Chapter 67

69 7 1
                                    

“Ha dah okay dah mood? Cepat cakap dengan abang, sayang nak pergi mana?"

Aya kemudian diam memikir apa aktiviti yang nak dibuat bersama Kayr. Sejujurnya dia kepunan nak buat aktiviti yang lasak even kandungannya itu semakin membesar

Setengah jam juga nak tunggu Aya fikir apa yang nak dibuat sampaikan Kayr terpaksa berpusing berkali-kali sekeliling kawasan rumah. Aya akhirnya memberitahu Kayr segala-galanya yang difikir

“Abang jangan terkejut eh, pastu dengar elok-elok!"

“Iyee sayang cepat abang nak dengar ni”

Aya senyum dan menarik nafas sangat dalam. Dia menghembuskan selepas puas dan terus memandang suaminya yang masih memandu

“Saya nak main tembak-menembak, saya nak main badminton, saya tiba-tiba rasa nak drift kereta sampai terpelanting lagi--"

“Ko ni biar betul yang asal semua yang lasak-lasak ni!! Kau ni mengandung ke tak”

“Eishh kan dah cakap jangan terkejut, ha pastu nak main memanah, rasa macam nak dancing-dancing kat kelab pun ado pastu nak kucinggg dah lama nak bela pastu ermm nak minum arak la rasa”

Kayr menampar dahinya dengan perlahan. Apa yang tak kena dengan bini aku ni?! sebahagian daripada mengidam dia tu semuanya tak masuk akal. Kayr yang memegang stereng kereta menelan air liur

“Okay yang ni paling penting laa ayang rasa macam nak makan babi laaa ermmm"

“Oiii ko gila ke apa yang!! babi tu haram, babi yang sebelah ko ni halal la"

Aya memuncungkan bibir dan mengerut muka dengan masam. Aya menyilangkan tangan dan melihat ke luar tingkap

“Ahhh tak kira nak babi!! Babi tu comel la kenapa haram pula"

“Dalam Islam kan cakap babi tu haram, dah dah kita buat apa yang mampu je"

Kayr mula gerak ke destinasi tanpa sebarang bunyi namun Aya pula yang berbunyi. Tiba-tiba menjadi emo membuatkan Kayr gelabah

“Nak babi!!! Abang dah tak sayang Aya!! Abang tak nak bagi babi kat Aya"

“Babi tu tak boleh bela! Harommm , nanti aku bagi kucing kat kau ya sayang”

Aya menggelengkan kepala dan sambung menangis membuatkan Kayr mengeluh dengan pasrah. Kayr membelok dan menuju ke kedai mainan. Sebaik sahaja parkir di hadapan kedai itu, Kayr menyuruh Aya tunggu dalam kereta dan kunci

“Dik kat sini ada jual mainan berbentuk babi tak?"

Pekerja-pekerja bertugas memandang satu sama lain dengan janggal. Kayr memandang mereka dengan harapan yang tinggi, tolong lah ada Please. Bini aku kepunan sangat ni

“Ada yang squisy macam ni je cik, kalau nak saiz besar nanti kita ambik kat belakang”

“Ha sebesar-besar nya lagi bagus"

Pekerja itu terus berlari masuk ke dalam stor untuk mencari apa yang nak diminta, Kayr memandang ke kereta, terlihat Aya sedang makan coklat yang disimpan pada seat belakang

Kayr tersenyum sehinggalah pembunuh Aya datang lagi menghampiri kereta. Kayr dah penat, Kayr menoleh ke cashier dan memberi kad debit hitamnya sebelum berlari ke arah pembunuh tersebut

“KAU NAK APA LAGI LA SETAN?! IBU SURUH KAU LAGI?! EH KAU SURUH IBU TUNGGU KEJAP WASIAT TU ADA DENGAN AKU CUMANYA TENGAH PERBAIKI FAHAM?!”

Pembunuh itu berasa cemas, sebelum melarikan diri sekali lagi dia mencampakkan batu yang besar ke arah kereta Kayr membuatkan cermin belakang pecah. Semua yang berada di kawasan itu menjerit terkejut dan ketakutan termasuk Aya yang berada di kereta

Kayr tak sempat kejar lagi sekali namun dia berpatah balik pergi arah seat Aya. Kayr membuka pintu dan memeluk Aya yang menangis ketakutan. Kayr mengusap kepala Aya dan belakangnya dengan lembut

“Tak apa sayang, abang ada.. abang ada.. sayang jangan risau ya? sayang selamat"

Aya angguk sambil lap air matanya di baju Kayr. Kayr kemudian cepat-cepat ambil mainan itu dan pecut masuk ke kereta semula, takut jadi lagi

“Siapa yang buat pecah tadi abang? Aya tadi makan ni fokus sangat”

“Ah.. em.. Tak de siapa, budak kot salah baling takpe nanti abang settle cermin belakang tu sekarang ni kita pergi buat segala aktiviti yang sayang nak buat"

Aya angguk dengan senyuman, Kayr mengusap kepala Aya kemudian melihat ke belakang cermin yang pecah. Kayr menjadi sangat serious dan mengeluh

“Eee comelnya babi nii terima kasih abang~"

Kayr senyum dan mereka beredar pergi ke tempat seterusnya. Tempat pertama mereka pergi ialah tempat drift kereta. Aya ternganga mulut dan berlari ke kaunter

“Dik, pakej untuk dua orang ada? kalau ada nak la berapa ya?”

“Semuanya RM100 bang”

Kayr angguk dan membayar manakala Aya sudah pergi ke sudut helmet. Aya memilih helmet yang sangat comel diikuti Kayr, Helmet tersebut seperti ada telinga kucing. Kayr mengeluh tapi tetap berhasil menarik tangan Aya pergi kereta drift sewa

“Abang bawak dulu lepas tu nanti kita tukar boleh?"

Aya angguk sekali lagi, mereka menuju ke kereta dan bersiap sedia. Berjam bawa tetapi Aya masih tidak berpuas hati. Aya mengeluh sehinggalah turn dia yang bawa

“YA ALLAH SAYANG JANGAN LAJU-LAJU SANGAT WOI!! AMPUNKAN DOSA AKU YA ALLAH, DOSA BINI AKU SEKALI”

Sambil memegang pemegang yang disediakan, Kayr juga mengucap dan memejam mata dengan ketakutan.

“WUUUHOOOOO INI BARU BETUL ABANGGG YEAYYYYYY JOM TERPELANTING SAMA-SAMA”

Akhirnya mereka selesai, turun sahaja daripada kereta Kayr rebah dan loya. Aya menggarukan kepala dengan hairan. Perlahan-lahan dia mengusap belakang badan Kayr

Di tempat seterusnya, tempat menembak. Kayr masih lagi loya, pegang senjata pun dah terhuyung-hayang, Aya yang berada di sebelah juga memegang senjata di tangan tersangat hairan

“Abang okay tak ni?”

“(berdahak) Ook takpe dah kita lawan, siapa dapat point tinggi kena tunaikan hajat masing-masing”

“Deal~ abang jangan ingat abang undercover dulu... abang hebat tau~ saya pun boleh kurang orangnya"

Kayr angkat kening dan angguk bersama senyuman. Mereka mulakan pertandingan kecil itu dengan perasaan yang competitive. Masing-masing tak nak kalah

“Yeay, yeay!! saya menang!!!

Aya menyambung sekali lagi tanpa memandang ke belakang. Kayr yang menatapnya tersenyum sehinggalah manusia tak guna datang sekali lagi. Kali ni berlakon membaca surat khabar di meja berhampiran,

Kayr tahu itu orang suruhan ibu, walaupun bukan pembunuh tadi tetapi kali ini ibu hantar orang lain kononnya aku tak kenal. Ya Allah baru je buat cubaan membunuh tadi takkan tak puas? tak penat ke?

“Sayang abang nak pergi sana jap, jangan pergi mana-mana ingat!"

“Haaa iye dah jangan kacau sikit lagi saya nak tembak kena tadi!!"

Kayr angguk dan bergegas dengan marahnya ke arah manusia belakon itu. Manusia itu berlari tetapi mencicirkan satu kad business membuatkan Kayr membongkok dan ambil. Kayr melihat ke arah kelibat yang berlari jauh daripada dikejar kemudian melihat semula kepada kad tersebut

“Malam ni... aku jumpa kau”

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now