Bab 8

254 15 0
                                    

"DAH kenapa tak drive sendiri bila keluar? Tak pasal-pasal akak nak kena jadi driver kau." Terkejut Khairina jadinya apabila Khalish menelefon, menyuruhnya untuk datang menjemput di salah sebuah taman riadah. Lelaki ini jenis suka drive sendiri kalau nak keluar mana-mana sebab itu dia pelik.

"Saja. Terasa nak jadi passenger princess." Selamba sahaja Khalish memberikan balasan yang mengundang kepada cebikan daripada Khairina.

"Passenger princess celah mana? Merapu kau ni dik." Khairina gelengkan kepalanya. Sejak bila pulak Khalish berminat jadi passenger princess ni? Ataupun lebih tepat lagi passenger prince kerana adiknya itu lelaki.

"Eh tapi kereta kau tak ada dekat rumah?" Baru Khairina teringatkan akan hal tersebut. Dia perasan sewaktu di rumah tadi, kereta Khalish tidak kelihatan di laman rumah.

Mendengarkan hal tersebut, baru lah Khalish teringat. "Pergi K & F Design."

"Dah kenapa pulak?" Dah elok-elok nak sampai rumah, kenapa tiba-tiba Khalish memintanya untuk memandu ke syarikat milik ayahnya itu?

"Kereta aku ada dekat sana," beritahu Khalish tanpa serba salah. Khairina pula ketika ini dah macam mahu meletup.

"Kenapa tak bagitahu bila kita dah sampai rumah je?" Sarkastik Khairina berkata. Stereng juga sudah digenggam kuat. Tinggal dalam lima minit sahaja lagi untuk sampai di rumah, dan Khalish baru sahaja memberitahu hal tersebut.

Khalish lepaskan tawanya. Dia pun terlupa. Gara-gara terlampau larut dalam memikirkan perihal Haania, terlupa pula pasal kereta kesayangannya itu. Pandangan kembali dilemparkan ke luar tingkap.

Haania...

Haania Aylin.

Dua patah perkataan tetapi sudah cukup untuk membuatkan bunga senyum terlakar di bibir.

***

"KALAU saya cakap ya?"

Empat patah perkataan tersebut ibarat kaset yang tidak berhenti berputar di kepalanya. Haania gelengkan kepala lantas kedua-dua pipinya ditampar lembut bagi menghambat lamunan yang kian mengganas dalam benak pemikirannya itu.

Kenapa insiden itu perlu kembali segar terlayar di fikiran sedangkan sudah berhari-hari perkara itu berlalu? Semenjak kejadian tersebut, segala pesanan daripada Khalish langsung tidak dihiraukan.

Gila.

Itu perkataan yang dia mampu ungkapkan buat jejaka bernama Khalish Rifqi.

Tidak tahu lah sama ada ayat yang diungkapkan oleh Khalish itu memang luhur dari hati atau hanya sekadar bercengkerama?

Jika benar, otaknya seperti sukar untuk menerima kenyataan. Wujudkan manusia yang jatuh cinta terhadap seseorang meskipun pertemuan yang berlaku di antara mereka hanyalah kurang daripada 10 kali?

Ah! Serabut!

"Kau okay ke tak ni, Nia? Dari tadi aku tengok kau macam serabut je..." tegur Alisya. Dari tadi dia perasan riak wajah Haania nampak seperti sedang serabut memikirkan sesuatu. Ketika ini mereka sedang duduk di sebuah francais makanan di dalam sebuah pusat membeli belah setelah singgah di Sketchers bagi membeli kasut yang baharu buat Alisya.

"Do love at first sight really exist?" Soalan Alisya yang awal tadi ditepis malah, dia pula yang lontarkan pertanyaan yang lain membuatkan dahi rakannya itu berkerut hebat.

Anugerah Terindah [HIATUS]Where stories live. Discover now