Chapter 27

103 7 0
                                    

Setelah beberapa minit berada dalam kereta, Akhirnya Kayr sampai di destinasi. Aya menayangkan muka yang hairan lalu menoleh ke arah Kayr

"Kenapa bawa aku pergi sini? Masjid?"

"Aku nak bawa kau balik 'rumah' . Inilah rumah sebenar kita Aya, aku tahu kau masih bersedih and sebab tu aku nak bagi peluang dekat kau untuk mengadu sepenuhnya kepada-Nya, ini semua atas izin Allah juga gerakkan hati aku ke sini. Lagipun kita tak solat magrib lagi apa kata terus isyak kat sini hm? Manatau kau ada banyak benda nak 'bercerita'?"

Ya Allah... betul. Aku dah lama sangat membelok arah jalan yang tak diizin, apatah lagi sudah ditunjukkan jalan namun masih berdegil nak ikut gerak hati sendiri. Mulianya kau Al Kayr... Kau memang istimewa. Semuanya atas izin Allah juga. Aya senyum terus keluar daripada kereta masuk ke bahagian perempuan dengan tangisan yang masih tidak berhenyi

"Baliklah Aya... Allah rindu"

Kayr terus menoleh ke arah bahagian solat lelaki. Dia melihat dirinya lalu senyum tanpa sedar menitiskan air mata

"Allah pun rindu kau juga Al Kayr... "

Kayr juga menjejakkan dirinya untuk mengambil wuduk. Mereka duduk di situ sampai isyak. Aya menangis-nangis meminta kepada Allah sama seperti Kayr.

Aya akhirnya sudah siap dan mahu bergerak. Dia menuju keluar untuk memanggil Kayr di bahagian lelaki. Aya terhenti daripada membuka pintu bahagian lelaki itu kerana terlihat Kayr dengan kusyuk dan tekun mengaji al-Quran. Aya tersenyum

"Allah hantar kau kepada aku seperti takdir. Kau memang dari awal menjadi pelindung dan kekuatan ku, terima kasih Kayr.."

Kayr menutup Al-Quran lalu menoleh ke tepi bahagian Aya berdiri. Kayr senyum lalu bersedia untuk beredar pulang

---

Aya keluar daripada pintu bilik bersiap untuk ke kerja tiba-tiba dikejutkan oleh kelibat Kayr yang sedang memasak sarapan manakala Fathin menyediakan air. Fathin menoleh ke arah Aya yang terkaku

"Aya dah siap? Meh la Kayr pun dah nak siap masak apa dah?"

"Lempeng ber'inti'kan teloq hancur atas dia ada sos sikit so takdelah bosan"

"Tak masalahnya sekarang macam mana dia boleh ada kat sini?! Mak cik?!!"

Kayr dan Fathin melihat satu sama lain dan chuckles. Aya mengeluh dengan pasrah dan hanya duduk di meja makan. Aya melihat Kayr yang sangat tekun

"Pandai juga kau masak ya?"

"Apa je aku tak boleh buat Aya? huh semuanya tip top"

Aya menjeling dengan menyampah manakala Fathin ketawa dan menggelengkan kepala. Aya kemudian mendapat idea lalu tersenyum sinis

"Aku tau kau tak dapat buat apa"

"Ha apa? Kau tak payah nak counter aku la Aya bila fikir bal--"

"Kau tak pandai nak dapatkan Aku"

Fathin yang sedang minum air tersedak manakala Kayr terkena kuali panas terus terjerit. Aya terkejut lalu mencari plaster yang disimpan datang semula kepada Kayr

"basuh tangan kau cepat lepas tu letak kat air batu yang aku bubuh ni"

Kayr memuncungkan bibir tetapi hanya mengikut perintah. Aya membalutkan plaster kemudiannya lalu mereka duduk di meja makan beramai-ramai. Aya menjamah dengan sedikit dan tergamam. Aya angguk

"Sedap~ Mana kau dapat resepi ni?"

"Aku yang reka sendiri alang-alang aku datang tadi mak cik kata dia nak buat lempeng tapi apa kata kita ubah suai?"

Aya angguk dengan faham dan sambung makan seperti biasa. Fathin kemudian berhenti menguyah dan berkata

"Tak lama lagi birthday Aya kan? ada plan nak pergi mana-mana tak?"

"Tak cukup duit lagi lah mak cik~ Sambut kat rumah je kot"

Kayr yang sedang menikmati hidangan hanya mengerling dengan senyap. Dia angguk tidak berkata apa, selang beberapa saat Sheera keluar sambil mengomel

"Eishh ye lah, yelahh saya nak datang la ni tengah on the way nak pakai kasut dah pun!"

Aya dan Kayr memandang satu sama lain dan hairan. Aya berdahak dan bertanya

"Kenapa tu Sheera? marah semacam je tak baik tau pagi-pagi ni~ Rezeki susah masuk"

Sheera senyum dengan janggal dan menundukkan hormat kepada Kayr, Kayr senyum lalu Sheera terus duduk di sebelah Fathin menyertai mereka semua

"Tak ada lah weyh aku sepatutnya tak datang kerja hari ni tau tiba-tiba Hamzah, supervisor aku cakap Jemah cuti mengejut baranlah aku dulu dia cakap even kalau orang tu cuti dia takkan panggil ni paksa-paksa aku pulak!"

Aya dan Fathin ketawa dengan ngomelan Sheera yang comel manakala Kayr tersedak lalu mengelipkan mata. Macam ku kenal Hamzah yang dimention ni

"Awak kerja cafe mana ye?"

"Cafe SBS jalan dekat dengan setapak tuu~ Saya part time je kat situ tapi entah lah Hamzah tu selalu buli!!"

Kayr ketawa membuatkan Aya, Fathin dan Sheera hairan. Kayr menggelengkan kepala dan minum air. Dia kemudian menjelaskan

"Hamzah yang kerja situ tu kawan saya, Seriouslah dia cari pasal dengan awak? Uih tak pernah-pernah dia friendly sampai gitu dengan perempuan tiba-tiba dengan awak berubah ek? Dia suka awak la tu tapi dia memang gila pun payah sikit nak kawal dia kalau sekali dah keluar perangai beruk dia tu"

"Lahhh kawan kau~ rupanya bumi ni kecik je kan? pusing-pusing orang terdekat juga"

Mereka angguk setuju. Sheera kemudian bangun dan menyatakan dia harus pergi. Dia salam dengan Fathin manakala fist bum dengan Aya

"Nanti Hamzah marah pulak dah la kena hadap muka dia full time hari ni"

Kayr dan Aya ketawa sekali lagi dan angguk. Sheera akhirnya pergi. Aya dan Kayr pandang sama pandang terus angguk, meminta diri kepada mak cik untuk berangkat.

Di tempat kerja mereka melaksanakan tugas masing-masing seperti biasa. Apabila tepat pada waktu telefon berdering, Aya angkat bangun terus ke bilik rehat untuk membancuh kopi untuk Kayr. Dah siap terus menuju ke office

"Hari ni kau ikut aku masuk meeting untuk project 777 tu boleh?"

"Serious lah Kayr... aku? Aku yang join bukannya staff yang mahir project ni?"

"Kau pun mahir haritu aku nampak kau baca proposal project ni fokus nak mampus walaupun tebal kalau staff lain tu dah mengantuk, alah jom la join aku"

Aya agak ragu-ragu namun apabila sudah berfikir lama dia akhirnya angguk dengan senyuman, begitu juga dengan Kayr terus menyuruh staff lain yang terlibat siap sedia kerana meeting akan bermula sebentar lagi. Aya hanya menghembuskan nafas yang gementar

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now