TAHUN ini merupakan tahun akhir aku berada di kolej swasta sebagai Student Bachelor of laws . Lepas ni dapatlah aku penuhi impian aku untuk menjadi pemilik kedai bunga . Memang tak kena langsung kan bidang yang aku belajar dengan impian dan cita-cita aku. Tapi nak buat macam mana , Daddy yang nak sangat aku sambung belajar .Aku ambil jelah bidang apapun . Separuh duit yang daddy dan abang aku bagi untuk study aku dah simpan untuk capai impian aku bila habis belajar nanti.
Tahun ini juga merupakan tahun akhir untuk aku buat kerja part time as blind date partner. Aku buat kerja part time ni sebenarnya untuk tambah-tambah duit poket aku je . Lagipun aku cuma rasa kasihan dengan perempuan yang perlu dijodohkan dengan aturan keluarga. Dah diaorang tak suka kan tak kan nak dipaksa pula .
Tapi ada satu lagi perkara yang lebih penting , habis saja belajar tahun ni aku dan kekasih aku Kayl Aisar sudah pun merancang untuk ke fasa hubungan yang lebih serius . Dia dah ajak aku bertunang lepas kitaorang habis belajar nanti. Tak sabar rasanya setelah lama kitaorang jalin hubungan.
Perhubungan kitaorang pun dah masuk 6 tahun sebenarnya . Walaupun Kayl belajar dekat oversea , tak ada sehari pun dia akan lupakan aku. Dia akan video call aku setiap hari dan whatsapp aku . Aku bersyukur sebab dapat kenal dia. Dia Handsome, baik hati, caring, bertanggungjawab, loving ,hormat orang tua, memahami dan yang paling penting tak egois dan soft spoken gila. Memang cukup package tau. Tak sabar nak tunggu dia balik Malaysia semula.
Dekat kolej pula , aku adalah seorang kawan perempuan yang boleh kata rapat dengan aku,nama dia Tengku Meisya Hayla tapi dia tak sama bidang dengan aku pun ,lepastu aku ada juga seorang kawan lelaki yang memang rapat jugalah dengan aku sebab sama bidang kan,nama dia Qash Hayder . Kawan-kawan aku ni memang anak orang berada. Apa diorang nak petik jari je boleh dapat. Tapi aku tak macamtu ya walaupun aku pun boleh je buat macam tu tapi Aku lagi suka berdiri dikaki aku sendiri, ceh tapi banyak je aku habiskan duit daddy dengan abang aku. Tengok keadaan semasa.Tapi untuk kawan-kawan aku ni semua Kayl Aisar dah kenal dah pun sebab aku memang tak suka lah nak berahsia dengan dia takut nanti jadi salah faham pula.
Mummy and Daddy aku ni boleh kata sangat sporting and supportive gila. Abang aku pun sama cuma memang dia overprotective lah sebab aku seorang je adik dia. Tapi aku okay je aku faham dia risaukan aku, walaupun aku selalu cari gaduh dengan dia dan kitorang selalu je bergaduh bukan bermakna kitorang tak saling sayang. Abang aku ni masih single lagi tak tahulah bila dia nak serius dalam hubungan.Perempuan ramai je nak dia , tapi dia tu select sangat. Kadang-kadang menyampah juga. Dia suka sangat acah handsome, mentang-mentang Daddy nak bagi syarikat dekat dia . Lagilah bertambah perangai berlagak dan gedik dia tu.
Masa tempoh belajar degree ni ,aku pilih untuk stay dekat rumah Meisya. Dia pun tak ada kawan duduk seorang je. Rumah tu papa dia yang belikan untuk dia . Disebabkan rumah tu dekat dengan tempat belajar kitaorang ,dia pun stay dekat situ. Aku punyalah susah nak pujuk Daddy masa tu nak tinggal sama dengan Meisya ,atas pujukan aku dan abang aku, akhirnya dapat jugalah duduk sendiri. Bukan apa, senang duduk dekat dengan kolej aku belajar . Lagipun dapat lah aku bernafas sikit dengan kata lain bebas sikit.Tapi aku rasa macam sama je kot sebab abang aku suka sangat spotcheck aku ya. Rasa macam nak tumbuk je dia tu. Sekejap hantar itu, sekejap hantar ini. Kan aku dah cakap dia gedik.
Kerja part time aku tu pula sebenarnya cuma Meisya je yang tahu. Lagipun aku just have fun je buat semua tu . Abang aku mana boleh tahu perkara ni,kalau dia tahu habislah terbalik dunia ni . Dia tu kuat mengadu pulak tu dengan daddy and Mummy.
Tapi aku ada satu je masalah , abang aku ni daripada dulu dia macam tak suka sangat dengan hubungan aku dengan Kayl .lepastu dia macam tak percaya yang Kayl Aisar boleh bimbing aku . Dia kata Kayl tak tegas tak dapat nak handle aku . Memanglah orang tengah bercinta. Lagipun macam mana nak tegas ,dia tak sampai hati lah kan nak tegas atau marah dengan orang yang dia sayang ,mestilah dia kena selalu soft spoken nak jaga hati aku baik-baik.Tak tahulah sebenarnya apa masalah abang aku tak berkenan dengan Kayl tu.
Tapi aku tak kisah langsung tentang pendapat tak bernas abang aku tu, bukannya dia yang kena kahwin dengan Kayl Aisar . Apa Yang paling penting sekarang Mummy and Daddy dah pun setuju dan restu perhubungan kitaorang dari dulu lagi. Abang aku tu bukan masalah besar sangat aku pujuk sikit pun dah boleh cair. Apa yang penting sekarang ni aku mesti dapatkan apa yang aku nak tak kisahlah walau benda tu sukar untuk aku dapatkan .
Untuk perhubungan jarak jauh ni memanglah susah sikit. Tapi selagi kita percaya satu sama lain, aku rasa tak adalah susah mana pun . Lagipun orang kata kalau dah cinta memang apa pun mesti okay je kan. Haa. Samalah macam aku dengan Kayl Aisar. Aku macam dah tak nak nampak kewujudan lelaki lain kat kolej ni , aku cuma nak tahu dan nak tengok Kayl Aisar je . Melampau bukan. Haha.
![](https://img.wattpad.com/cover/352551300-288-k438022.jpg)
YOU ARE READING
C | His Mine Qasy Hayyan
RomanceBlind date partner ? Pekerjaan separuh masa untuk seorang gadis yang bernama Roseanne Carlissa . Dia hanya perlu memikirkan cara untuk merosakkan Blind date klien yang telah pun diaturkan oleh keluarga mereka. You know what that you will regret a...