Chapter 52

76 3 0
                                    

Setelah membayar ke semua barang tersebut, mereka keluar dengan Aya yang ketawa sangat kuat manakala Haqeel pula menjeling tidak puas hati

"Lek ahh at least akak tu ketawa, kita pun fun² dapat pula diskaun"

"Kau je yang fun, aku cakap betul aku tak nak jejak sini dah"

Aya ketawa sekali lagi kemudian tanpa sedar perhatiannya ditarik oleh satu gerai ais krim. Mata Aya bersinar dan terus pergi ke situ. Haqeel yang membawa ke semua barang ikut dari belakang

"Nak ais krim vanila campur strawberry!"

"Siapp"

Pak cik ais krim terus menyiapkan pesanan berikut. Haqeel yang baru lepas menempah grab hanya berdiri dengan tegak dan melihat sekeliling. Satu gerak-geri seseorang yang mencurigakan telah menarik perhatian Haqeel

Haqeel menoleh ke arah Aya yang tidak sedar kerana ralit dan rancak bersembang bersama-sama pak cik ais krim. Haqeel terus berdiri di belakang Aya dan waktu itu orang itu sudah lari.

"Aku nak kena laporkan pasal ni... bahaya"

"Apa? (sambil makan ais krim)"

"Ha? oh tak ada apa, jom lah grab dah sampai kesian pak cik tu tunggu lama"

Aya angguk lalu mereka terus masuk ke dalam kereta grab tersebut. Dalam perjalanan balik, Aya teringin nak tahu sedikit sebanyak kisah Haqeel

"Kau tak rindu dia ke?"

"Siapa pulak ko ni"

"Rantai tu... aku ada baca, 'Clara and Haqeel', aku tanya kau tak rindu dia ke? Tak rasa nak fix balik?"

Haqeel kemudian diam. Dia senyum dan menggelengkan kepala. Haqeel mengusap rantai tersebut

"Hidup dia dah banyak terseksa, walaupun dia dah bagitahu aku satu-satunya tempat dia lari tapi aku juga tak nak jadi penyebab dia mati"

"Teruk sangat ke hidup dia sampai boleh libatkan mati ni?"

Haqeel menghembuskan nafas dengan berat. Haqeel memandang ke arah tingkap

"Aku dah cuba sedaya-upaya untuk yakinkan dia bergantung dengan Tuhan tu lebih bermakna dan indah, susah sikit tu takpelah ini semua dunia tapi kita tak boleh nak paksa kan? lagipun bukan salah dia, dia terpaksa"

Aya hanya mengangguk walaupun tidak berapa faham, ya lah aku tak duduk dalam buku diorang. Haqeel hanya senyum dengan tenang

"Kau putus dengan dia sebab apa?"

"Well macam aku cakap petang tadi, family tak restu. Tak suka aku. And lagi satu sebab dia kena kahwin dengan orang lain which mean anak kawan mak dia"

Aya terpegun. Ooooo kena kahwin paksa la ni? Kesian Haqeel, impian dia nak bersama dengan orang yang dia cintai tak tercapai. Aku bersyukur Kayr tetap pertahankan hubungan kami

"Aku dapat rasa yang dia dah jumpa jawapan dan bantuan, tapi aku tak tahu what it is ye lah, dah lama tak contact~... Agaknya dia bertindak or buat apa la sekarang... dengan suami baru dia"

Suasana di dalam kereta menjadi diam. Hanya bunyi radio yang dipasang pak cik grab. Aya juga kemudian menghembuskan nafas dengan berat dan melihat pemandangan di luar tingkap

Kayr dalam perjalanan nak balik rumah, Perry yang dibelakang iring pergi ke kereta. Tiba-tiba seorang perempuan menegur mereka membuatkan Kayr terkejut

"Clara?! Apa kau buat dekat syarikat aku ni? Wait don't said you're still dalam kehidupan gelap kau!"

Clara smirked dan ketawa dengan nada yang jahat. Clara mendekati Kayr secara perlahan-lahan dan seductive. Kayr tetap berdiri dan tidak berganjak. Dia menjadi dingin dan hanya melihat gerak-geri Clara

"Yang bawa lampu suluh tu you je Kayr~ (tarik tali leher Kayr sehingga muka rapat antara satu sama lain) i saje nak datang sini... nak kasi salam perkenalan ye lah our last time tak berapa elok kan?"

Apa benda minah ni mengarut?! Aku tahu ni mesti one of ibu punya rancangan. Takpe, aku terima tapi aku takkan goyah! Kayr masih tatap Clara dengan dingin manakala Perry yang berada di belakang ragu-ragu untuk mencelah

Clara melepaskan Kayr dan membersihkan kedua-dua bahunya. Clara senyum dengan penuh makna

"Kalau nak tahu lebih lanjut... jangan lupa look foward ye? ada banyak lagi i nak buat dengan you.. Dan Aya"

"(genggam satu tangan Clara) jangan harap dan sebut apa pun pasal Aya! Kau sentuh dia, aku bunuh kau dulu"

Clara dan Kayr menatap mata masing-masing dengan sangat tension. Kedua-dua mempunyai sifat dingin dan marah. Perry akhirnya meleraikan mereka selang beberapa saat. Clara pusing untuk beredar tetapi sempat melambai sambil mengenyit kan mata

"Ada apa-apa update dari bodyguard yang kau hire tu?"

"Tadi dia hantar chat, lepas diorang pergi beli beddings... ada lelaki mencurigakan ikut dan berfokus kepada Aya"

Kayr kemudian angguk dan menggenggam tangan dengan geram. Ibu dah mula membalas dendamnya semula. Tak boleh jadi, aku memang kena cari wasiat tu tapi nak mula dari mana?

"Well I guess the game start now? kau kena perah-perah la otak ni Kayr"

Daripada serabut memikirkan masalah yang tak pernah putus, baik aku balik rumah. Bini aku yang cantik tu dah tunggu takkan aku nak biarkan dia rindu aku sorang-sorang hehehheh

(Di rumah)

Haqeel menolong Aya mengemas barang-barang yang dibeli tadi. Semua plastik dikumpul sebelum dibuang ke dalam tong sampah

"Terima kasih ya Haqeel, first day jadi bodyguard pun tapi kau memang mantap. Aku rasa selamat sangat"

"Sama-sama~ aku pun bersyukur ada subject yang baik hehehe. Tak sabar untuk kerja yang seterusnya. Ni aku nak balik ni, jangan lupa kunci pintu semua"

Aya angguk dengan senyuman. Haqeel meletakkan barang yang terakhir kemudian mengambil plastik terakhir. Haqeel menggumpal ke semuanya dan menuju keluar dari bilik diiringi Aya

"Esok aku nak buat roti kacang kalau na--"

"Kau?!"

Suara Kayr telah mengejutkan mereka. Mereka memandang Kayr serentak membuatkan Kayr terkejut. Kayr memandang ke arah Perry yang dibelakang, Perry bingung.

BERSAMBUNG

*sumpah apa aku buat ni? guys saya dah tak ada idea helep😭

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now