Chapter 6

167 13 0
                                    

Kenapa kawan sekolah menengah aku si Dania ni tiba-tiba call? Selalunya busy je memanjang, pelik. Tapi tidak lama kemudian, Aya menjawab panggilan

"Hello Aya"

"Ha apa? Kau asal tiba-tiba call bukan selalunya busy? Ada something nak minta tolong la tu"

Dania ketawa kecil di sebalik telefon bimbitnya, Aya hanya menggelengkan kepala lalu memasangkan telinga dengan teliti

"Kau tau kan mak aku dengan ayah aku ni sangat mementingkan kebahagiaan aku serta business diorang tu"

"Ha pastu?"

"Diorang nak jodohkan aku siaaaa! Aku tak nak, aku tak bersedia nak kahwin lagi"

Aya ketawa namun tergamam. Wah aku bakal makan nasi minyak ke tak lama lagi? Patutlah kebelakangan ni aku craving semacam

"Pastu kau tolak je la? Apa masalah?"

"Itulah masalahnya~ Aku boleh tolak hanya kalau aku pergi 'blind dates' yang diorang aturkan kepada aku tu tapi... nak pergi blind dates tu pon aku malas apatah lagi nak bercakap dengan lelaki yang aku tak kenal"

"Oooo lepastu aku nak kena buat apa?"

Ketawa nakal dikeluarkan oleh rakannya itu, Seram pula aku mendengarnya. Dah kenapa si Dania ni jangan yang kuban-kuban

"Hehehe sebagai kawan yang baik la kan Aya kan... Kau tolong ganti tempat aku boleh? Pastu nanti kau reject je"

"HAH?! BUANG TEBIAT KE APA DANIA? Ya Allah tak nak lah kalau jadi apa-apa macam mana?"

"Ala kau jangan risau lelaki tu kawan mak aku juga katanya orang baik tapi tu la aku tetap tak nak jumpa pleaseeee Ayaaa tolong aku?"

Aya mengeluh. Aya mula rasa cemas dan risau. Aya hanya mendiamkan diri

"Boleh la Ayaaaaa pleaseee sekali je aku minta tolong pastu aku tak kacau kau dah"

"Tapi Dania aku ada boyfriend la kalau aku terserempak dengan dia mati aku"

"Pasal boyfriend kau tak payah kisah! Ala tempat blind dates tu tempat mahal boyfriend kau mampu ke nak pergi situ?"

Ouch! Walaupun bukan aku yang dihina tapi rasa sakitnya sampai sini, Mentang-mentang la kau kaya sampai macam ni kau perlekehkan kitorang

"Ayaa tolong lahhh"

"Eishhhh ya lah² nanti aku pergi erghh! Bila blind dates tu berlangsung? Aku nak kena pakai lawa-lawa macam mana?"

Dania bersorak gembira lalu menyatakan sayang kepada satu-satunya rakan sekolah menengah itu, Dania memberikan keterangan dengan lebih lanjut

"Blind dates tu lusa pukul 1 waktu lunch! Pasal pakaian kau jangan risau nanti akan ada kotak parcel depan rumah kau aku dah beli~ Pakai je semua haram jadah dalam tu okey? Nanti lusa driver aku pick up kau settle! Terima kasih Aya sayangggg kau!"

Aya hanya melayan karenah Dania. Mereka meletakkan panggilan, Banyak kali jugalah Aya mengeluh. Risau sesuatu yang buruk akan terjadi namun Aya tetap berserah kepada Allah. Percaya semua ni ada hikmah

Dania yang meletakkan panggilan tenung telefonnya dengan senyuman sinis, tiba-tiba seorang lelaki memeluknya dari belakang membuatkan Dania menoleh

"Apahal yang lama sangat you berborak dengan si Aya tu?"

"Ha? Oh... Biasalah you, budak kampung memang lambat sikit nak pickup kalau orang explain sesuatu"

Lelaki itu ketawa kecil. Lelaki itu kemudian hidu bau harum disebalik belakang leher Dania. Nafsu Dania mula meronta-ronta, Dania menolehkan badannya dan meletakkan lengannya belakang leher lelaki itu

"Tapi nasiblah you datang tepat pada masa my Zarif sayang~ Tak ada lah I rasa marah sangat dengan budak kampung tu"

Zarif smirked, Zarif kemudian menarik Dania masuk ke dalam bilik hotel yang ditempah Dania beberapa minit yang lepas

Lusa menjelang dengan begitu pantas, Hari di mana aku akan bertemu dengan lelaki yang tidak aku kenal tiba. Sejujurnya aku takut, aku takut tindakan aku ni salah ye la kan aku dah ada boyfriend yang aku janji nak setia dengannya sampai lah ke hari tua

"Eeee Aya kau ni betul ke? Kalau jadi apa-apa dengan kau macam mana? Ha boyfriend kau tu? Kalau dia terasa hati macam mana? Korang dah nak tunang kot" - Sheera

"Aku dah cuba sedaya upaya tolak la Sheera! Tapi disebabkan Dania banyak tolong aku, tolong kita sekeluarga waktu sekolah dulu aku tak sampai hati nak tolak... Pasal boyfriend tu aku pun takut Sheera, aku tak nak kehilangan dia"

Sheera dan Aya hanya mampu pasrah. Selang beberapa saat, driver Dania sampai di depan rumah. Aya kemudian bangun dan menggalaskan beg tangan di sisi. Aya salam mak cik Fathin dan berpelukan dengan Sheera

"Hati-hati ya Aya... Kalau ada masalah terus call polis and inform kami" - Fathin

"Baik mak cik, Sheera kau jaga mak cik elok-elok and jaga diri korang juga! Assalamualaikum"

Aya akhirnya beredar menuju ke lokasi. Aya sangat gugup sampai agak sukar baginya untuk bernafas secara stabil. Shaking tangannya apabila melihat semula

Kayr yang menunggu di restoran mewah itu sudah cukup bosan sampai bermain telefon. Dia melihat dan sering menoleh ke belakang sekiranya pasangan 'blind dates' sudah tiba

"Lambatnya minah ni... Dah setengah jam ni dia sidai aku betul ke alamat ni ibu bagi?"

Namun Kayr tetap bersabar menunggu ketibaan perempuan itu. Walaupun tidak saling mengenali namun jika pergi tanpa sebab baginya amat biadap dan kurang sopan nak ditunjukkan kepada seseorang. Dia masih setia menunggu sehinggalah jam sudah menunjukkan pukul 2

"Haih aku rasa minah ni memang sidai tak nak jumpa aku ni... Takpelah aku balik je la"

Baru nak bangun dari kerusi, seorang perempuan dengan gelabah dan cemas akhirnya muncul dan menegurnya dari belakang. Kayr terkaku, tergamam akan kecantikan perempuan itu serta terkejut

"Sorry sorry sorry!! Sorry sebab saya lambat saya hmmm saya... "

Perempuan ni... Perempuan ni yang kat MRT hari tu! Perempuan berani yang berjaya menarik perhatian aku! Perempuan ni sekarang berada depan aku? Weh seriousla?

"Tak apa duduklah, minum air tarik nafas dulu bertenang nanti kita mula borak"

Aya yang mendengarnya lega lalu angguk dengan faham. Dia duduk dan minum seperti dahaga gila nak mampus. Kayr yang duduk menghadapnya hanya tersenyum dan menatap dengan penuh cinta ke arahnya

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now