Chapter 33

91 7 0
                                    

Mereka akhirnya sampai ke destinasi, Sheera dan Aya angguk terus memakai spek mata hitam masuk ke dalam. Disebabkan aura yang luar biasa, semua menumpukan perhatian kepada mereka

Mereka berseronok dan bergaul dengan senang bersama-sama rakan-rakan sekolah. Lama tidak berjumpa masing-masing menceritakan kehidupan yang mereka hadapi

“Aku suka tengok kau yang sekarang Aya~ Makin glowing agaknya effect kerja RHM HQ?”

Hani memuji membuatkan muka Aya memerah. Aya dengan segan angguk dan berterima kasih. Semua ketawa dan meneruskan majlis sehinggalah Sheera bercadang untuk minum air. Dia mencapai air oren yang disediakan sambil melihat sekeliling dan akhirnya tersedak apabila melihat Dania dan Zarif menghampiri sambil memegang tangan seakan-akan sudah kahwin

“Aya! Dia mai dahh”

Aya menoleh ke arah mereka terus membuat muka dingin. Mereka akhirnya berdiri di depan Aya dengan penuh lagak dan tidak rasa bersalah. Semua rakan yang lain hanya berdahak dan berdiam diri.

“Aya is that you? Ingatkan ustazah jiran aku tadi hahaha makin labuh kau bertudung ya?”

Aya tidak melawan Dania dan hanya roll eyes, Aya minum air dan mengalihkan pandangan, Sheera menghampiri with another gossip girl

“Daniaaa tahniah kau ngan Zarif terpilih oleh Xi Team pergi Korea ya? Awww sumpah sweet"

“Sumpah aku suka hubungan kau ngan Zarif sweet nak mampus dapat pula pergi Korea nanti share-share la moment korang kat sana”

Dania ketawa kecil dan menatap Zarif dengan penuh cinta. Zarif juga tatap bersama senyuman membuatkan Sheera geram. Sheera menyilangkan tangan

“Aku dengan Aya pun terpilih pergi ke Korea tu mungkin youtube tak post lagi episode kitorang nanti tengok lah ye”

Aya terkejut. Eh Sheera pun terpilih? tapi dia pergi dengan siapa ya? Semua memandang Sheera dan angguk secara paksa dengan muka yang sangat angkuh. Siapa kesah? Kitorang nak tonton kisah cinta pasangan ‘slay' je. Dania smirked dan menghampiri Aya berdiri di hadapannya sambil menyilangkan tangan. Mereka tatap satu sama lain

“Tahniah, tapi korang adalah pasangan satu sama lain kan? maknanya friendship date berbanding kitorang pergi sebagai couple which mean ramai lagi excited nak tengok part kami dalam youtube tu~ And i curi-curi dengar (toleh ke Zarif) you nak melamar i betul ke? You buat prepare senyap-senyap ye hihi you ni sweet la”

Semua ber‘uwu' dan bersorak kepada Dania. Sheera lagi lah geram. Sheera mahu melawan namun Aya menghalang dan berdiri tegak terus merapatkan diri dengan Dania. Dania agak tercabar namun mereka berhasil tatap satu sama lain

“Siapa cakap aku pergi dengan Sheera? Itulah kau sibuk sangat ‘main belakang’ sampai aku dah nak jadi milik orang pun tak perasan kan? oh lupa sedap sangat main tikam² kan?”

Semua berdahak dan terkejut. Aya tidak pernah kasar atau berkilas dua makna macam tu. Semua juga terkejut termasuk Sheera apabila Aya memberitahu dia ialah milik orang. Aya juga gugup namun cuba menyembunyikannya

“Wahhh seriouslah eh jap kau dengan Zarif ni putus dah lama lah masing-masing dah ada pengganti ni”

“Agaknya la wey sebab cuba kau tengok insta masing-masing dah lama tak post each other and senyap-sunyi sampailah Zarif post dia dengan Dania”

Semua menganggukkan kepala dengan setuju. Semua mula mengalihkan perhatian kepada Aya membuatkan Dania cemburu. Dari zaman sekolah sehingga sekarang! Kau selalu rampas apa aku nak!

“Siapa boyfriend baru kau tu Aya~ Uuuuu ?mesti hensem kan?"

“Mestilah wey Aya pun cantik takkan lah nak cari yang buruk en? Kau private relationship ke Aya?"

Zarif bengang dengan seorang schoolmate tersebut. Dia nak kata aku buruk ke sampai tak layak dengan Aya. Aya pula makin segan dan gugup. Alamak, diorang ni dah mula tanya detail pula mampus aku! Aku main cakap je sebab geram eee ni semua salah ko la Dania

“Pakwe dia hensem aku dah tengok and diorang private relationship tapi jangan risau nanti Xi Team public kan so jangan lupa tengok episode baru youtube tuuu okay?” - Sheera

“Okayyy kitorang akan tengok tapi kau Sheera? Kau pergi dengan siapa?”

“Aku? alahh nanti korang tengok lah kat youtube tu malas nak spoil”

Sheera menarik tangan Aya dan melarikan diri ke meja lain untuk membincangkan sesuatu dengan lebih privasi. Sheera kemudian dengan gelabah dan risau membisik

“Kenapa kau main balas je tadi? Aku baru nak balas walaupun kita friendship date tapi akan ada banyak kelebihan menanti ha macam tu la aku nak counter tapi em kau dah melepas dulu abih ah"

“Aku geram sangat! Dia nak show off sangat kan boyfriend dia tu dia ingat aku hamak ke? Eh aku pun boleh dapat la!!"

“Tapi masalahnya kau cakap macam kau dah dapat haih..sekarang ni aku nak tanya kau dapat ke Korea tu dengan sape? Kau tak cerita pape pun yang tu kau just cerita kau kena tegur ngan youtuber je”

Aya menceritakan semuanya kepada Sheera apa yang berlaku pada hari yang berikut. Sheera angguk dengan faham secara perlahan-lahan. Tiba-tiba suara pengecoh sekolah bersuara membuatkan mereka flinch dan terus menoleh ke arah tersebut

“Hah aku ada idea! Disebabkan kita dah tahu ada 3 pasangan yang berjaya pergi ke Korea so aku akan bagi bet, pasangan yang tunjuk mereka paling sweet dan legendary dalam kamera aku akan hadiahkan RM100000 tak kiralah pasangan tu perempuan sama perempuan atau tidak yang penting aku bagi hadiah ni sebab atas effort menggembirakan kitorang so amacam sahut?

“Weyh macam best idea kau!! lagipun aku memang look forward dengan chemistry Aya with her boyfriend, nak tengok la kan dah berapa lama dia jadi ‘hak milik' orang ni~"

Dania membalas dengan memberikan senyuman yang sinis apabila melemparkan sindiran tersebut. Dia mesti boleh agak yang aku sedang menipu sekarang apabila tengok dari reaksi aku yang agak gugup. Sheera dan Aya memandang satu sama lain

“Haih nak tak nak lah Aya... memang tu je plannya”

“Hmm haih apa yang rumit sangat hidup aku ni? Hari-hari gali tanah untuk mati”

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now