Chapter 14

125 12 0
                                    

Aya berlari dengan teruja ke arah jejaka itu. Kayr hanya terkaku, apakah itu boyfriend yang dimaksudkan Aya? Jejaka yang mempunyai babyface dan a 'boy' type like... Ah! Aku hensem lagi kenapa aku nak kesah? Kenapa aku nak jealous? Kayr kemudian kejar Aya dari belakang

"Lamanya tak jumpa you Zarif~ Seriously you ambik I kerja? Awww sweet la boyfriend i ni"

Ya memang tak salah, dia memang boyfriend Ayasya ku. Haih nak kena move on ke macam ni? Kayr hanya berdiri di belakang Aya dan itu membuatkan Zarif tersedar

"Ah~ You ni la boss I! Dia (mengerling) Dia baik la jugak hahaha hmp"

"Oooo~ (berjabat tangan dengan Kayr) Saya Zarif, boyfriend Aya gembira berjumpa Tuan"

Kayr yang tidak pernah membuat muka dingin, Dingin ketika itu. Kayr berjabat tangan bersama Zarif namun mereka sebenarnya menggenggam satu sama lain. Tenung juga.

"Errr lamanya korang salam?"

Kayr dan Zarif terus melepaskan tangan. Zarif menolehkan diri kepada Aya dengan senyuman. Aya turut teruja

"Jom? I hantar you balik dah lewat dah ni"

Aya angguk dengan pantas. Aya menundukkan hormat kepada Kayr. Mereka beredar meninggalkan Kayr keseorangan masih tidak berganjak. Perry datang dari belakang dan juga menyaksikan situasi tersebut

"Aku tak terlambat kan Perry?"

"Belum, Diorang bukan sah lagi so sempat lagi kalau nak caras"

Kayr angguk dengan pasrah. Dia kemudian membawa dirinya ke arah kereta. Perry ikut dari belakang lalu mereka beredar

Di dalam kereta, Aya keliru kerana Zarif yang ranjak berborak tiba-tiba menjadi senyap. Aya tidak mahu berkata apa namun mahu mengubah topik

"You! Apa kata kita makan kat luar nak? Lagipun kita dah lama tak keluar~ You pun dah lama tak chat i"

"You yang tak chat i, I tak chat la you and nak keluar? Tak payah lah membazir je makan je apa ada kat rumah you tu I busy ni"

Aya diam tak terkata. Aya agak terasa, dia selalu tolak pelawa aku everytime aku ajak keluar. Tak macam waktu mula-mula nak aku dulu cey kononnya "I like spend time with you"
Inilah lelaki kan? Tak pernah nak serious

"Eh I chat eh you dulu! You tu yang selalu marah-marah kata I ni annoying la, ganggu la sebab you nak settle kerja la ergh"

"eee ye lah ye lah I yang salah okey fine! Benci la I, marah la I buat ikut suka hati you"

Aya membuat muka bengis. Tengok tu? Everytime gaduh memang la selalu minta maaf tapi selalu juga play victim! Aku dengan kau dah nak tunang kot Zarif kenapa kau buat aku macam ni? Dia ni sebenarnya sayang aku lagi tak?

Zarif yang memandu kereta diganggu oleh panggilan telefon yang dari tadi berdering. Zarif cuba mematikannya dan fokus kepada jalan raya, telefon itu akhirnya senyap. Aya tiba-tiba mendapat panggilan dari Dania. Aya membuat muka pelik, apa lagi si Dania ni?

"Hello assalamualaikum Dania? Kenapa ni?"

Telinga Zarif menjadi lintah. Zarif mengerling kepada Aya yang fokus menjawab telefon. Aya angguk dengan memuncungkan bibir

"Aku pun kalau boleh nak keluar makan and keluar sekali dengan kau tapi Zarif nak ke--"

"Kat mana you nak makan? Ajak dia sekali nanti I bawak I promise"

Aya pelik dan agak terkejut namun agak teruja. Terus menyampaikan maklumat tersebut kepada Dania. Selesai sahaja menamatkan panggilan Aya tersenyum melihat Zarif. Zarif berdahak lalu hanya meneruskan perjalanan

Mereka sampai di sebuah cafe aesthetic yang baru dibuka. Di situ ditayangkan barang-barang antik menjadi perhatian kepada anak-anak muda. Mereka duduk di satu meja lalu memesan makanan. Aya menepuk-nepuk tangan dengan teruja seperti anjing laut, manakala Dania dan Zarif hanya memandang dengan muka judging membuatkan Aya segan terus berkelakuan sopan

"Aya aku dengar kau dapat kerja hari ni macam mana your first day?"

"Ha? Oh kerja aku? Okay je weh tapi long day sungguh banyak benda terjadi!"

Dania angguk dengan senyuman paksa manakala Zarif menelan air liur dan cuba behave apabila Dania menggeser kakinya kepada Zarif. Dania senyum sinis dengan sengaja

Waiter datang menghantar makanan, Aya yang lapar tidak sabar untuk menjamah. Waiter kemudian memperkenalkan headphone ciptaan diorang dan menerangkan akan game yang boleh dimain di cafe tersebut

"Wahh! Shout out challenge~ Aku suka main game ni jom weh korang main! Alang-Alang aku nak hilang stress hari first day"

Dania malas nak layan dan angguk sahaja secara paksa. Zarif langsung tidak dengar dan hanya fokus kepada telefonnya. Aya mula berasa sayu namun tetap cuba untuk senyum

"Kau main dulu la Aya, biar kitorang yang suruh kau teka apa macam?"

Cadangan Dania telah membuatkan senyuman Aya terukir kembali. Aya angguk dengan teruja lalu memasangkan headphone pada telinganya. Aya menyambung lagu yang berada di telefonnya lalu menyimpan telefon ke dalam poket

"Okay bagi satu perkataan!"

Telinga Aya hanya bising dengan music. Dania kemudian menulis sesuatu di atas kertas dan menunjuk kepada Aya

'Jap nak fikir perkataan apa yang nak dibagi dengan Zarif sabar sat'

Aya angguk dengan faham dan memberi isyarat 'ok' untuk kepastian. Dania menatap Zarif yang fokus kepada kertas, menjadi wakil kononnya nak tolong tulis perkataan tersebut

Aya mempunyai firasat untuk memperlahankan volume headphone. Bukan nak main tipu tapi i should know what's going on because of bad treatment i received earlier. Ko gila? Takkan aku tak rasa apa-apa kan? Takkan aku tak terasa dengan sikap macam ni kan? Aya kemudian secara rahsia menekan butang perlahankan volume tanpa disedar

"Malam ni kita tidur lagi tak kat 'heaven'? kalau you tak busy jom"

"(berdahak) You gila ke apa?! Kenapa cakap kat sini kalau dia dengar macam mana?"

"Alah dia tengah pakai headphone kan? Lagi pun kuat lagunya kalau sound headphone jangan risau jom la you malam ni hm?"

"Tak boleh Nia tak elok kita tidur berdua"

"Alah bukannya kita tak pernah buat!"

Zarif yang minum air saat itu tersedak. Terus dapat idea untuk menulis perkataan apa, Zarif menulis lalu memberikan isyarat kepada Aya untuk mula meneka. Dania hanya jeling dan menoleh ke arah Aya dengan senyuman paksa. Aya juga memberikan senyuman yang paksa apabila mendengar semua itu, Aya cuba menahan air mata

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now