Bahang rasa petang ini. Entah kenapa rasa macam belum mandi padahal segala jenis body scrub, body wash aku dah pakai rasanya.
"Entah bila la aku nak sampai rumah ni" keluh kecil aku yang ketika ini sudah bermandi peluh
Ya, sebaris nama yang familiar di dengari. Hayfa Fellysha binti Tengku Ghufran. Tapi ramai yang memanggil Fell atau Ayfa. Yang lagi teruk "wifi". Ya itulah gelaran yang tak lekang di bibir kawan baikku Dean Sofea. Dia lah orang pertama aku kenal sejak pertama kali aku menjejakkan kaki di bandar Putrajaya yang tak jauh gah nya. Sebelum ini aku menetap di Osaka, Jepun.
Asbab berhijrah ke sana adalah atas urusan kerja ayah. Ya ayah aku mempunyai syarikat yang agak ternama sehingga boleh berurusan dengan orang dari luar negara. Dan pertama kali aku jejak di tanah Putrajaya ini, aku rasa kosong memandangkan aku hanya hidup bersama ayah ku sejak penceraian ibu dan ayah 9 tahun yang lepas.
Dan kini umur ku sudah menginjak 25 tahun. Terasa sudah tua tapi nak bajet macam remaja konon. Sampai sekarang aku masih tidak mengetahui keberadaan ibu. Ayah tidak kahwin lain atas sebab dia masih merindui ibu. Tapi entah ibu masih rindukan ayah atau tak? Atau mungkin dah bahagia dengan lelaki yang menjadi asbab ibu dan ayah bercerai.
"Allahuakhbar Allahuakhbar"
Kedengaran azan berkumandang menandakan sudah masuk waktu fardhu Asar. Tanpa melengahkan masa, aku terus melilau mata mencari surau yang terdekat untuk mengerjakan kewajipan seorang Islam.
"Alhamdulillah jumpa juga surau, tak ada lah jauh sangat pun" ucapku sebaik sahaja mata aku tertumpu pada surau yang dari tadi dicari. Aku melajukan kaki menuju ke surau tersebut. Sesampai sahaja di surau, aku menanggalkan kasut Adidas Campus dan meletakkan beg galas yang aku pikul dari tadi di tepi dinding pintu tempat muslimah.
...
Usai mengerjakan solat, aku duduk menyandar di dinding sebelah tempat aku solat tadi untuk berehat seketika sebelum memulakan perjalanan balik ke rumah. Sejuk rasanya bila duduk di bawah air conditioner milik surau ini. Cantik surau ni seperti baru di bina. Peralatan solat nya pun masih nampak baru dan bersih.
Selepas hampir setengah jam berehat, aku pun mula melangkah kan kaki keluar dari surau itu. Mula memakai kasut dan membawa segala peralatan yang dari tadi di bawa kehulu kehilir. Cuaca agak redup di iringi angin yang sepoi-sepoi tapi tidak menandakan hari nak hujan. Hanya mendung yang tenang.
"Bismillahirahmanirahim, moga Allah permudahkan urusan aku untuk sampai ke rumah aminnn" doa dahulu sebelum berbuat apa-apa.
Baru sahaja aku melangkah kan kaki di gigi pintu surau, tiba-tiba ada kereta Mercedes AMG menghampiri dan secara tak sengaja aku menjerit dengan kuat lalu terduduk akibat terkejut dengan apa yang baru berlaku.
"Allahuakhbar cik! cik tak apa apa?"
Kedengaran suara yang garau dan sedikit kerisauan dalam nada nya itu."Macam mana awak bawa kereta ni?! Tau tak nyaris je lagi Mercedes AMG awak tu nak langgar saya? Kang remuk kereta tu saya juga yang salah kan?!" Keras suara aku memarahi lelaki yang berada di hadapan ku itu. Masih belum mengalihkan pandang kepada lelaki yang hampir meragut nyawa aku. Kus semangat!
"Maafkan saya cik, saya tak perasan ada orang nak keluar dari pagar surau ni" mengaduh lelaki itu dengan nada kesal atas perbuatan nya yang hampir meragut nyawa anak orang. Siapa suruh cermin tinted gelap sangat.
"Nah cik, minum la air mineral ni sebagai tanda maaf saya kepada cik" lelaki itu menghulurkan botol air mineral Evian kepada aku yang masih terduduk.
"Terima kasih" tanpa segan silu aku mencapai botol air yang diberi oleh lelaki itu.
Masih marah tetapi sudah sedikit reda. Sekaligus tak sengaja kepala ku tertoleh ke arah lelaki yang berada di hadapan itu. Mata mula scan satu persatu dari atas sampai bawah. Dapat aku lihat wajah lelaki yang hampir melanggar diri aku tadi. Hidung mancung, rambut hitam sedikit keperangan, kening mata lebat, mata brown hazel nya yang menyerlah, tiada jambang tapi dapat terlihat ada kumis yang tipis sahaja di wajahnya.
YOU ARE READING
Termaktub Dalam Doaku
RomanceManusia itu lemah, tapi selemah-lemahnya manusia itu mereka akan kembali kepada fitrah. Entah doa apa yang aku tadahkan, sampai Allah kurniakan aku seorang lelaki yang serba serbi sempurna. Takdir atau kebetulan? Atau mungkin pinjaman? Atau untuk se...