Chapter 22

109 7 0
                                    

Permainan terakhir ialah bola sepak untuk peserta lelaki. Setiap kumpulan menghantar wakil lelaki, point akan diambil melalui score individu. Siapa yang selalu masukkan gol dia telah menyumbangkan markah kepada group asal mereka.

"Ready.... START!"

Zarif suruh aku sokong dia... Sebagai girlfriend aku seharusnya buat demikian tapi kenapa..
Kenapa aku rasa tidak mahu langsung menyebut namanya? Kenapa aku benci sangat dengan dia? Terutamanya apa yang dia buat pada aku harini

"Memalukan orang tanpa ada rasa malu dalam diri... jijik!"

Aya hanya melihat daripada stage penonton, Aya sangat bosan di situ tidak seperti perempuan lain yang hanya melalak sana sini. Kalau boleh aku nak balik, aku dah penat
Aya menundukkan kepalanya lalu menghayunkan kaki. Malas nak berdiri dan semangat macam perempuan lain

"Kayr!! Sini, hujung!"

Namun nama Kayr telah mengubah persepsi aku, Aku mengangkat kepala semula dan hanya menatapnya. Ya, waktu itu aku hanya nampak dia.. Dia sahaja yang bersinar di padang besar itu. Sekarang aku dah faham kenapa perempuan dekat syarikat tergila-gilakan kan dia.. Dia sempurna

Kayr kerap menjaringkan gol. Itu membuatkan semua wanita bersorak dan gembira. Aya hanya duduk namun terukir senyuman bersama tepukan yang perlahan. Seperti Aya, daripada semua perempuan yang ada atas stage, Aya sahaja yang menyerlah. Dia sempurna. Dia sinaran! Kayr berasa lebih semangat kerana tahu Aya sokong akannya

(Permainan tamat)

Semua perempuan berlari ke arah Kayr. Semua peserta lelaki agak cemburu namun hanya proceed minum air. Aya hanya menilik botol mineral yang dipegang lalu memandang ke arah Kayr. Banyak sangat saingan...

Zarif datang menghampiri Aya. Dia senyum dan menanyakan air yang dipegang itu untuk dia atau bukan. Aya merenung kepada mata Zarif. Zari mengangkat sebelah keningnya

"Dah la ashik pandang I meh air--"

Aya jalan maju ke hadapan pergi ke arah Kayr. Kayr yang matanya hanya kepada Aya membulatkan mata dengan terkedu. Semua memberikan laluan kepada mereka. Aya menghulurkan air mineral dengan senyuman. Kayr melihat ke arah botol tersebut lalu memandang pula ke arah Zarif yang kelihatan bengang. Kayr ketawa kecil lalu ambil botol air tersebut. Dia membukanya sambil menatap mata Aya lalu minum tanpa ragu-ragu

"Weh dia ambik air budak tu bukannya kita!"

"Alooo untungnyaaa"

Aya ketawa kecil dengar rungutan rakan-rakan sekerja dan ahli-ahli syarikat yang lain tidak dapat perhatian Kayr. Kayr turut tersenyum lalu mengenyit mata seperti selalu

Aya mahu balik ke rumah dengan menaiki teksi. Aya ditahan Zarif. Aya mengeluh dengan pasrah namun cuba untuk senyum

"I tak tahu kenapa tiba-tiba you menjauh dengan I tapi... malam ni I chat you okay? I janji i rinduu you please"

"Ya Zarif... boleh. Walau apa pun kita tetap pasangan okay? Kita dah janji nak protect hubungan ni sama-sama sampai kahwin kan?"

Zarif diam. Zarif mengerling di belakang Aya terletak sebuah kereta hitam. Zarif berdahak lalu menjadi dingin.

"okaylah malam ni kita bincang balik, I dah nak kena pergi... syarikat dah panggil sebab proposal berlambak tak siap (tunjuk kereta hitam tersebut)"

Aya menoleh ke arah kereta tersebut lalu menjadi lebih sayu. Dia menoleh ke arah Zarif dan angguk dengan redha. Zarif kemudian berlari dengan pantas masuk ke dalam kereta. Kereta itu terus beredar

"Mana ada majikan ambil pekerja kalau nak kerja dengan segera pun"

Aya menghembuskan nafas dengan berat terus mengeluarkan telefon bimbitnya. Aya mahu membuka apps untuk menempah e-hailing tetapi secara tiba-tiba terdapat satu kereta berhenti di hadapannya. Aya terkaku dan memerhati dengan tekun. Kereta itu menurunkan cermin

"Kayr?! Lah kau ke?"

"Iye aku lah ni Bijou~ Ni kereta Perry (tunjuk Perry yang memandu) Meh la naik dengan aku, aku hantar kau balik"

Aya memerhati satu kereta tersebut sehinggalah kepada pemandu. Perry angguk hormat dan senyum. Aya turut senyum dengan janggal

"Kau tunggu apa lagi? Jom la aku hantar kau balik"

"Tak apa ke? Segan la"

"Haihhh kau ni"

Kayr keluar dari kereta dan memusing kepada pintu bahagian Aya. Kayr membuka pintu tersebut lalu menoleh

"Ha cepat, aku dah tolong buka kan takpe tak payah segan la~ Aku memang nak ajak kau pun"

Aya mengeluh dan roll eyes. Tak ada jalan lain selain setuju lagipun jimat duit aku, balik ni boleh beli makanan lebih untuk mak cik dengan Sheera. Selang beberapa saat, kereta itu memulakan perjalanan

Ikut Kayr ni tak boleh percaya sangat.. Ada je lah dia bawa pergi mana-mana and yes! Sekarang dia culik aku pergi mana pun aku tak tahu! Ni bukan jalan nak ke rumah aku

"Kayr kita nak pergi mana pulak ni aduhlah"

"Ikut je bukannya bahaya pun"

"Kalau dengan kau semuanya bahaya, silap-silap kau bunuh aku pastu dijualnya organ"

"Wah bijak lah kau aku memang tengah cari faedah apa yang aku dapat kalau bela budak pendek dan kecik ni.. Alang-Alang tu kau dah bagi idea wuish lagi excited lah aku! Alhamdulillah terima kasih sebab mesti kau doakan aku selalu murah rezeki sebab belanja kau kan? Tapi kali ni kau bagi rezeki pula syukur"

Aya menjeling namun agak cemas. Kalau dia buat betul-betul macam mana? Makk tak nak! aku ni dah la banyak dosa tak puas lagi nak tambah amalan tiba-tiba dah nak kena mati awal tidakkkk! Kayr yang duduk disebelahnya tergelak, tau pun takut hahahah

Mereka akhirnya sampai di pejabat polis di mana jamuan untuk rekrut lama atau bekas undercover yang pernah menyumbangkan diri untuk negara. Aya mula terkedu apabila melihat bangunan itu melalui cermin tingkap
Aya menoleh segera ke arah Kayr. Kayr hanya mengangkat bahu dan akhirnya Perry berhenti. Perry membuka pintu arah Aya supaya kedua-dua boleh turun serentak

"Alah tak payah risau lah nanti aku bagitahu kenapa, sekarang kita enjoy"

"Enjoy? Enjoy kepala hotak kau ni balai polis gila kau nak hantar aku kat sini buat apa?"

Kayr malas nak layan lalu terus membawa diri pergi masuk ke arah pintu. Aya agak takut untuk tinggal sorang-sorang, Perry pun dah bla ahhh aku ikut je la! Aya mengejar Kayr dari belakang

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now