Bab 19

40 4 0
                                    

𝐒𝐚𝐛𝐚𝐫

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝐒𝐚𝐛𝐚𝐫


"YOUR glands are getting swollen, Jibrael. This red spot is also quite a lot. Didn't you take the medicine I gave you?"

Berkerut wajah doktor wanita itu berkata. Jari itu menekan sedikit pada benjolan dan tompok merah di tubuh Jibrael.

"Makan. Apa pula tak makan? Saya tahu saya ni degil orangnya. Tak mahu makan ubat tapi fasal hal ni, memang saya paksakan diri, Dr. Thalia." Jawab Jibrael mendatar.

Jibrael kembali memakai kemeja. Dia turun dari  katil yang berada di wad peribadi Doktor Thalia. Sambil tangan membutangkan baju, dia berlalu dan duduk di hadapan meja Doktor Thalia.

"Macam mana?" Tanya Jibrael. Agak berdebar.

Dr. Thalia pamer senyuman kelat. "It's same, Jibrael. Tak ada perubahan melainkan awak tak ambil ubat tu. Tapi apa yang yang lihat dalam beberapa jam ni, tahap awak sudah melampaui batasnya."

"Means?"

"Awak makin melarat, Jibrael. I checked your gland, there is a significant enlargement. And your skin starts bleeding spontaneously. That's not good for you, Jibrael. Your level is increasing, not decreasing," ujar Dr. Thalia perlahan.

Sejak dia melihat Jibrael datang untuk membuat pemeriksaan, susuk tubuh Jibrael sudah susut. Seperti tak makan. Padahal dia tahu Hara sentiasa menyediakan rutin makanan Jibrael tapi Jibrael tetap sama. Hilang selera makan berterusan. Dia kenal Jibrael sudah lama, sejak anak muda itu sekolah tinggi lagi. Dia doktor peribadi Jibrael yang diupah oleh kedua ibu bapa Jibrael.

Jadi perihal kesihatan Jibrael juga di bawah jagaan dan pemantauannya. Dan sekarang Jibrael betul-betul perlukan sokongan untuk meningkatkan kembali imunisasi badan.

Jibrael terdiam. Tiba-tiba rasa semua anggota badan tidak bermaya. Bahunya jatuh. Kepalanya tunduk. Bibir digigit. Telinga dengar desingan. Fikiran pula bercelaru campur pening.

"Dr. Thalia," panggil Jibrael. Halus dan perlahan.

"Ya?"

"What stage am I at?"

"Stage 2. The possibility or chance to go to stage 3 is very thin. Awak ambil rawatan maintenance therapy. Awak ambil oral berterusan, Jibrael. Tapi saya nak tanya awak... Awak langsung taknak buat pemindahan tulang sum-sum? Walaupun ianya berisiko tinggi disebabkan penyakit yang awak alami berulang sekali lagi."

Lagi Jibrael terdiam seribu bahasa. Panjang benar hujah Dr. Thalia langsung tak masuk ke dalam kepala otak. Yang dia dengar hanya stage 2 dan peluang untuk ke stage 3 amatlah tipis.

"Sakit, doktor." Getar suara Jibrael. Dia tahu membuat rawatan itu sakit. Dia tak mahu. Biarlah dia ambil ubat untuk jangka masa yang panjang.

"Semua penyakit mesti ada sakitnya, Jibrael."

Surat Untuk QarissaWhere stories live. Discover now