Chapter 13

116 12 1
                                    

Alamak... Dia nampak ke aku beraksi macam raksasa tadi? Eeee aduh mampus suatu hari nanti kena bahan

Kayr hanya diam dan cuba tahan ketawa. Kayr kemudian mula berpura-pura menjadi dingin. Kayr memberikan isyarat kepada Perry untuk menyelesaikannya. Perry angguk menurut perintah

"Kamu bertiga, nanti datang ke office Tuan Kayr tepat pukul 4. Tuan nak bincang sedikit pasal sesuatu"

Diva-diva tersebut terus bangun dengan gedik dan teruja. Mereka angguk lalu berjalan keluar tapi sempat berlanggar bahu dengan Aya. Aya nak marah lagi namun Perry menggelengkan kepala

"Dah dah semua pergi sambung kerja balik jangan nak curi tulang, See you around Bijou"

Kayr mengenyit sebelah matanya kepada Aya setelah mengucap sedemikian. Aya terkaku sehinggalah ke semuanya beredar. Lama juga dia memikirkan perkara tersebut. Aku dah kenapa ni? Ehh Aya kau ada boyfriend jaga hati! Lagipun korang dah nak tunang!

Tepat pukul 4, semua diva-diva tersebut menunggu dengan teruja di dalam office Kayr. Kayr masih tidak sampai. Diva-diva itu sempat menjeling maut kepada Aya yang sedang buat kerja di mejanya. Diva-diva tersebut malah perli kepada Aya seakan-akan Aya akan dengki seperti mereka namun Aya sedikit tidak kesah

"Maaf saya lewat"

Al Kayr masuk ke dalam bilik tersebut tidak lama kemudian. Perry yang ikut dari belakang juga masuk dan cepat-cepat menurunkan tirai gelap agar tiada siapa nampak akan meeting tersebut. Setelah menurunkan semua tirai, Perry menundukkan hormat lalu keluar dari bilik

"Hihihi dalam bilik yang gelap hm Tuan Kayr?"

"Sexy~ sesuai sangat dengan imej Tuan"

"Lagi saya tak sabar dengan meeting ni hihi yeayyyy jom laaa mula Tuan Kayr"

Kayr tersenyum sinis lalu angguk kepalanya. Kayr bangun dan memandang mereka dengan penuh seductive. Diva-diva menjadi tidak tahan tapi disebabkan Kayr boss, mereka masih tidak berganjak daripada sofa

Aya yang menaip proposal di dalam komputer itu hanya mengerling kepada bilik Kayr dan tertanya-tanya apa yang terjadi di dalam bilik itu. Aya juga sempat minum air kopi yang dibelinya waktu rehat.

"AHHH SAKIT TUAN SAKIT! SAYA MINTA MAAF SAYA JANJI SAYA TAKKAN BUAT LAGI"

Sampai terkeluar urat-urat kepala Kayr yang menolak kepala satu orang daripada diva itu dengan secara paksa. Marah sangat agaknya
Diva yang lain melutut menangis dan merayu untuk dilepaskan

"AKU PALING PANTANG ORANG SENTUH SESUATU YANG MERUPAKAN MILIK AKU! KORANG MEMANG DAH CABAR AKU YA"

"Kami minta maaf Tuan! Kami janji kami takkan buat lagi macam ni malah kami akan suruh yang lain stop juga please Tuan!"

Kayr masih lagi dalam keadaan marah. Kayr tidak mahu melepaskan mereka. Diva-diva menangis dalam ketakutan dan kuat namun bilik tersebut soundproof so takkan dengar dari luar

"Kami akan minta maaf kepada Aya! Kami akan tarik balik fitnah kami! Tolong maafkan kami Tuan!"

"NO! AKU TAKKAN MAAFKAN KORANG! TERIMA LAH BALASAN AKU"

Makin kuat diva-diva tersebut dibelasah. Itulah kali pertama Tuan Kayr meninggikan suara kepada staff. Walaupun Kayr tidak menerima cinta mereka, tapi sebelum ni Kayr layan semua sama rata. Lembut dan soft spoken. Dingin tu hanya bila mereka bercakap pasal cinta.

Perasaan Aya yang tidak sedap hati dan masih tertanya-tanya akan apa yang terjadi dalam bilik membuatkan Aya nekad untuk menjenguk sebentar. At least tak ada lah dia risau sangat.

"Tuan Kayr? Ooo Tuan Kayr"

Perry nampak Aya menghampiri. Perry sedaya upaya halang supaya tidak masuk campur. Tuan Kayr sibuk katanya. Aya tetap tidak peduli lalu memberikan pandangan yang maut kepada Perry, Perry agak takut sebab memang seram terus memberi laluan kepada Aya. Perry dah pasrah apa akan jadi seterusnya

"Tuan Kayr sa--"

Aya terkejut apabila melihat ketiga-tiga tersebut menangis sambil duduk di atas sofa. Manakala Kayr pula sedang sibuk menandatangani semua file dokument yang penuh atas meja

"Aik kenapa menangis-menangis ni?"

"Oup! Aya kamu rupanya, tak ada lah saya suruh dia luahkan semuanya apa yang terjadi dekat library tadi lah tiba-tiba menangis agaknya menyesal"

Aya hairan dan terkejut. Seriouslah menyesal? Aya memandang ke arah Diva-diva. Mereka semua meletakkan surat sampul putih ke atas meja Kayr

"Terima kasih untuk 3 tahun Tuan"

Yang lain ikut angguk dan menundukkan hormat. Kayr hanya senyum manakala mereka menuju keluar. Mereka menoleh ke arah Aya dan menundukkan hormat. Aya terkejut beruk la tapi diam sahaja.

"Kami minta maaf sebab fitnah kau. Lepas ni dah tak ada apa akan berlaku selamat bekerja Aya and welcome to the company"

Hahaha pelik! Tiber-tiber tadi puaka sangat mulut masing-masing. Haih nasib lah aku baik. Aya hanya senyum dengan janggal kemudian memandang Kayr. Kayr hanya mengangkat satu kening dan menyambung kerja. Aya masih keliru namun tidak mahu berkata apa. Aya kembali ke tempat duduknya. Kayr mengerling ke arah kelibat Aya lalu menghembuskan nafas dengan selamat. Perry berlari lalu bergossip

"Menyempat eh ko Tuan Kayr"

Kayr hanya senyum nakal dan memberikan isyarat senyap supaya ini antara kita sahaja hahaha. Perry hanya setuju kemudian menaikkan semula tirai-tirai gelap itu.

(Waktu Balik)

Aya sudah siap sedia untuk pulang, memang long day sungguh! Aya mengemas beg silangnya lalu bangun pergi ke lift. Aya baru nak tutup lift tiba-tiba tak lain tak bukan Kayr datang. Aya mengeluh dengan pasrah

Sampailah ke bawah. Aya cuba mengelak untuk tidak bercakap dengan Kayr. Aya menuju keluar ke pintu tapi Kayr tetap cuba menghalang dengan bercakap je dari tadi. Aya menoleh ke arahnya dengan geram

"Bernanah telinga saya! Tolong la berhenti bosan la nak dengar"

"Okay kalau macam tu kahwin dengan saya"

Ergh! Kahwin, Kahwin Kahwin! Itu jelah kau tahu! Muak dah aku dengar la. Aya menjeling kali terakhir dan mahu beredar namun Kayr masih lagi menyebut perkataan Kahwin

"Sekali lagi awak sebut perkataan tu si--"

"Aya itu pun you! Dah lama i tunggu"

Kedua-dua Kayr dan Aya menoleh ke arah suara yang dikemukakan. Aya membulatkan mata berserta mengukirkan senyuman yang sangat lebar~ Alangkah lamanya tak berjumpa si dia!

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now