BAB 23

1.2K 63 10
                                    

"HARI ini aku datang lambat sikit. Mungkin malam. Kau okey ke? Atau, kau nak balik awal?" soalnya.

Seroja memusingkan badan menghadap Afif di kerusi sebelah.

"Okey je. Saya keluar dulu, assalamualaikum." Beg laptop dipeluk bersama botol airnya. Pintu kereta ditolak, sebelum melangkah keluar.

Afif menurunkan tingkap pada bahagian kerusi penumpang sebelahnya.

"Waalaikumussalam. Hati-hati."

Seroja hanya tersenyum. Lalu, masuk ke dalam bangunan kerjanya. Kereta yang sudah berlalu pergi, dilihat seketika. Sudah masuk hari ketiga Afif menumpangkan dia untuk ke tempat kerja dan pulang. Ini semua arahan Syabil. Disuruhnya Afif untuk mengambil dan menghantar Seroja pulang selama seminggu, gara-gara luka di bahunya yang masih belum sembuh.

"Amboi kau, senyum panjang nampak! Dua tiga hari ni aku tengok kau berseri-seri macam pengantin. Sudah la dihantar oleh encik polis. Macam suami isteri je aku tengok kau orang berdua," tutur Najla yang tiba-tiba keluar dari biliknya ketika Seroja melintas di hadapan bilik itu.

Secara spontan Seroja berhenti. Lemah jantungnya. Boleh pula Najla keluar mengejut.

"Ish, kau ni! Kalau sehari tak buat aku terkejut, memang tak sah kan?" marah Seroja. Kawannya ini memang suka menerjahnya secara tiba-tiba. Kalau dia ada masalah jantung, mungkin dia sudah berada di alam barzakh sekarang ini.

"Saja. Aku nak uji kelajuan jantung kau, hahaha!" Ketawa Najla terkekek-kekek.

"Sudah-sudah la gelak tu. Nanti semua orang keluar dari bilik sebab dengar kau punya gelak macam Kak Ponti," seloroh Seroja pula.

Najla tersenyum-senyum mendengar kata-kata Seroja. Seroja tak pernah gagal membuat dia geli hati. Mesti ada saja benda yang nak dibalasnya sekarang. Tak macam dulu, senyap. Tak bercakap langsung dengan orang. Najla bersyukur kerana Seroja makin selesa dengannya.

"Aku nak masuk bilik dulu ni. Kau ada apa-apa soalan lagi ke?" tanya Seroja.

"Kau nak makan tengah hari nanti dengan siapa dan dekat mana?" Sejak Afif menghantar Seroja ke universiti, mesti mereka akan keluar makan bersama. Dia ditinggalkan. Kesian dia makan seorang diri. Sunyi betul hidupnya.

"Aku nak bungkus makanan dekat kafe je nanti." Seroja menjawab. Dia bergerak merapat ke kanan untuk memberi laluan kepada pekerja-pekerja yang lalu-lalang di situ.

"Eh, tak keluar makan sekali dengan pujaan hati ke?" Najla menyoal. Saja ingin mengusik Seroja untuk melihat reaksinya.

"Dia sibuk hari ni. Lagipun, tak nak lah aku susahkan dia."

Perbualan mereka terhenti di situ. Masing-masing masuk ke bilik sendiri untuk mula bekerja.

"BYE, Seroja! Aku balik dulu. Hati-hati duduk sorang-sorang dekat sini. Bangunan ni keras sebab... Diperbuat daripada batu." Sejurus sahaja Najla berkata begitu, dia ketawa.

"Kau ni... Buat saspens je." Seroja menjelingnya pakej dengan menggulingkan bebola mata.

Najla melambai kepadanya, kemudian meninggalkan Seroja bersendirian di ruang pejabat. Dia kembali menyiapkan laporan yang tertunggak petang tadi. Tangan laju menekan papan kekunci. Semasa sedang tekun menaip, tekaknya terasa haus pula.

Botol airnya yang sudah kosong diambil. Kaki melangkah ke pantri yang terletak di hujung bangunan. Tiada sesiapa di aras itu. Hanya dia Seroja seorang sahaja.

Mesin penapis air Moway yang berada di tepi singki, Seroja tekan. Air sejuk menjadi pilihannya untuk melegakan tekak. Pintu kabinet bahagian atas dibuka untuk mengambil tin biskut yang selalu disimpan di situ. Kaki dijengket sedikit untuk mencapainya. Tetapi, tin tersebut makin ke belakang.

SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE]Where stories live. Discover now