"Cepatla faqih oii!! Aku pun nak pakai juga phone tu!"aishh kongsi phone untuk kelas online ni memang menyusahkan..
Sebenarnya Diya sudah tamat kelas setengah jam yang lalu. tapi sengaja dia berlama sebab nak tamatkan satu episod anime nya.haih
Pernah juga dia berangan Umi membelikan dia satu phone yang lain kerana kesusahan di waktu waktu sebegini. Tapi dia sedar itu cuma satu mimpi!!
Apalah nasib.
Umi memang mendidik anak anaknya supaya tiada telephone peribadi sewaktu usia remaja begini..lagi lagi waktu Masih belajar ni.
"Nah" Diya keluar Dari bilik lalu memberikan telephone itu kepada adiknya,Fathan.
Fathan kerut memandang Diya.
Seperti memberi isyarat 'lamanya kau!'Diya dapat membacanya.dia hanya tersengih.
2minit.. 3minit.. 4minit..
"Faqih!!"
"Apa bising bising lagi ni?Diya,kamu dah habis kelas lama kan?bagi phone tu pada Fathan pula."
Soal puan Hana dari tingkat bawah..Kuat sangat kot jeritan Fathan tu kalau sampai Umi kat bawah pun dengar. Haha Diya ketawa sendiri.
"Nii kau buka group whatapp aku eh?!" Soal Fathan sambil menunjukkan telephone pintar itu didepan muka Diya.
Dia bukan marah tapi lebih kepada malu..bila keluarga sendiri kenal kawan kawan nya.pelik betul.
Diya telan air liur
Semua gambar kawan kawan Fathan yang dihantar di group itu.. sudah Terbuka !!
Kerja siapa lagi kalau bukan dhiya!
Diya bukan nak menggatal.
Diya garu dahi
"Ehh tak ada kerja pulak aku nak Usha gambar kawan kawan kau tuh..jangan nak perasan sangat eh"
Dengan Fathan memang boleh kalau nak tipu.Tapi dia tak boleh nak tipu diri sendiri..
Sebenarnya dia ada minat kat seorang kawan adik dia ni.tak tahu nama..
Tetapi suatu masa dahulu mereka pernah main bersama..Sewaktu mereka sekeluarga datang beraya ke rumah dia.
Mungkin si dia tu dah lupa,maklumlah sudah Lima tahun berlalu..
tetapi bagi Diya..perkara tu tetap terpahat dalam ingatan.Dia Masih ingat gaya gaya lelaki itu mengajarkan nya cara mengimbang bola.
Sebenarnya dia pun tak la berapa paham.
Tetapi bila tengokkan pada 'siapa' yang mengajar tuu..haa terus semangat la jadi nya!"Ye ye..je tu"
Fathan lalu masuk ke dalam biliknya,yang tidak jauh Dari bilik Diya.malas la nak gaduh.
bila dia bercakap pun dhiya boleh lagi termenung.entahla..penat."Uii nak main bola sama sama tak?adik kau pun join sama"
Diya berjalan menuruni anak tangga..sambil kepala nya terngiang ngiang akan ayat tu.
*prolog ini mungkin akan diubah jika saya ada idea lain nanti.hehe
*Teruskan membaca..harapnya suka la..first lead tu hensem tau>< Dont play play~
YOU ARE READING
Huwa Faqih!
Altele"takkkk..takk. sekarang ni aku nak tanya kau,sape Faqih?" Luay tanya dengan kening yang berkerut seribu. Tak faham betul dia. Banyak Kali juga la dia dengar nama tu tapi siapa? Wallahu a'lam "Lahai..awak tak tahu lagi ke..Faqih tu .... saya la. DHI...