💫BAB 11💫

3.7K 232 22
                                    

5 bulan kemudian.

Dhia mendukung Dhika yang dari tadi lagi nangis.

"Shhh dah lah sayang nangisnya. Ibu nak masak ni. Daddy awak tak balik lagi jangan lah macam nii." Kata Dhia sambil mengusap belakang badan Dhika sebelah tangan dan mengacau masakannya sebelah tangan.

Namun Dhika masih lagi menangis.

"Assalamualaikum." Kedengaran suara Eldian diruang tamu.

"Waalaikumsalam, Dhia kat dapur ni abang." Kata Dhia.

Beberapa saat kemudian muncul Eldian sedang melipat lengan bajunya hingga ke paras siku.

Dhika yang melihat Eldian di depan matanya segera berhenti nangis.

"Superhero daddyy." Eldian mengagah Dhika. Pantas Dhika tertawa teruja.

"Meh kat daddy ea." Dihulur tangan untuk mengambil Dhika dari dukungan Dhia.

"Eyy menyampah, dengan ibu nangis je. Sampai kat daddy dia bukan main ketawa." Kata Dhia sambil mengacau masakannya. Bibirnya juga muncung.

"Ooo superhero daddy naughty yee." Kata Eldian lalu mencium Dhika bertubi-tubi. Dhika tertawa kuat kerana geli.

"Sunshine abang ni okey ke?" Tanya Eldian sambil memeluk pinggang Dhia sebelah tangan.

"Tak okey. Abang tu suami Dhia bukan Dhika. Asyik manjakan dia je." Dengan nada merajuk Dhia berkata-kata. Eldian tertawa.

Semenjak Dhika hadir dalam hidup mereka banyak yang berubah. Eldian menjadi sangat peramah dan suka senyum. Dhia pula selalu merajuk kerana cemburu Eldian selalu manjakam anaknya dari dia.

"Alah sunshine abang nii, dengan anak pun nak jealous ke?" Ujar Eldian sambil mengusap wajah Dhia.

"Jealous lah. Kalau dengan Dhia asyik nak nangis je. Kalau dengan abang tahu gelak senyum ketawa. Ishh nanti nak susu cari Dhia juga bukan cari abang budak kecil ni." Bebel Dhia. Eldian menggeleng kepala lalu mencium pipi Dhia.

"Sunshine abang ni lepas ada anak banyak bebel kan? Tak penat ke?" Kata Eldian. Dhia mencebik.

"Dah abang naik atas mandi semua. Dhika ni nanti abang dodoi dia, dia tidur lahh. Bye Sunshine abang." Kata Eldian. Sempat dia melabuhkan ciuman didahi Dhia. Dhia tersenyum kecil.

Dengan kasar Isabella meletakkan air kopi di atas meja yang diduduki oleh yusof.

"Kau ni jantan beguk memang tak ada kerja lain ke apa. Asyik mengacau hidup aku jee." Kata Isabella sambil berpeluk tubuh. Yusof tersenyum sinis lalu meminum minuman tersebut.

"Kau dah ada jawapan untuk lamaran aku?" Tanya Yusof dengan nada serius. Isabella mengemam bibir.

Beberapa bulan lepas Yusof telah melamar Isabella untuk menjadi isterinya. Namun Isabella menolak kerana dia tidak berapa berkenan dengan Yusof.

"Berapa kali aku nak cakap aku tak setuju. Mu dok pehe ke?" Kata Isabella. Yusof menggeleng.

"Kalau kau cakap nak maybe aku faham. No no no bukan maybe, hundred percent faham." Kata Yusof sambil memeluk tubuh.

"Tak ada apa yang menarik dekat aku atau kehidupan aku. Cukup lah Yusof, jangan buang masa kau kejar aku yang tak ada faedah ni." Kata Isabella lalu berura-ura ingin berlalu pergi. Namun pantas Yusof memegang pergelangan tangan Isabella yang berlapik.

"Bell, aku memang suka kau, aku cinta kan kau. Aku boleh tanggung kau Bell. Aku tahu kau kerja sebab nak bayar kos Uni kau. Aku boleh bayar bila aku jadi suami kau Bell, mak bapak kau pun nanti akan senang lepas kau kahwin. Tiap-tiap bulan aku akan bagi duit kat diaorang. Please Bell. Aku suka kau. Aku tak halalkan kau cara kasar macam El halalkan Dhia. Please Bell." Kini air mata seorang gadis telah gugur mendengar kata-kata jejaka itu.

HIS PAST:ELDIAN AMIR(COMPLETE)Where stories live. Discover now