27 | DUA PULUH TUJUH

85 9 0
                                    

Sedang leka Rayyan memeluk isterinya. Terdengar ketukan dari luar bilik

"Ummi ? Abi ? Ummi abi dekat dalam ke ? Wafa lapar. Wafiq dah cakap suruh tunggu ummi abi keluar baru bagitahu tapi dia menangis sebab dia lapar sangat" dibalik pintu Wafiq berkata

"Nenek atok tak balik lagi ke ?" Soal Rayyan menjawab persoalan Wafiq. Tubuh masih tidak berganjak memeluk si isteri

Isteri sudah lena tidur dibahu Rayyan

"Tak Abi. Abi boleh masak kan tak ? Meggie pun tak apa. Teruk dah tengok Wafa tu"

"Nanti abi masakkan. Tunggu dekat dapur. Abi datang sekejap lagi" ucap Rayyan. Dia meletakkan isterinya di birai katil dan menyelimutkan tubuh isterinya seketika

Lama dia tenung isterinya "Tidur pun cantik. Lepas nangis lagi. Muka, hidung memang warna merah habis. Jangan nangis lagi ya, Sayang" dia mencium dahi isterinya

Dengan leka baru dia tersedar yang ada anak buahnya di dapur sedang menunggunya

"Lagi lama aku dekat sini. Mau anak aku tak termakan" dia terus bergegas keluar dari bilik

 Mau anak aku tak termakan" dia terus bergegas keluar dari bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Celik mataku. Sejak bila aku tidur ni ?

Tiba-tiba hidungku terbau sesuatu yang enak. Tanpa kata aku terus keluar dari bilik dan mendekati bau itu

Sesampai sahaja di dapur. Aku terdengar suara Rayyan dan si kembar berborak

"Apa lah abi ni. Ni kalau ummi tahu yang abi masak maggi untuk diri sendiri tu pedas gila. Mahu abi kena piat telinga macam baba selalu kena dengan mama"

Rayyan menutupi mulut Wafa. Isyarat tangan diletak di mulut "Jangan cakap kuat-kuat. Ummi tengah tidur tu. Nanti dia dengar mau abi kena"

Suapan di mulut dikunyah hancur dan ditelan. Aku lihat mangkuk yang berisi maggie tu sudah habis separuh

"Sesekali tak salah, Wafa. Lagipun abi dah lama tak makan" sambungnya lagi

Aku tersenyum senget di balik dinding. Oh… tak salah eh ? Baik. Kita kena kan dia !

Aku berdehem membuatkan Rayyan dan kembar terkejut

Rayyan dengan makanan penuh di mulut tetap juga menyumbat lebihan maggie di dalam mangkuk itu kedalam mulut. Maggie di mangkuk habis begitu sahaja. Kan panas meggie tu. Tak melecur ke lidah dia?

Aku musykil dengannya. Dia tak nak bagi aku rasa ke ?

Aku memandangnya tajam. Aku lihat Rayyan sudah tersedak dengan maggie itu. Tu padan muka !

"Kenapa kau habiskan ? Kau takut aku makan maggie kau ke ?" Soal aku musykil padanya

"Ummi tahu tak yang abi kan makan maggie ped-" Wafa mahu memberitahu. Namun tidak sempat berkata habis. Mulut Wafa sudah disumbat seketul nugget oleh Rayyan

TAKDIR HATI KITA [C]Where stories live. Discover now