MUKA 01 : [33-06-33]

8 1 0
                                    

'' Kadang tak disangka dia datang menyambut kehadiran kita disebalik pintu itu..''


Angin bertiup kecang pada malam itu, kesunyian yang dihuni bunyi tiupan angin yang sayup sayup kedengaran dek telinga.

'' Bal, kau kat mana dah? Aku dah sampai dah ni."

''Eh, awalnya, aku baru gerak ni, takpe kau masuk ja dulu rumah buat hal sendiri. Akak tu pun pesan masuk rumah buat je hal sendiri...''

''Seres ar? Takpe ke? Kang tak fasal-fasal aku yang kena..''

''Alah, takdenya kau masuk ja takde apa pun.''

''Haa, haa yelah, hari pun macam nak hujan dah ni, nanti apa-apa bagitau weh.''

''Ya, kau pun hati-hati Nad.''

Tuut..tuut.. bunyi panggilan fon yang baru saja diletak. Tanpa memikirkan panjang lagi tentang kesuraman suasana malam itu, Nad pun memasuki rumah yang disewanya itu.

Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke kawasan bangunanya, kelilingnya tampak lebih suram daripada di luarnya. Flat apartment yang tinggi dan bangunanya yang kotor, lama. Dia membuka fon dan menghidupkan lampu telefon bimbitnya, menyulur kawasan sekeliling untuk pandangan yang lebih jelas mencari lif terdekat. Akhirnya jumpa juga lif yang berhampiran. Hairan ke mana perginya guard yang menjaga area itu pada malam tersebut. 

Setelah beberapa minit menunggu lif dibuka akhirnya pintu lif dibuka dan dia menuju masuk ke dalam lif dengan cepat dan menekan tingkat rumahnya. Sebaik sahaja dia tiba di tingkat yang ingin dituju, Nad pun bergegas keluar bersama barangnya dan mencari nombor rumahnya "33-06-33".

"Finally, jumpa pun. Aduh mana kunci aku tadi. Takkan tinggal dalam kereta pula ni.."

Nad mengeluh dan memusing belakang ingin menuju ke lif kembali dan sebelum dia sempat bergerak ke mana-mana, berdiri sosok lelaki yang tinggi berdiri di belakangnya menghulurkan kunci rumahnya yang tercicir.

"GAHH! Ahaah..oh sa-saya punya, maaf terjerit, tak perasan awak kat belakang, terima kasih ya.."

Bergetar suaranya berterima kasih pada lelaki misteri tersebut, mukanya terlihat pucat dan hanya diam tanpa membalas dengan sebarang respon. Lelaki tadi bergerak berjalan dengan perlahan berlalu pergi. Nad sudah meremang satu badan dan cepat-cepat membuka pintu rumahnya dan menguncinya kembali lalu memasuki rumahnya dengan panik.

"As-assalamualaikum.."

Nad, memberi salam sambil menuju ke biliknya secara perlahan-lahan tidak ingin orang lain di dalam rumahnya itu terjaga kerana sudah lewat malam. jam menunjukkan tepat pukul 12 malam, tidak hairanlah kalau suasana rumah nampak gelap dan sunyi sepi.

"Ni ke bilik kita Bal? Kotornya.."

Nad mengambil fonnya dan menelefon Balqis.

''Bal, bal. Aku baru sampai ni. Betulkan ni bilik kita yang tengah-tengah ni?''

"Ya, tu lah, haa kau letak ja barang dulu nanti aku sampai kita kemas sama-sama''

''Haa, haa orek bereh-bereh."

''KK, pape roro lah."

Fon berhenti berbunyi, dia meletakkan fonnya ke tepi dan melihat ruang biliknya bersama Balqis itu. Keningnya berkerut dan hidungnya tidak tahan lagi akan bau aneh yang ada di dalam biliknya itu.

"Hmm,hm apa penghuni sebelum ni buat ye?  Adeh, tak boleh ni, takpelah Bal, aku terpaksa kemas dulu ni..''

Nad berhujah dengan dirinya sendiri dan bergegas mencari penyapu dan barang yang ingin digunakan untuk membersihkan bilik mereka itu. Beberapa minit kemudian setelah dia jumpa barang yang dicari, dia pun memulakan kerja mengemasnya itu, pada waktu itu jam telah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Dia mengemas biliknya itu dengan teliti tanpa sebarang bunyi bising yang akan menganggu orang lain.

1 jam kemudian..

''Fuh..siap gak tinggal gerobok besar tu ja, maybe alihkan ke tepi sini je kot..''

Tanpa berfikir panjang dia pun mengalihkanya ke tempat yang diinginkan, sebaik sahaj dia menggerakkan gerobok itu terdapat bau hanyir yang sangat kuat dan menjenguk ke belakang gerobok itu tampak ada cecair hitam yang aneh berlumuran di lantai dan di kawasan dinding tersebut.

"Allah- astaghfirullah, weh, aduh apa bendanya tu..''

Nad mengeluh kehairanan, bulu roma badanya kembali meremang sudah rasa tidak sedap hati. Dia tidak menginkan apa-apa pun yang pelik berlaku lalu cepat-cepat membersihkanya.

Setelah berjaya membersihkanya jam menunjukkan pukul 3 pagi. Dia mengambil telefonya dan menghatar mesej kepada Balqis bahawa dia telah siap kemas dan meletakkanya ke tepi kembali sesudah selesai.

Pukk! pukk! Bunyi bantal di tepuk tepuk.

"Aihhh dapat gak aku rehat akhinya..''

Matanya perlahan -lahan lelap, pandangan menjadi kabur, sebelum dia dapat lena dengan nyenyak tiba-tiba pintu biliknya di ketuk dengan kuatnya.

Terus terjsaga dan bangun dengan terkejutnya.

"Bal? Kau ke tu?''

Nafasnya menjadi singkat dan degupan jantungnya menjadi kencang semakin lama dia memandang ke arah pintu biliknya itu. Tiada sebarang bunyi atau pun jawapan dari luar bilik, dia cuba menenangkan diri dengan memikirkan mungkin itu hanyalah imaginasinya.

''Bayangan aku je ni.. baik aku sambung tidur sekarang..''

Dia menarik selimutnya menyelubungi badanya yang sedang ketakutan sehinggalah terlelap.

[HARI BERIKUTNYA]

Cahaya daripada jendela bilknya memancar tepat pada mukanya. Mencelik matanya dengan muka yang separa sedar dengan perlahan-lahan dia bangun daripada katilnya mencari telefon bimbitnya.

"Yawnn, penatnyaa.. hm hmm..hm-"

Matanya terbeliak terbukak luas apabila melihat perkara yang ada di paparan skrin telefonya. Segera dia menelefon seseorang.

"Ringg.. ringg.." bunyi telefon berdering.

"Weh, kau sampai dah ke? kenapa tak call aku ja?"

"Apa yang tak call nya, aku dah call kau banyak kali kau yang tak angkat.."

"Aduh.. sorry weh..''

"Takpe takpe kau rest lah dulu, thanks gak semalam, kau ni aku cakap jangan, dia buat gak aih''

"Hehehe, alaa takpelah bukan salah pun, plus aku tak tahan semalam busuk sangat bilik kita ni semalam."

"Haa ye lahh ye lahh nanti bagitau aku barang apa lagi yang nak kena beli sebab aku kat luar dah ni, nak cari barang sikit.. so list cepat.."

"Okayhhh, jap lagi aku send, kk bye pape roro"

Tuut.. tuut.. bunyi panggilan dihentikan.

"Ok mari tengok apa yang kena ada.."

Nad pun segera senaraikan barang pagi itu kepada Balqis dan bersiap untuk bersedia dengan aktiviti yang akan dilakukan seterusnya.


BERSAMBUNG...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 29, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

7UJUHWhere stories live. Discover now