BAB 20

514 36 0
                                    

Bang! Bang! Bang!

Aku menunjukkan skill menembakku. Tapi, aku tunjuk secara amatur. Walaupun aku rasa, aku pun sama mahir sahaja dengan Zayyed.

Dia memerhati cara aku menembak.

"Not bad, Hanna. Kalau awak selalu berlatih, you can be a professional." Komennya.

Aku senyum manis ke arahnya. Nasib baik dia nampak hanya sekadar itu.

Kemudian, gilirannya pula menembak. Aku pula yang memerhati sikapnya.

Bang! Bang! Bang!

Dia memang jago menembak. Memang nampak professional. Seperti ayah angkatku di Turki.

"Wahh, hebatnya awak! Dulu awak belajar menembak dekat mana?" Korekku.

Dia masih memerhatikan papan sasaran itu.

"I learned from someone. Just that. Dia seorang yang handal main. Dan dari kecil aku memang suka main tembak-tembak."

Aku pandangnya. Nak tanya lagi? Tapi, agak-agak dia nak jawab tak?

"Hmm siapa?" Soalku lagi. Badannya kini mengeras sesaat. Dia terus pandang aku. Mukanya jelas dingin.

"A father. Adopted father." Jawabnya.

Aku macam nak tanya lagi. Tapi, nantilah. Apa hak aku nak tanya lebih-lebih kan? Ayah angkat dia rupanya. Mesti ahli tentera jugak.

"Ohh. Faham. Saya pun belajar dari arwah ayah saya dulu." Jawabku.

"Ayah kau mati kenapa?" Soalnya. Dapat kurasakan mukanya seakan menegang. Tapi, mungkin perasaan aku sahaja.

"Dia.. dia... maaf saya tak boleh jawab." Kataku. Tak mampu nak ingat kisah silamku. Perit tekak nak bagitahu.

"Sokay." Katanya seraya mengacukan pistol ke arah papan sasaran untuk menembak.

Kami pun menembak papan sasaran.
Entah kenapa, naluri pembunuh aku datang. Aku menembak semua papan sasaran di situ. Setelah lama begitu, baru aku sedar, yang aku terlajak mahir. Lupa sebentar yang aku ni berlakon seperti amatur tadi.

Aku tak pasti Zayyed perasan atau tak cara aku bermain. Harap-harapnya tak lah.

Dan disebabkan aku tak perasan tadi, semua papan sasaran termasuk yang tak patut aku tembak itu, aku tembak semua tepat sasaran. Papan sasaran yang berada di kawasan 'For professional only' pun aku main bedal tembak. Dan semestinya tepat. Aku terlalu tenggelam dalam duniaku sendiri.

"Cepatnya kau belajar. Semua tepat. Mula-mula macam tersasar sikit. Impressive Hanna." Pujinya.

Aku tak pasti dia memang tak syak sesuatu ke atau dia hanya sekadar berlakon.

"Terima kasih. Saya main bedal aje." Kataku sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

Dia memerhatikan semua papan sasaran yang aku tembak. Menganalisis sesuatu.

Aku telan liur. Tolong jangan syak apa-apa. Tu lah kau Angel! Tak fokus dengan keadaan sekeliling. Yang tahu, nak tembak je.

"Dah, aku lapar, jom gi makan. Lagipun, kau menang. Aku belanja kau makan harini." Katanya. Aku yang jantung bagai nak tercabut takut dia ingat aku ni Angel rasa lega bila dia cakap macamtu.

"Okey. Jom!" Kataku. Seraya itu, kami mengemas tempat itu dan beredar untuk ke kereta Zayyed.

***

Zayyed meminta aku bawa kereta ke kedai makan mamak. Dia kata teringin nak makan nasi kandar. Pastu nak pergi makan aiskrim pula. Aku tak tahulah, aku tengah berinteraksi dengan lelaki dewasa ke budak.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now