B A B 38

575 45 6
                                    

happy reading, gorgeous people!

----------

Air yang ditadah dengan tapak tangan itu aku bilas ke muka. Mata aku naik memandang pantulan wajah sendiri pada cermin. Kedua-dua belah tangan menggenggam tapi singki.

Benarlah kata mak dan abah. Muka aku nampak lesu. Nampak tak bermaya. Aku meraup muka. Terasa berat bahu dengan tanggungjawab yang perlu aku galas.

Suara Chief Azman dan rakan-rakan sekerja aku di bilik meeting siang tadi bagaikan terngiang-ngiang. Lantas membawa ingatan aku kepada perbincangan kami pada waktu itu.

----------

"Saya dah berbincang dengan keluarga Zaf dan kami semua sepakat untuk tarik balik kes saman tu," ujarku tanpa memandang sesiapa. Aku tahu mereka sedang merenung aku dengan penuh tanda tanya.

Berkenaan dengan kes lori yang merempuh kereta Zafran, aku benar-benar tekad untuk tarik semula saman. Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Seksyen setelah aku membuat tuntutan sivil ganti rugi untuk kos perubatan Zafran.

Walaupun semua kos rawatan Zafran ditanggung oleh insurans syarikat penerbangan, tapi jujur aku rasa tidak adil kalau aku lepaskan saja pemandu lori itu.

Namun itu dulu.

Apabila pemandu lori itu sendiri yang datang berjumpa dengan aku dan melutut memohon maaf, aku jadi kesian. Ismail cuma anak sulung yang menjadi pemandu lori tanah untuk menyara keluarga dia. Dia tak mampu untuk membayar tuntutan sivil yang berjumlah RM100,000.

Setelah aku selidik latar belakangnya, aku ceritakan semuanya kepada ahli keluarga aku dan Zafran. Kami bersengkang mata, berbincang, sebelum semua sebulat suara untuk menarik semula saman.

Keluhan berat terlepas dari bibirku. Aku panggung kepala. Tak semena-mena mata aku bertembung dengan mata Chief Azman. Dia diam. Tapi dia nampak tidak berpuas hati dengan keputusan aku.

Atiff, Syira dan Jess berpandangan antara mereka sebelum Syira menghulurkan sesuatu kepada aku. Sebuah fail dan sesuatu berbentuk kotak yang diletakkan di dalam plastik. Nampak rentung macam dibakar.

Dashcam?

Aku memandang Syira dengan penuh tanda tanya.

"Apa ni?"

"Ini rakaman dashcam lori yang cuba dihapuskan dengan asid, tapi guna hydrofluoric acid. Member aku salah sorang ahli forensik yang handle kes Zaf. Ini pun puas aku pujuk dia untuk pinjamkan fail dengan bahan bukti ni. Dia bagi aku masa 3 jam je sebelum pegawai dia balik."

Aku masih keliru. Terkebil-kebil aku pandang dashcam itu dengan Syira bersilih-ganti. Masih tak faham apa yang cuba disampaikan. Perempuan itu terus mengeluh melihat aku yang masih blur-blur alam.

"Okay, at first memang aku bertindak ikut instinct je. Chief pun dah sekolahkan aku." Syira tersengih memandang Chief Azman. Kemudian dia memandang aku dengan pandangan serius.

"Aku rasa ada sesuatu yang tak kena dengan kes ni. Kenyataan dari forensik, lori tak malfunction. Driver lori pun passed urine test. No drugs, no alcohol detected."

Kepala mengangguk-angguk faham. "Aku tahu. Aku ada masa forensik terangkan."

Syira petik jari.

"Tapi kau tak tengok keadaan Audi yang Zaf bawa!"

Dahi aku berkerut. Memang aku memilih untuk tidak mahu melihat betapa remuknya kereta itu. Aku tak mahu bayangkan keadaan suami aku semasa di dalam kereta itu, menunggu bantuan. Aku tak kuat.

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Where stories live. Discover now