Anggun's POVSedih. Terkejut. Takut. Perasaan yang tak dapat aku gambarkan. Semuanya datang sekaligus pada masa yang sama.Tak pernah aku sangka yang aku akan dapat berita ini sebaik sahaja aku tiba di bumi kelahiranku. Satu persoalan yang bermain di benak fikiranku sekarang. Kenapa sekarang? Dan kenapa aku yang perlu lalui ujian ini?
Raja Jebat dan Permaisuri Delilah dikhabarkan telah terkorban akibat kemalangan jalan raya pada pagi tadi semasa mereka dalam perjalanan ke Dewan Persidangan Eldoria.
Duniaku seakan berhenti berputar untuk seketika. Aku tak sanggup mendengar berita selanjutnya. Raja dan Permaisuri terlibat dalam kemalangan? Kedua ibu bapaku telah meninggal dunia? Adakah ini mimpi? Tolong kejutkan aku.
Patutlah pemandu keluarga aku datang tadi dengan riak wajah yang muram. Bila aku tanya kenapa dia hanya jawab, "Saya harap Cik Muda dapat terima berita ini dengan hati yang terbuka dan redha. Semua perkara yang terjadi ada hikmahnya. Percayalah. Jangan pernah salahkan takdir."
"What are you talking about? Berita apa ni? Pak Wan baru lepas gaduh dengan bini ke ni nampak macam nak bermadah aje dengan saya." Naik hairan aku dengan sikap Pak Wan harini. Tadi mula-mula datang muka sedih, sekarang bagi nasihat pasal takdir pula.
"Raja dengan Permaisuri dah tiada."
Aku tergamam.
"Cik Muda, tengok ni."
Pak Wan serahkan aku tablet miliknya selepas melihat reaksi aku yang terkaku itu.
Aku sambut huluran Pak Wan lalu melihat berita yang terpapar pada skrin tablet tersebut. Tak dapat hadam butir kata yang aku sedang baca sekarang. Tolong. Aku dah tiada sesiapa lagi dalam dunia ini. Kenapa Tuhan perlu tarik insan-insan yang aku sayang? Kenapa sekarang? Aku tak sempat lagi bersua muka dengan orang tua aku. Tak pernah terbayang situasi ini yang perlu aku hadapi sebaik sahaja tiba di sini.
Aku tergamam dan terduduk. Masih belum dapat menerima kenyataan yang mereka sudah tiada. Sakitnya rindu yang tiada penghujung. Aku tahu tidak baik untuk meratapi insan yang telah tiada, tapi beri aku peluang untuk hamburkan tangisan aku.
Aku sedar yang bukan aku sahaja yang merasai kehilangan ini, malah seluruh pelusuk wilayah Eldoria juga turut meratapi kehilangan pemerintah kerajaan yang berwibawa pada hari ini. Hilangnya Raja, maka terumbang-ambing lah rakyat. Tanggungjawab yang digalas oleh seorang pemerintah bukanlah senang tetapi ayahanda dan bonda berjaya meraih kepercayaan rakyat wilayah Eldoria. Jasa mereka akan dikenang.
Seusai pengebumian orang tuaku, aku mengurungkan diri di dalam kamar. Buat masa ini, aku masih belum dapat menerima kenyataan yang amat menyakitkan ini. Lebih-lebih lagi apabila aku mendapat maklumat yang punca kemalangan bonda dan ayahandaku tempoh hari berpunca daripada khianat manusia, bukan kemalangan semata-mata.
Sejak lahir lagi aku tahu yang keluargaku mempunyai ramai musuh dan disebabkan itu lah identiti aku sebagai puteri tunggal bonda dan ayahanda aku dirahsiakan. Hanya orang terdekat dan kepercayaan sahaja tahu akan kewujudan dan identitiku.
Apa sebenarnya yang membuatkan musuh-musuh itu bertindak kejam sebegini rupa? Setahu aku, keluargaku tidak pernah berniat jahat dan berlaku zalim kepada sesiapa. Jadi apa motif mereka sebenarnya? Tidak rasa bersalahkah mereka kerana telah menyebabkan rakyat kerajaan Eldoria hilang pemerintah yang disanjung tinggi?
Sepanjang pemerintahan ayahandaku, belum pernah lagi aku mendengar khabar berita yang tidak menyenangkan daripada penduduk Eldoria. Maka jelaslah bahawa kedua-dua orang tuaku telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemerintah dengan amanah. Ya Allah, Kau kurniakanlah syurga buat mereka. Itu sahaja yang mampu aku ungkapkan saat ini.
Misi aku mulai sekarang hanya satu. Cari pembunuh bonda dan ayahanda. Walau nyawa yang bakal menjadi galang ganti, aku rela. Namun bagaimana?
YOU ARE READING
ELDORIA (Slow Update)
RomanceKematian tragis kedua-dua ibu bapa Puteri Anggun Naira mendorongnya untuk mencari kebenaran dan membalas dendam. Idea gila yang tidak masuk dek akal sanggup dia lakukan demi menggali motif pembunuhan arwah ibu bapanya. Siapa sangka yang tuan puteri...