1

214 11 2
                                    

"Omma!! Saya pergi dulu!" Teriak JungAn lalu berlari ke sekolahnya. "Aigoo... lambat sudah" kata JungAn sambil melihat jam tangannya. JungAn hanya berlari dan terus berlari sambil melihat jam tangannya.

-kedebuk!-

JungAn telah melanggar seseorang. Tanpa meminta maaf JungAn berdiri lalu berlari meninggalkan orang itu. "Yah!!" Teriak orang itu namun JungAn tidak melayannya dan hanya berlari hingga berada di hadapan pagar sekolahnya. "5 minit lagi... fuh... nasib baik sempat" kata JungAn sambil tercungap-cungap. Kemudian JungAn memasuki pintu pagar sekolah dan berjalan ke bangunan senior.

JungAn memasuki kelasnya dan seperti biasa, kelas mereka lah yang terbising. "Annyeong JungAn-sshi.." kata Jungkook dengan senyuman sambil melambai-lambai ke arah JungAn. "Nae... annyeong" jawab JungAn tanpa melihat jungkook dan terus duduk di tempatnya.

JungAn keluarkan buku notanya yang penuh dengan lukisan lalu melukis doodle. Tanpa JungAn perasan, jungkook berada di belakang melihat JungAn melukis. "Cantik lukisan" katanya. JungAn memandang ke arah jungkook namun jungkook telah mengambil buku notanya itu. "Yah!" Marah JungAn lalu cuba untuk mengambil buku notanya semula. "Eish! Cantiknya lukisan~" jawab jungkook dengan tangannya ditinggikan supaya JungAn tidak dapat mengambil bukunya itu. Oleh kerana ketinggian JungAn hanya sehingga paras dada jungkook, dia perlu menjongketkan sedikit kakinya untuk mengambil bukunya itu. Tanpa JungAn sedari, tangan kiri JungAn berada di dada jungkook manakala tangan kanannya cuba untuk mengambil buku notanya. Tangan kanan jungkook pula memeluk pinggang JungAn, manakala tangan kiri jungkook diangkatnya agar JungAn tidak dapat mengambil buku notanya itu. "Yah!! Maknae!! Cemburu orang sini!!" Teriak Hoseok. "Ya!! Betul tu..." jawab taehyung. "Cari bilik lah!!" Teriak Jimin dengan nada malas tanpa melihat mereka berdua. Semua murid berhenti membuat kerja mereka lalu memandang Jimin. "Wuuuuu~!!ada orang cemburu~"kata namjoon kemudian semua orang mulai bising membuat bunyi "wuuuuu~" kepada jimin.

Apabila JungAn menyedari posisi mereka, JungAn terus melepaskan dirinya dari jungkook dan duduk di tempatnya semula. Jungkook pula hanya memandang ke arah JungAn. Kemudian pintu kelas dibuka dengan kasar. Semua murid memandang ke arah pintu dan ternampak Yongi yang sedang tercungap-cungap di hadapan pintu. "Eh?? Hyung" kata jungkook memandang yongi. Yongi menarik nafas dan menghembus nafas supaya dia boleh bertenang sebelum memulakan bicaranya. "Yah!! AHN JUNGA!!" teriak yongi. JungAn memandang yongi dengn reaksi 'pelik' . Yongi mulai berjalan ke arah JungAn. Berdirinya yongi di hadapan meja JungAn, dia terus menumbuk meja JungAn. "Kenapa kau tak tolong aku hah?!" Marah yongi. "Tolong?" Soal JungAn pelik.

her(suga-BTS fanfic)Where stories live. Discover now