BAB 3

52 12 2
                                    

Fictional Café

Zafrean mengambil tempat di hadapan Lya tetapi Lya tidak perasan kerana sibuk melihat menu yang kafe itu sediakan. Lya tersentak apabila Zafrean menegur bertanyakan makanan dan minuman yang Lya ingin makan dan minum.

Lya pun menjawab dia ingin makan spaghetti aglio olio dan matcha latte untuk minuman. Kali ini, Zafrean pula tersentak apabila Lya juga ingin memesan menu yang menjadi kegemaran Zafrean jika berkunjung makan di kafe ini.

Pelayan kafe itu datang dan mengambil pesanan mereka. Zafrean yang membuat pesanan kerana dia berasa lebih baik dia yang membuat pesanan memandangkan pelayan yang datang itu adalah lelaki.

Lya tergamam apabila Zafrean membuat pesanan sama seperti dia tetapi Lya hanya mengabaikan sahaja kerana tadi Lya ternampak Zafrean berbual dengan salah seorang pelayan disini.

Bagi Lya itu membuktikan yang Zafrean pernah mengunjungi kafe ini. Setelah selesai membuat pesanan, Zafrean memulakan perbualan dengan bertanya mengenai hal pelajaran kepada Lya.

Lya langsung tidak kekok untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh Zafrean kerana bagi Lya, dia sangat suka apabila ada yang bertanyakan berkaitan pelajarannya kerana dia juga suka berkongsi tentang pelajaran memandangkan ibu bapa serta abangnya sangat tegas dan sentiasa meminta Lya untuk berkongsi aktiviti pelajaran Lya dan itu telah menjadi rutin harian Lya sejak Lya menyambung pembelajaran di peringkat diploma.

Zafrean hanya mengangguk ketika mendengar semua jawapan Lya terhadap soalan yang diajukan oleh Zafrean.

Seketika Zafrean bersuara,

"Saya ada melihat senarai nama pelajar kelas BA4A dan saya perasan yang awak paling tua di dalam kelas BA4A. Apa yang menghalang awak untuk melanjutkan pelajaran dengan lebih awal?"

Lya sudah dapat agak bahawa soalan ini tetap akan diajukan jika seseorang itu mengetahui tentang umurnya sekarang. Tetapi Lya tetap tenang dan tidak kisah dengan pandangan orang lain kerana bagi Lya setiap dari kita mempunyai jalan hidup dan rezeki yang berbeza-beza. Lya menarik nafas sebelum menjawab soalan Zafrean.

"Jika saya memberitahu tentang perkara ini, saya harap Sir tidak berfikiran negatif dan menganggap saya lemah ya. Sebenarnya, ketika saya sedang berada di semester 6 diploma, saya didiagnos oleh doktor bahawa saya mempunyai Depression with Psychotic Features. Selepas saya mengambil ubat yang doktor sarankan, saya jadi sangat lemah bahkan tangan saya selalu shaking dan lemah sehingga saya tidak dapat melakukan kerja harian saya. Sejujurnya, saya pernah berada di fasa kosong sehingga saya tidak tahu apa yang saya inginkan dalam hidup saya tetapi saya tetap teruskan diploma saya sehingga saya tamat pengajian. Selepas saya selesai internship, saya mula hilang diri saya, saya rasa lost sehingga saya memberitahu keluarga saya bahawa saya ingin berehat seketika dari menyambung pelajaran. Alhamdulillah, keluarga saya sangat memahami kerana merekalah yang ada dengan saya ketika saya sedih dan trauma. Saya juga pernah cuba ingin membunuh diri kerana saya dengar suara-suara yang langsung tidak wujud di realiti seperti saya sedang berbual dengan Sir sekarang. Tapi semua itu saya dapat atasi apabila keluarga saya tidak pernah lelah untuk memberi semangat kepada saya bahkan mereka juga sentiasa memastikan saya berada dalam keadaan stabil dan depression saya tidak menguasai diri saya. Walaupun saya sambung belajar lewat setahun berbanding yang seusia saya, tetapi Alhamdulillah saya dapat memperbaiki diri saya dengan mendekati diri kepada Allah SWT serta hubungan saya dengan keluarga pun lebih akrab. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup saya, saya anggap yang Allah nak tegur saya untuk lebih dekat dengan-Nya. Eh panjang pula saya bercakap, kesian Sir kena dengar saya bercakap. Sorry Sir." Lya membalas Panjang lebar dan selepas itu dia tersengih meminta maaf kepada Zafrean kerana dia membalas dengan jawapan yang sangat panjang.

Zafrean berasa bangga dengan Lya kerana walaupun melalui fasa kehidupan yang sukar tetapi Lya berjaya bangun semula dan menjadi seorang yang lebih baik.

Buktinya, Lya mampu tersenyum sambil bercerita kepada Zafrean sedangkan jawapan yang diberikan sangat merobek hati Zafrean kerana dia tidak menyangka Lya yang mendapat pujian dari pensyarah lain, rupanya melalui fasa kehidupan yang sangat menyakitkan.

"Good job Lya sebab awak mampu berdiri dan hidup sejauh ini. Kalau awak nak tahu sepanjang saya berbual dengan pensyarah lain hari ini bahkan ketika hari saya lapor diri sebelum ini, semua pensyarah tersebut sangat memuji awak dan tiada satu pun yang memberi kata-kata negatif tentang awak." Zafrean tersenyum sambal menuturkan kata-kata tersebut.

"Lya, if no one tell you this, let me tell you, you already done your best for today even in your past life. if you feel tired or sad, please don't quit but rest and try again tomorrow." Zafrean memberi kata-kata semangat kepada Lya.

Lya mengangguk sambil tersenyum. Lya baru hendak membalas kata-kata Zafrean tetapi terbatas kerana pelayan datang menghantar pesanan mereka.

Zafrean dan Lya mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut dan Zafrean menjemput Lya untuk makan dan mereka pun makan tanpa sebarang bunyi.

Selepas selesai menjamu selera, Zafrean dan Lya berebut untuk bayar tetapi Zafrean lebih bijak kerana dia telah pun membayar makan malam mereka semasa dia meminta diri untuk ke tandas tadi. Lya mengucapkan terima kasih dan dia rasa serba salah kerana Zafrean yang membayar makan malam mereka.

Setelah itu, mereka singgah di surau yang berhampiran dengan universiti. Zafrean dan Lya melangkah masuk ke dalam surau tersebut dan Zafrean menyuruh Lya untuk mengambil wuduk dan Zafrean mengajak Lya untuk solat berjemaah. Lya mengangguk dan berlalu pergi untuk mengambil wuduk.

"Aduh Lya kenapa kau diam je bila dia cakap dia nak imamkan kau, kau boleh tolak la Lya. Kau boleh cakap, em tak apa Sir, saya boleh solat sendiri. Kenapa kau angguk Lya. Ni kalau abang dengan adik-adik kau tahu ni, confirm diaorang akan bahan kau." Lya bercakap seorang diri sambil menanggalkan sunscreen menggunakan micellar water dan cotton pad.

Setelah selesai mengambil wuduk dan memakai telekung, Lya berjalan kearah Zafrean yang sedang membaca Al-Quran. Lya duduk dibelakang Zafrean dan menunggu Zafrean sehingga selesai membaca Al-Quran.

Setelah Zafrean selesai membaca Al-Quran, Zafrean menoleh kebelakang kerana dia dapat merasakan bahawa Lya sudah berada dibelakangnya.

Zafrean dan Lya tersenyum kearah satu sama lain sebelum Zafrean menegur Lya kenapa Lya tidak menegur dia ketika Lya sudah berada di belakangnya.

Lya menyatakan bahawa dia sudah dididik untuk tidak membuat bising atau menegur sesiapa ketika ada orang lain sedang solat dan membaca Al-Quran.

Zafrean mengangguk faham dan berdiri dihadapan sejadah. Setelah itu, Zafrean pun mengimamkan solat Maghrib mereka dan Lya berasa sangat sayu dan kagum kerana Zafrean membaca ayat-ayat Al-Quran dengan tajwid yang betul serta suara Zafrean sangat lembut.

Selesai solat, Zafrean dan Lya membaca Al-Quran sementara menunggu waktu Isyak. Setelah selesai solat Isyak, Lya mengucapkan terima kasih kepada Zafrean kerana telah mengeluarkan duit untuk makan malam, solat jemaah serta menghantar Lya untuk pulang.

Zafrean pula hanya mengangguk sambil tersenyum. Mereka pun berjalan menuju ke kereta Audi RS milik Zafrean setelah Lya selesai melipat telekung.

Di dalam kereta, Zafrean ada bertanyakan tentang hal peribadi Lya tetapi Lya hanya memberitahu bahawa dia anak kedua daripada empat orang adik beradik dan Zafrean ketawa dan berkata bahwa dia juga merupakan anak kedua tetapi bezanya Zafrean mempunyai lima adik beradik.

Setelah itu, mereka berdua hanya senyap tanpa sebarang kata-kata sehingga sampai di kolej, Lya mengucapkan terima kasih kearah Zafrean dan berlalu ke lift untuk naik ke biliknya memandangkan Zafrean hendak melihat Lya sehingga Lya selamat hilang dari pandangan. Lya tanpa banyak bunyi hanya mengikut sahaja arahan Zafrean.

Zafrean memandu kereta keluar dari kolej selepas Lya menghantar pesanan di WhatsApp menyatakan dia sudah selamat sampai di dalam biliknya.

ARDEAN ZAFREAN KIM (ON GOING)Where stories live. Discover now