CHAPTER SPECIAL🌹(63)

718 25 0
                                    

Hannah tekun mengelap meja meja yang sedikit berhabuk itu.Tinggal setengah jam lagi sebelum waktu kerjanya habis.

" hannah,saya nak keluar sekejap sebab ada hal dan mungkin saja tak datang dah semula dekat sini.Jadi saya serahkan kepada awak kunci cafe ni.Saya nak awak gantikan tempat saya buat sementara ya.Tolong arahkan yang lain juga untuk kemas semua ni setelah ketiadaan pelanggan nanti.Esok pagi saya datang saya nak tengok cafe ni kemas seperti sedia kala" ujar encik alif dengan panjangnya.Hannah hanya menganggukan kepalanya.Huluran kunci di sambut.

Sementara itu siti dan mariam sudah memandang ke arah hannah dengan pandangan penuh dendam.Hanya nama hannah saja yang sentiasa boss mereka sebut.Dan hanya hannah saja encik alif percaya.

" baik encik,saya akan menjalankan tanggungjawab ini dengan baik" encik alif tersenyum.Macam mana encik alif tidak terpikat dengan hannah yang begitu cantik di matanya.Kulit putih,senyum manis walau cara hannah agak kasar tapi dia tetap suka.

" hanya pada awak saja saya percaya hannah" kata encik alif dengan pandangan redupnya.

" err..kalau macam tu..saya minta diri dulu" pamit hannah.Entah kenapa dia tidak selesa dengan pandangan encik alif. Lain macam !

Sampai saja di kawasan dapur dia di tahan oleh siti dan mariam.Lengan hannah di cengkam oleh mereka

" bak sini kunci tu ! " kata mariam sambil ingin merampas kunci yang berada di tangan hannah.

" jangan harap aku nak bagi dekat korang berdua ! " jerit hannah.Siti menampar pipi kanan hannah dengan kuat hingga terasa pijar pipinya

PANG !

kepalanya terteleng ke tepi,pandangan maut di berikan pada mereka yang sudah berani menyentuhnya.

" kurang ajar ! " hannah mara ke arah siti,kolar baju siti di tarik hingga terangkat sedikit badan siti ke atas dan hannah terus menghumbang badan kecil itu ke lantai.

" arghh adoi ! " punggungnya di gosok,terasa bagai nak patah saja tulang punggungnya.

" siti ! " jerit mariam sambil meluru ke arah siti yang sedang kesakitan itu.

Hannah tersenyum sinis,dasar cicak kobeng !
baru saja dia nak melangkah pergi.. mariam menarik tudung hannah hingga membuatkan hannah ingin terjatuh ke belakang.Kunci cafe di masukkan ke dalam poket.Tangannya naik memukul mukul tangan mariam yang masih lagi tidak lepas menarik tudungnya.Tambah pula dengan posisi mariam di belakangnya sukar untuk dia bergelut

" lepaslah setan ! " maki hannah .Yang lain hanya melihat saja mereka sedang bergaduh tidak berani untuk masuk campur.

" berani kau sentuh kawan aku ha ! kau memang nak kena budak, dasar anak lorong ! " hina mariam dengan mata merahnya menahan marah.Hannah mengumpul segala tenaganya dan hiyakkhh !! dia angkat kaki panjangnya dengan tinggi hingga terkena di muka mariam. faham tak?😭

" arrgghh ! " mariam menekup hidungnya,terasa perit sekali.Cecair pekat yang mengalir itu di sapu kasar.

" kau memang betul betul cari mampus " mariam maju ke arah hannah dengan perasaan penuh geram.Badan hannah di tolak kuat hingga belakang badannya berlaga dengan kabinet dapur.Lengannya terluka gara gara tergores di bucu kabinet.Pedihnya bukan main walau masih memakai baju berlengan panjang dia dapat rasakan yang lengannya sudah berdarah.

Baru sahaja mariam ingin melepaskan satu tumbukkan di muka hannah tiba tiba lonceng dikedainya berbunyi tanda kedatangan pelanggan.Bunyi tepukkan bergema di ruangan cafe yang sunyi itu.

" wow tak sangka dekat cafe ni ada pertunjukkan gusti" kata si dia dengan nada pura pura teruja.Hannah hanya menjeling membuat muka meluat.Jam di dinding dipandang sekilas,sudah pukul enam patutlah mamat ni datang,desis hannah di dalam hati.

THE DEVIL BLOOD'S   (COMPLETED)Where stories live. Discover now