Hannah hanya menuduk malu tatkala kesemua mata memandang ke arahnya.Fareel sudah terlopong melihat keindahan di depan matanya.Baru sekarang dia jelas melihat wajah gadis asing itu.
" betul lah kan..bidadari itu memang wujud" ucap fareel sambil menongkat dagu memandang ke arah hannah yang menuduk malu itu.Rayden hanya menjeling tajam mendengar ayat yang terpancul dari mulut fareel.
" eleh kau asal muka lawa sikit bidadari" sapuk aidan sambil menepuk kuat belakang fareel.
Aisy hanya tersenyum aish macam macamlah diaorang ni makin malu hannah di buatnya.
" hannah duduk lah makan sekali dengan kami ye" ujar vina sambil menarik kerusi untuk gadis itu.
hannah hanya senyum segaris,punggung di labuhkan di kerusi yang ditarik vina tadi yang paling memalukan skarang ini dia berhadapan pula dengan si rayden ?! macam mana nak makan? tambah pula si rayden pandang ke arahnya bagai nak telan !
(selesai makan)
" mulai harini kau akan tinggal dengan kitaorang" wajah tenang rayden dipandang hairan.Tinggal sini? rumah dia macam mana?! yang paling penting macam mana pulak dengan keadaan Leo kesayangannya pula?
" ta..tapi kenapa? saya ada rumah sendiri" jawabnya dengan takut takut
" rumah buruk kau tu? tak payah ! still je sini ikut arahan aku..lagi pula aku tak percayakan kau,nanti kau akan buka mulut tentang apa yang kau nampak waktu kejadian malam tu" Rayden memeluk tubuh sambil memandang sinis ke arah hannah yang sudah menunduk takut dengan panahan matanya.
Aisy dan vina pula sibuk uruskan anak anak mereka,hanya tinggal hannah,rayden,fareel,jack dan aidan saja di ruang tamu itu.Baru sekarang dia tahu bahwa kedua wanita cantik tadi sudah mempunyai suami dan anak.Comel comel pulak tu !
" tapi macam mana pula dengan pekerjaan saya?"
" kau kerja saje macam biasa..lagi pula tak silap aku masih lagi ada beberapa bulan sebelum masuk waktu puasa kan? lepas saja waktu puasa habis kau boleh berhenti kerja" hannah tercengang.Berhenti kerja? habis tu duit dari mana lagi dia nak dapat kalau bukan dari kerja hasil titik peluhnya sendiri? lainlah kalau duit tu jatuh bergolek dari langit.
" apa?! habis tu saya nak makan apa kalau takde duit? lagi pula saya juga perlukan duit untuk berbelanja"
" kau kerja dengan aku" Yang lain memandang hairan ke arah rayden.Kerja dengan rayden? kerja apa? tembak tembak? takkanlah kot .
" kerja apa?" soal hannah geram sambil melipat tangan ke dada.Tiru gaya rayden pula.
" maid" rayden senyum sinis.
Nak taknak dia hanya ikutkan saja arahan si rayden.Dia juga agak pelik dengan keluarga ini yela kan yang paling pelik sekali macam mana diaorang semua boleh tahu nama panjangnya,Hannah Zahirah.Tentang kematian kedua ibu bapanya juga mereka semua tahu sedangkan dia tiada buka cerita apa apa pun.Agak scary sebenarnya tapi dia cuba untuk bertahan.
" hannah mana? " soal aisy pada rayden.Lelaki itu tengah santai merokok di luar rumah.Sudah banyak kali aisy menegur untuk tidak merokok tapi rayden tetap dengan kedegilannya.
" keluar dengan fareel dan aidan."
" keluar? abang bagi pula dia keluar..tak takut kalau dia larikan diri?" rayden hanya diam.Larikan diri? berani ke gadis tu.Dia sudah warning awal awal pada hannah tadi semasa gadis itu meminta izin untuk pulang ke rumahnya,kalau taknak kena kurung dalam bilik bawah tanah jangan berani cuba larikan diri.
" tak berani punya,lagipun dia pergi balik rumah dia ambil pakaian dan kucing kesayangan katanya" balas rayden sambil mencari kelibat anak saudaranya
haih ! rindu lama tak spend time masa dengan diaorang .
YOU ARE READING
THE DEVIL BLOOD'S (COMPLETED)
ActionDah COMPLETE tapi maybe banyak kesalahan yang ada jadi proses pengeditan tu mungkin mengambil masa.Apa apa un selamat membaca ye semua sebelum saya unpublish untuk proses pengeditan. LUTHFI UWAIS -Seorang lelaki yang berwajah bengis dan kejam,panas...