereka masih boleh bersua muka.

"Hah, Nia! Lama kau kat bilik kakak ipar kau." Mata Rosrita tertumpu pada beg kertas yang dijinjing olrh Tun Dania. "Padanlah lama. Nak kena rasuah dulu."

Tun Dania terkekeh mendengar Rosrita menyakatnya.

"Jomlah balik. Aku dah penat ni.", balas Tun Dania.

Setelah mengemas lembaran-lembaran kertas yang berselerak di atas meja, Tun Dania terus berpamitan untuk pulak. Entah kenapa badannya mulai rasa seram sejuk. Payungnya dibuka untuk memayunginya sehingga masuk ke dalam perut kereta.

Malam mulai larut dan hujan yang lebat tadi sudah semakin reda. Hanya gerimis halus membasahi jalan. Tun Dania memandu dengan penuh berhati-hati. Namun pada pemandangannya dia terlihat satu tubuh yang menggeletak di atas jalan.

Lampu jalan menyuluh tepat badan sosok yang terbaring melintang menghalangi jalan itu. Seketika kemudian, Tun Dania mengerdipkan matanya beberapa kali melihat apa yang dihadapannya.

Keningnya mulai bertaut kehairanan. Tidak kurang juga rasa gemuruh dan takut. Jalan yang sepi itu membuatkan jantungnya berdegup dengan lebih laju.

"Ya Allah, apa benda kat depan tu. Apa aku nak buat ni?", monolognya sendiri.

Tangannya mula mencari telefon bimbit untuk menelefon abangnya. Malangnya, bateri telefonnya sudah habis. Dia menghelakan nafas berat.

"Ini kalau aku teluar belum tentu aku selamat. Tapi kalau aku biarkan lelaki tu, kalau dia masih boleh diselamatkan macam mana?"

Dia mengetap bibirnya serba salah. Dipandang juga ke kanan dan ke kiri. Mana tahu ada kereta yang lalu lalang. Tapi tiada.

Dia menarik dan menghembuskan nafasnya agar tersisa sedikit keberanian untuk membantu lelaki itu. Perlahan-lahan kakinya mendekati lelaki itu. Bau hanyir darah menyeruak ke rongga hidung. Dengan pantas Tun Dania menutup hidungnya.

"Encik...?"

Tun Dania merendahkan badannya untuk memeriksa pernafasannya. Masih ada walaupun dalam keadaan lemah.

"Orang ni kena langgar ke? Siapa yang langgar? Kesan luka dia macam baru lagi. Aku kena tolong dia."

Entah datang daripada mana keberanian dan kekuatan dia untuk membantu lelaki asing itu. Dia mula mendekatkan kereta dengan jasad lelaki asing itu dan berusaha sedaya upaya membantu lelaki itu.

"Ya Allah, beratnya ciptaanMu!", keluhnya.

Setelah itu, dengan laju dia memecut ke sebuah hospital yang berdekatan dengan rumahnya. Hatinya kuat berkata supaya selamatkan lelaki itu.

Sesampainya dia dihospital, teriakannya itu menyedarkan jururawat yang ada.

"Tolong nurse, ada orang kemalangan!"

Dengar kadar segera lelaki itu dibawa masuk ke dalam ward. Seorang jururawat perempuan menghampiri Tun Dania.

"Mari ikut saya untuk daftar."

"Saya bukan ahli keluarga dia. Saya jumpa dia terbaring atas jalan."

Walaupun jururawat itu kelihatan kehairanan namun dia tetap mengukir senyuman manisnya.

"Tak apa, kita akan cuba dapatkan maklumat pesakit. Mari.", balasnya ramah.

Hampir sejam dia menunggu keputusan lelaki itu. Hampir terlelap dia seketika. Seorang doktor lelaki keluar daripada wad lelaki itu membuatkan Tun Dania tersentak daripada tidurnya dan berlari ke arah doktor lelaki itu.

"Macam mana, doktor? Dia ok?"

"Buat masa sekarang, dia masih dalam keadaan koma dan stabil. Tadi kita ada buat ujian MRI, kita dapati ada retakan pada tengkoraknya. Kita akan pantau dia dari semasa ke semasa."

Tun Dania mengangguk faham.

"Awak ahli keluarga dia ke?"

Tun Dania menelan air liurnya sendiri. Terasa kelat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tun Dania: DIA HATIKUWhere stories live. Discover now