"My cakes!" Aireen terjerit kecil melihat makanan kesayangannya dijamah tanah. Bibirnya tercebik kecewa.
Setelah itu barulah dia teringatkan lelaki yang dia langgar sebentar tadi.
"Oh my God! Sorry... I tak sengaja kotorkan baju you." Terbeliak mata Aireen melihat kotoran yang terlekat di baju lelaki itu. Dia mula dihurung rasa bersalah.
"It's okay... By the way, boleh tunjukkan I toilet?" Dean cuba memaniskan muka di depan Aireen. Padahal dalam hatinya dah rasa nak meletup.
"Oh ya. Sure. I boleh tunjukkan you toilet. Jom ikut I."
Banyak mata yang memandang ke arah mereka berdua. Dean percepatkan langkah berlalu dari situ.
'Memalukan betul... Ugh!,' keluh Dean.
Aireen membawa 'mangsa kecuaian' nya tadi masuk ke dalam rumah. Dia tunjukkan tandas kepada tetamunya itu.
'Handsome...,' Aireen tersengih sendiri setelah Dean masuk ke dalam tandas. Aireen menghela nafas lega. Mujur lelaki itu tidak marah.
"Kenapa kau cuai sangat ni Aireen Tasneem? Itulah... Excited sangat nak makan sampai tak perasan ada orang di sebelah," Aireen membebel sendirian.
"Susanti, boleh tak tolong ambilkan sehelai t-shirt? Ada seorang tetamu ni baju dia kotor." Aireen memberi arahan kepada salah seorang orang gajinya.
Kemudian, Aireen menghampiri pintu tandas tadi. "Encik okey tak kat dalam tu? Boleh hilang tak kotoran tu?"
Lelaki itu tidak menyahut. Aireen dekatkan telinganya pada pintu tandas. Tiba-tiba pintu tandas itu dibuka dari dalam. Terbeliak mata Aireen melihat sosok Dean dalam keadaan tidak berbaju. Dia pantas menghalang pandangannya dengan telapak tangan.
"Baju ni dah basah. I cuci kotoran ni... Tapi tak boleh hilang." Dean merungut.
Aireen cuba mengagau baju yang Dean hulur padanya tanpa melihat ke arah lelaki itu. Baju kemeja berwarna biru cair itu ditilik. Ada kesan kotoran berwarna coklat terlekat di bahagian dada.
"Cik Aireen, ni bajunya." Datang orang gaji Aireen tadi bawakan sehelai t-shirt berwarna hitam.
"You pakai dulu baju ni. Baju you maid I tolong cucikan. Tapi you kena tunggu sini dalam 15 minit macam tu. Okey ke?" Aireen hulurkan t-shirt pada Dean.
"Thank you..." Dean sambut lalu dia sarungkan terus ke badan.
Aireen mengangguk sedikit. Kemudian dia mengatur langkah untuk keluar menyambung makan dessert.
"Err... Cik Aireen." Suara garau Dean menyapa lagi. Aireen menoleh ke arah Dean semula.
"Jangan lah pergi lagi. Teman lah I dekat sini." Dean tersenyum nampak gigi.
Aireen hanya setuju lalu dia mengajak lelaki itu duduk di ruang tamu.
"You rakan bisnes daddy I ke? Siapa nama you?" Aireen mulakan bicara setelah mereka berdua melabuhkan punggung di sofa.
"I Dean Kusyairy, anak kawan daddy you, Dato' Hashim."
"Oh, Dato' Hashim... Dia selalu datang office lately ni sebab ada projek kerjasama di Subang. You kerja dengan papa you ke sekarang?"
"Haah, I kerja dengan dia. I aje lah satu-satunya anak yang dia boleh harapkan."
"Same goes to me. I pun anak tunggal." Aireen tersenyum. Dean berpura-pura tersenyum.
YOU ARE READING
My Chub (COMPLETE)
RomansaPuteri Aireen Tasneem mampu memiliki segala yang dia inginkan kecuali satu perkara iaitu cinta seorang lelaki. Start: 17 sept 2023 End: 20 feb 2024